Friday, 7 October 2022

Part 2 - Trip ke Switzerland (Day 3 & 4)

 Day 3 (Mount Titlis)

Kami bangun awal pagi untuk solat, bersiap dan bersarapan sebelum meneruskan aktiviti hari ketiga kami ke Titlis Mt. Seawal jam 6.15am, kami menaiki train ke Engelberg yang memakan masa selama satu jam. 

view dari train

kehijauan
Aktiviti hari ini tidak disertai oleh ibubapa kami memandangkan perlu banyak berjalan dan untuk memberi mereka masa bersantai-santai di rumah. Setibanya di Engelberg, kami menaiki free bus untuk ke Titlis Gondola station. 

Engelberg station

Ikut je signboard untuk bus ke Titlis, korang takkan sesat. Kalau nak berjalan pun boleh dan ambil masa selama 10 minit untuk ke Titlis Gondola station. Sama juga, ada signboard untuk berjalan kaki.


Roundtrip ticket ke Titlis Mt berharga CHF96 dan sekiranya anda pemegang STP anda masih perlu membayar half price untuk ke Titlis Mt. Kami menaiki gondola dan Rotair cable car untuk sampai ke Titlis Mt yang mana ketinggiannya mencapai 3238 meter. Mula-mula naik gondola yang boleh memuatkan seramai 6 orang. Masa kitorang sampai ni ada kitorang dengan satu couple tu je. So memang mudah tak perlu beratur boleh terus naik cable car. 


Mula-mula view kehijauan, then bila semakin tinggi mula nampak kesan-kesan salji. Semakin tinggi cable car ni naik, semakin awesome view dia. Cable car ni akan slow kat satu station ni yang korang boleh turun untuk tengok Trubsee Lake. Tapi kitorang tak turun dan teruskan je perjalanan naik ke atas sebab balik nanti baru akan singgah Trubsee Lake.

Trubsee Lake

Next station semua kena turun dan bertukar menaiki Rotair cable car. Rotair cable car ni kena naik ramai-ramai sebab dia besar. Apa yang istimewanya Rotair cable car di sini adalah ia merupakan the first 360' revolving gondola in the world that slowly turn as it goes up/down. Jadi kita dapat menikmati 360' view apabila menaiki cable car ni. Setelah 30 minit berada di dalam cable car, kami tiba di puncak Titlis. 


Titlis ni merupakan gunung yang bersalji sepanjang tahun walaupun pada musim Summer. Ini adalah antara sebab kami memilih untuk ke Titlis Mt, untuk merasai pengalaman membuat aktiviti seperti pada musim winter seperti snow sleeding. Malangnya waktu kami tiba tu semua aktiviti snow sleeding dan tubing ditutup. 

Aktiviti pertama kami buat apabila tiba di puncak Titlis ni ialah pilih jalan ke laluan Glacier Cave. Memang sejuk dalam tu dan perlu hati-hati sebab licin. Keluar je dari Glacier Cave kami nampak view of the mountain with snow. 

Extraordinary view


Then kami merasai pengalaman berjalan di atas 'Titlis Cliff Walk' yang merupakan jambatan tergantung tertinggi di Europe. 


Masa kami datang ni tak ramai orang. So boleh bergambar tanpa perlu bersesak. Tips dia datang awal before pukul 9am.



Selepas tu, kami menaiki Ice Flyer chairlift (price:CHF 12) untuk melihat view gunung bersalji dari atas. Rasanya kitorang orang yang pertama naik chairlift pagi tu sebab sebelum kitorg tak ada orang. Chairlift ni boleh memuatkan 6 orang. Memang sejuk lagi-lagi dengan angin yang menerpa kat kitorang. 

Ni gambar laluan chairlift dari jauh.  

Masing-masing tak berani pegang dan tangkap gambar masa atas chairlift ni sebab kalau phone jatuh habis. Rupanya chairlift ni ada tingkap yang korang boleh tutup untuk elakkan angin masuk. Kitorang tahu bila sampai kat station bawah, staff situ bagitau. So kuranglah sejuknya masa kitorang return ke station atas. 

Masa on the way naik baru nampak ada beberapa orang naik chairlift ni juga. Untuk pengetahuan korang, harga untuk chairlift ini tidak termasuk dalam tiket ke Titlis Mt. Namun semua aktiviti di Glacier Park seperti snow sleeding and tubing adalah percuma. Disarankan korang memperuntukkan masa selama 3 ke 4 jam untuk beraktiviti di Titlis Mt.

Plan kami nak singgah sebentar di Titlis Panorama Restaurant untuk brunch memandangkan restaurant ini ada menyediakan beberapa makanan halal. Tapi terconfuse pula dengan satu lagi cafe ni. Sudahnya bila tengok menu rupanya kedai lain. Tapi alang-alang dah depan kaunter nak order kami pun order satu cheese pizza, fries dan dua hot chocolate. Total harga makanan CHF30. Kalau kat Titlis Panorama Restaurant tu satu Pizza je berharga CHF23.

Kalau korang bawa makanan sendiri, boleh naik ke tingkat 4 yang menyediakan kawasan untuk ber picnic.

Pada pukul 12pm, kami bersiap sedia untuk turun dari Titlis Mt menaiki Rotair cable car. Masa sampai ke station bawah, kelihatan ramai orang dah mula beratur untuk naik cable car ni. Kiranya time kami sampai just nice sebab tak ramai orang. So tips untuk ke tempat tarikan di sini ialah datang pada awal pagi sebab start pukul 10am keatas dah mula ramai orang.

Seterusnya kami naik gondola dan stop untuk melihat Blausee Lake. View kat situ memang fantastic.


Setelah setengah jam disitu, kami naik semula gondola untuk pulang. Kali ni dari Titlis Gondola station kami berjalan kaki ke train station. 

Just ikut je signboard ke train station yang ditunjukkan. Aktiviti pada waktu petang pula adalah bersiar-siar di kawasan penginapan kami memandangkan tempat kami menginap berdekatan dengan tasik dan mempunyai view yang fantastic.


 Day 4 (Interlaken)

Hari ini merupakan hari terakhir kami di pekan Alpnacshad. Kami bersarapan sambil melihat view lake dari apartment kami. 

Kemudian kami berkemas untuk check out pada pukul 10.30am. Untuk pengetahuan korang, waktu check in dan check out hotel/apartment di Swiss ni amat berbeza dengan waktu Malaysia. Rata-rata waktu boleh check in selepas pukul 3pm dan check out seawal pukul 9am, bergantung pada tempat penginapan yang korang pilih. 

Bye bye Alpnachstad

Next destination kami adalah ke Interlaken yang mengambil masa perjalanan selama 2jam. Sepanjang perjalanan kami ke Interlaken, kami dibentangkan dengan view yang awesome. 



Kami memilih penginapan kami di Interlaken West memandangkan harga apartment di situ lebih murah berbanding di Interlaken OST. Interlaken OST menjadi pilihan ramai pelancong kerana ia merupakan main terminal di Interlaken yang menghubungkan train ke bandar-bandar utama yang lain tanpa perlu tukar platform. Kalau di Malaysia, ibarat macam di KL Sentral. Macam kami, kami perlu turun di Interlaken OST untuk tukar train platform ke Interlaken West.

Setibanya kami di station Interlaken West, kami berjalan selama 8 minit untuk ke tempat penginapan kami yang diberi nama Downtown 53 Apartment. Harga untuk penginapan selama 3 hari 2 malam ini ialah RM3156. Apartment ini mempunyai 3 bilik tidur berserta 10 single bed, 1 bilik air dan dapur. Memandangkan kami tiba pada pukul 1.30pm dan waktu check in pula adalah pada pukul 4pm, kami singgah untuk lunch dahulu di restaurant Halal berdekatan yang diberi nama Bruno's Pizza. Harga untuk kebab ialah CHF 12. Ada beberapa restaurant halal lain juga di kawasan sekitar Interlaken West ni. Ada satu kawasan tu pula penuh dengan restaurant India. Selepas mengisi perut, kami singgah di supermarket Migro untuk membeli barang keperluan untuk memasak. Dalam pukul 3.30pm, kami bergerak ke apartment dan check in serta berehat.

Rumah kami di Interlaken West

Apartment kami di level 3 dan rata-rata apartment kat sini tak ada lift. So kalau beg besar dan berat tu, agak mengah sikitlah nak naik atas ni. 

Kad yang membolehkan korang naik bas secara percuma di Interlaken

Kami dapat sampul surat dari owner apartment yang berisi kad yang boleh digunakan untuk naik bas secara percuma sepanjang kami duduk di Interlaken. Selain tu, ada juga kertas tentang info dan map laluan bas yang kita boleh naik secara percuma. Kad ni memang akan diberikan pada sesiapa yang stay kat certain-certain bandar di Switzerland ni. So dapat kurangkan kos untuk transport.

Aktiviti hari seterusnya akan ditulis dalam next post. Stay tune.

No comments:

Post a Comment