Monday 13 January 2020

Itinerary ke Hat Yai, Thailand

Bila sebut Hat Yai, semua tahu yang Hat Yai merupakan 'food heaven' bagi penggemar makanan. Terletak hanya sejam setengah dari sempadan Malaysia di Bukit Kayu Hitam, Hat Yai merupakan tempat yang mudah diakses oleh orang Malaysia, lagi-lagi bagi sesiapa yang duduk di negeri Perlis dan Kedah. Bila ramai sangat yang cakap pasal kesedapan makanan di Hat Yai, kitorg pun terpanggil untuk merasai sendiri pengalaman food hunter di Hat Yai, Thailand. Tarikh yang kitorg pilih adalah selepas musim cuti sekolah bagi mengelakkan jem dan kepadatan orang yang pergi becuti untuk menghabiskan cuti tahunan. So pertengahan bulan January 2020 adalah tarikh yang kitorg pilih untuk ke Hat Yai. Kiranya ini merupakan trip pertama kitorg bagi tahun 2020.

Cuti pun tak ada lagi, so kitorg pergi ke Hat Yai hari Sabtu dan Ahad je. Malam jumaat kitorg bertolak dari Perhentian Duta ke Changlun, Kedah. Perjalanan mengambil masa dalam 6 jam. Trip kali ni melibatkan 4 orang. Kitorg berpakat dengan sepupu kitorg yang belajar di Perlis untuk ke Hat Yai sama-sama memandangkan dia dah pernah ke Hat Yai sebelum ni. Kiranya kitorg akan bawa masuk kereta dia ke Thailand. Kitorg bertiga bertolak dari KL menaiki bas Quickliner yang berharga RM41. Harga sebenar bas RM48 tapi kitorg dapat diskaun RM7 sebab kitorg beli melalui web Redbus.my. Pagi esoknya sepupu kitorg ambil kitorg di station bas dan kitorg sama-sama memasuki Thailand melalui sempadan Bukit Kayu Hitam. Bawah ni merupakan itinerary 2 hari 1 malam kitorg di Hatyai, Thailand.

Day 1
06.00am- Arrived Changlun, Kedah.
              - Subh prayer & light breakfast
07.00am- Arrived Bukit Kayu Hitam
              - Immigration check
09.00am- Done immigration check (1 hour different time Malaysia & Thailand)
10.00am- Breakfast at Dimsum Chabura (open from 6am to 2pm)
11.00am- Samila Beach
12.30pm- Visit Central Mosque of Songkhla
02.00pm- Lunch at Klong Hae Floating market (open Friday, Saturday & Sunday from 3pm to 10pm)
03.00pm- Check in Hotel         
07.00pm- Dinner at Kai Tod Decha (open daily from 10am to 9.30pm)
08.00pm- Lee Garden Plaza Street (open daily from 8pm to 12am)
09.00pm- Shopping at Big C Market
11.00pm- Back to hotel

Day 2
07.00am- Breakfast in hotel (Buy foods from 7-eleven)
09.30am- Check out hotel
              - Last minutes shopping at Lee Garden Plaza
12.30pm- Going back to Bukit Kayu Hitam, Kedah
              - Immigration check
01.30pm- Done immigration check            
              - Lunch in Kedah
              - Going to Ipoh
07.34pm- ETS Ipoh to KL Sentral
10.14pm- Arrived KL Sentral

Kitorg balik KL melalui Ipoh pulak sebab sepupu cuti semester, so teman dia balik rumah sampai Ipoh dan kitorg naik ETS dari sana. Itinerary kitorg kali ni lebih ke tempat makan je. Sampai kat Kedah and Ipoh pun kitorg stop untuk cari makan lagi. Dah nama pun food hunter. Bawah ni merupakan jumlah perbelanjaan kitorang.

Budgets:
Transport (Total= RM101)
Bus KL- Changlun: RM41
ETS Ipoh- KL: RM36
Car insurance: RM16 /4(RM4/pax)
Car petrol full: RM60 /3 (RM20/pax)
Accommodation & internet (Total= RM45) 
Hotel 2 days 1 night for 4 peoples : RM120 /3(RM40/pax)
Thailand simcard 19GB for 8 days: RM15 /3 (RM5/pax)
Foods (Total: 500 Baht)
Breakfast at Dimsum Chabura: 570 Baht /4 (143baht/pax)
Coconut drink in Samila Beach: 20 Baht
Lunch at Floating market: 205 Baht /4 (51baht/pax)
Snacking from 7eleven & Supermarket: 92 Baht
Dinner at Kai Tod Decha: 395 Baht /4 (99 baht/pax)
Pancake in Lee Garden Street: 50 Baht
Breakfast Day 2 at 7eleven: 45 Baht
Shopping: Depends on your budget

Masa kitorg pergi, rate tukaran 100baht=RM13.75
Kalau korang tengok budget kat atas ni ada yang bahagi 4 orang dan ada yang 3 orang. Sebab guna kereta sepupu, so duit minyak, hotel and simkad dia kitorg cover.

TOTAL= RM146+500Baht 
So, lebih kurang RM215 total cost untuk seorang, 2 hari 1 malam ke Hat Yai. Kiranya duit makan korang boleh tukar 600 baht untuk 2 hari dah cukup. Kalau korang nak makan kat kedai buffet hotpot yang famous macam kat Khlonghae Seafood atau Alif Hotpot korang kena tambah lagi 300 baht dalam budget makan korang. Next post kitorg akan ceritakan lebih detail cara kitorg bawa kereta masuk ke Hat Yai, pengalaman kitorg cari makan kat sana dan peristiwa tayar kena clamp.

No comments:

Post a Comment