Showing posts with label Surat Thani. Show all posts
Showing posts with label Surat Thani. Show all posts

Saturday, 10 February 2018

Trip ke Koh Samui, Thailand (Part 3)

Day 3
Tak ade aktiviti hari ketiga ni memandangkan tengahari kena gerak balik Surat Thani town. Pagi ni kitorang breakfast agak lambat dari semalam, dalam pukul 8.30am. Order nasi goreng vegetarian macam biasa dengan omelette dan pancake supaya kenyang sampai petang. Lepastu jalan-jalan keliling hotel kejap, balik bilik dan kemas apa yang patut. Sambung tidur sementara tunggu masa check out pukul 12tghr. 

Last day in Koh Samui.

Breakfast.
Tiba-tiba dalam pukul 11am ada orang ketuk pintu bilik. Ingatkan van transfer ke ferry dah sampai. Janji hari tu pukul 12.15pm. Rupa-rupanya orang hotel datang hantar farewell fruits macam kat gambar bawah ni.

Farewell fruits.
Kitorang makan-makan dulu buah ni kat balkoni sambil tengok laut. Lepastu prepare untuk check out. Bagi kunci semua. Tunggu kat lobby hotel dalam pukul 12.20pm van sampai. Dalam van tu dah ade 3 orang mat salleh. Lepastu driver tu stop lagi satu hotel ambil couple Thailand. Perjalanan kali ni ambil masa 30 minit je sebab dari Lamai driver tu stop kat bus station yang berdekatan dengan Nathon pier. Kitorang ingatkan dia terus stop kat jetty, rupanya dia kata semua turun nanti kena naik bas pulak untuk ke jetty. Semua pun turun bawak barang masing2. Sebelum pergi ke bas, pastikan korang tunjuk resit Phantip yang korang dapat kat staff kaunter "Phantip". Nanti dia akan bagi tiket bas dan pelekat yang tertulis "Surat Thani Town". Just tampal pelekat tu kat baju kita supaya senang staff dorang nampak nanti.

Bas pulak ada waktu untuk bergerak. Macam kitorang bas gerak pukul 1.30pm. Nanti orang bas akan tengok pelekat kita dan akan panggil masa dah boleh naik bas. Perjalanan dari bus station ni ke Nathon Pier hanya 10 minit. Dah sampai tu semua kena turun, beg besar yang simpan bawah bas boleh tinggalkan sebab nanti balik kita akan naik bas yang sama. Pastikan tiket ferry ada dengan kita.


Ferry yang kitorang naik kali ni lebih besar berbanding masa datang hari tu. Lebih selesa dan kitorang dapat duduk tepi tingkap. Kerusi pun banyak kosong. Pukul 2pm ferry mula bergerak. Macam biasa aktiviti kitorang dalam ni menguyah snek, tidur. Lepastu rasa lapar makan maggi yang kitorang bawak. Dalam pukul 3.30pm sampai ke jetty. Turun dari ferry terus menuju ke bas yang bawak kitorang tadi. Ingatkan kitorang akan naik bas yang sama untuk ke Surat Thani town, rupanya bas tu hanya untuk yang direct ke Airport je. Yang nak ke town kena tunggu another mini bus. Agak buang masa jugaklah disitu. Kitorang ambil beg yang ada dalam bas tu, lepastu tunggu for another bus bersama 2 groups yang lain. Tapi ada jugaklah sorang staff Phantip jaga. Dalam 20 minit jugaklah menunggu, baru bas mini tu sampai. Tunjuk resit, lepastu orang tu suruh simpan resit tu untuk airport transfer esok. Dalam sejam lebih baru sampai last perhentian bas yang terletak berdekatan dengan hotel kitorang.

Kitorang menetap di My Place @ Surat Hotel sebab lokasinya yang berdekatan dengan bus stop dan night market. Hanya 10 minit jalan dari bas stop ni ke hotel. Nak pergi night market pun hanya 3minit jalan. 7eleven dan family mart pun dekat. Senang cerita, kawasan hotel ni memang strategik.


Nice room.
Kitorang book 2 bilik dari AirAsiaGo dan dah bayar siap2. So senang tak payah bawak duit banyak2. Bilik just nice and bersih. Dalam pukul 5:45pm kitorang keluar balik pergi night market cari makanan berat dulu sebab perut dah lapar. Cari jugak orang pakai tudung atau kedai yang tulis halal tapi tak jumpa. Kitorang teruskan berjalan ke arah boat pier sebab kat google map ada nampak kedai tulis Halal. Kat tepi kawasan boat pier ni ada jugak deret pasar malam, tapi tak jumpa jugak yang halal. Kitorang teruskan lagi perjalanan straight je.




Akhirnya jumpa jugak orang pakai tudung. 4 deret gerai tu orang islam yang jual. Satu gerai jual goreng2, sebelah jual air, sebelah lagi pancake. So kitorang order nasi goreng, air green tea dan pancake banana + coklat. Cakap nak makan sini, nanti dorang hantar kat meja kita dan bayar lepas dapat makanan. Kitorang makan kat tepi boat pier ni.





Habis makan, kitorang membeli belah makanan lagi nak makan kat hotel sebagai dessert. Bawah ni antara makanan yang kitorang beli kat pasar malam tu.









Ingatkan pulut mangga, rupanya cempedak. Tapi apa2 pun rasa dia sedap.


Tengoklah betapa banyaknya makanan yang kitorang beli. Memang kenyang sangat malam tu. Last night kat Surat Thani, kenalah makan makanan dorang puas2. Yang bagusnya kat sini, pasar malam dia bersih. Tak kotor macam kat tempat kita. Jadi nak membeli pun rasa selesa dan tak was2 pasal kebersihan food dia.

Day 4

Last day kitorang breakfast nasi goreng kampung Brahim je sebab hotel ni memang tak include breakfast. Dorang tak provide kettle, jadi kena turun pergi kat pantry dorang ada sediakan air panas dan microwave. Kitorang ade bawak tupperware dari Malaysia, so just masukkan nasi goreng ni dalam bekas dan panaskan dalam microwave, siap!

Dalam pukul 9am check out. Tunggu bas kat lobby hotel je sebab bas tu akan stop depan hotel ni. Beberapa minit lepastu bas pun sampai. Kitorang and a few mat salleh naik bas tu. Bagi resit kita kat pakcik bas tu.


Dalam 45 minit perjalanan termasuk stop2 kat hotel tertentu untuk ambil customer, kitorang pun sampai airport. Tak payah check in sebab kitorang dah check in online. Sambil2 tunggu gate bukak, kitorang membeli belah kacang dan magnet. Magnet dia lebih kurang 100baht kat airport ni. Kalau kat luar mesti dapat lagi cheaper.

Flight kitorang delay lebih kurang sejam jugak sebab masalah teknikal katanya. Dah sampai Malaysia, tak boleh nak landing kat KLIA2 lagi sebab pilot kata hujan lebat dan jarak penglihatan yang tak mengizinkan untuk landing. Jadi kitorang round2 kat atas banyak kali jugak sebelum pilot decided to landing kat Subang Airport sebab cuaca kat KLIA2 masih teruk, dari bad become worst. Kitorang kena duduk dalam plane je sementara tunggu cuaca kat KLIA2 ok. Lebih kurang sejam jugak tunggu kat Subang tu, dorang isi minyak kapal terbang, then berlepas balik ke KLIA2. Alhamdulillah dalam pukul 6pm selamat sampai ke KLIA2.


Jadi dengan budget antara RM600 - RM800, korang dah boleh datang ke Surat Thani dan Koh Samui, Thailand untuk 4hari 3malam. Dah cukup untuk korang rehatkan diri dan menghayati suasana pantai di Koh Samui ni. Urusan pengangkutan sangat mudah, cuma banyak masa yang habis untuk perjalanan dari Surat Thani ke Koh Samui.

Tuesday, 30 January 2018

Trip ke Koh Samui, Thailand (Part 2)

Day 2
Pagi-pagi bangun tengok view dari tingkap bilik sebab semalam sampai malam tak nampak view. Fantastic!

Sangat privacy sebab depan balkoni kitorang pokok2, baru laut. So xnampak orang lalu lalang.


Lepastu dalam pukul 7.30am kitorang pergi breakfast. Tempat makan dia menghadap laut macam gambar atas ni. Memang good view to start the day. Breakfast dorang sediakan buffet dan ala carte style. Maybe sebab orang tak ramai kalau buat buffet banyak2 membazir. So untuk buffet dorang sediakan cornflakes, roti, fruits and salads je. Yang lain kita order kat order form yang dorang sediakan. Boleh pilih set nasi goreng, telur, pancake, potato, dll ikut style masakan yang kita nak. Air boleh pilih dua jenis, coffee, tea, juice, or hot chocolate. Memang kenyang makan. Cepat pun cepat, sedap pun sedap.


Lepastu kitorang jalan2 kat private beach hotel ni sementara mat salleh tak bangun lagi. Dorang breakfast lambat sikit around 9am.


Landskap hotel ni memang cantik dan tersusun.





Lepas dah round2 area hotel, kitorang jalan2 naik kereta yang dah disewa. Tempat pertama yang kitorang singgah ialah petrol station. Masa tu bar minyak tinggal 1. Kitorang isi 10 litre minyak jenis ron91. Harga masa tu around 30baht/litre. Bar minyak naik jadi 4. Lepastu kitorang singgah 7eleven sebelah petrol station ni. Memang excited nak singgah 7e ni sebab ramai orang cakap teh ais 7e sedap. So benda yang pertama kitorang beli ialah teh ais.


Lepastu jumpa air coffee jenama 7e. Terus beli nak try rase sebab air coffee jenama 7e kat jepun dulu rasa sedap. Harga 10 baht untuk air kotak 180ml ni. Agak murah. Kalau kat Malaysia air dutch lady coffee dah RM2 lebih.

Air kotak kopi jenama 7eleven.
Mula2 excited rasa teh ais dulu. Memang sedap! Rasa lain sikit dari teh siam yang kita beli kat Malaysia ni. Dia ade rase macam tambah madu sikit tapi sedap. Korang nak tahu the real taste kenalah datang Thailand try. Lepastu cuba rasa air kotak kopi ni. Sedap, rasa lebih kurang macam yang beli kat Jepun. Tapi kenapa 7eleven Malaysia tak ade.

Lepas dah berfoya-foya minum air2 7e yang sedap tu, kitorang meneruskan perjalanan mendaki bukit untuk melihat The Secret Buddha Garden atau Heaven's garden. Perjalanan ambil masa dalam 30minit untuk mendaki bukit menggunakan kereta dari Lamai.

Sumber:Google



Sepanjang perjalanan naik ke atas ni, kitorang banyak jumpa pokok durian. Dahlah sekarang memang musim durian.


Kereta Nissan Almera yang kitorang sewa. Berjaya mendaki bukit.


Dalam 30 minit, sampai jugak ke destinasi yang ingin dituju. Park tepi jalan, lepastu cari garden ni. Rupanya kena jalan turun bawah untuk ke kawasan 'Heaven's garden' ni dan kena bayar 80 baht sorang. Jalan ke bawah bertangga macam gambar kat bawah ni.



Tempat ni agak sunyi. Masa kitorang datang ni xde orang lain. Memang secret betul kawasan garden ni.


Sampai bawah kita akan lihat air sungai mengalir ke bawah. Lepastu kita kena jalan ikut arus sungai tu baru boleh nampak patung2 ni. Agak unik jugaklah patung2 ni lagi2 kat kawasan sungai macam ni.


Sawadikap
Kat bawah ni sekejap jelah snap gambar semua. Lepastu naik balik kereta. Otw turun nak balik ke Lamai ada banyak lagi tempat yang korang boleh singgah kalau korang jenis yang suka sesuatu yang adventurous. Ada tempat menembak, naik gajah, naik flying fox dll. Next destination ialah Grandfather and grandmother's stone yang terletak 5 minit drive dari hotel kitorang. Tempat ni dikenali jugak dalam bahasa siam sebagai 'Hinta Hinyai'.




Tempat ni popular sebab ada dua batu yang menyerupai private part manusia. Boleh Google untuk more info. Actually tempat ni mempunyai scenery laut yang cantik. Batu tu lebih kurang umpama penyerinya. Kalau nak lagi cantik datang masa matahari terbit.


Nak masuk kawasan Hinta Hinyai free. Tapi kalau bawak kereta kena bayar parking 30 baht. Untuk motor 10 baht. Bak kata mat salleh tu, good bussiness. Kalau korang nak beli souvenir boleh beli kat tepi2 kawasan kedai area ni. Kalau kat Surat Thani nak jumpa souvenir macam magnet susah sikit. Kat pasar malam yang kitorang pergi kat Surat Thani banyak jual makanan je. Souvenir terlalu sikit dan x berapa menarik.

Lepastu kitorang nak singgah ke Masjid Nurul Ihsan yang merupakan satu-satunya masjid di Koh Samui ni. Solat Zohor dan jama' Asar kat sini. Kat kawasan masjid ni hampir semua orang boleh cakap Melayu. 



Next, kitorang cari makan kat area berdekatan. Memang ada beberapa buah kedai Muslim. Kitorang try kat satu kedai tepi jalan ni yang ada tulis Halal. Nak senang cam kedai halal selain ada tulis halal, cari orang yang pakai tudung. Makanan ok service tak laju tapi taklah terlalu lama nak menunggu makanan tu siap. Kebanyakan orang Islam yang kitorang jumpa kat Koh Samui ni tahu cakap Melayu, tapi peniaga kedai ni tak pandai cakap Melayu.

Nama kedai tak tahu sebab tulisan Thailand.
Dah habis makan rasa dahaga pulak. Nampak tepi jalan ada orang jual buah2 dan air kelapa. So stop beli air kelapa 40 baht satu. Lepas dah beli baru perasan kat depan sikit ada lagi satu kedai jual air kelapa 30 baht. Nak buat macam mana dah terbeli. Tapi yang penting air kelapa kat sini sedap dan manis semulajadi without sugar. Then kitorang singgah balik 7e beli teh ais lagi. Otw ke 7e nampak kedai jual pancake muslim. Kedai ni dia tulis pancake 'Roti'.  Baca review ramai suruh try makan pancake kat Thailand ni, sedap katanya. Nama kedai Big Bike Coffee. Kitorang minta bungkus Roti crispy, Roti corn dan Roti banana chocolate. Selain pancake kedai ni ada jual nasi goreng dan macam2 lagi.



Atas ni antara menu untuk pancake(Roti). Pancake dorang ni sebenarnya macam roti canai yang letak inti pisang, coklet, susu pekat, dll. Makan panas2 sedap.

Pancake banana chocolate.
Lepastu kitorang plan nak singgah Supermarket Makro tengok apa2 yang menarik. Otw ke situ nampak patung Guan Yu ni, jadi stop sekejap snap gambar. Kalau naik tangga tu boleh nampak kuil dorang. Kat kawasan tepi2 ni pun ada deretan kedai makan. Ada satu kedai tu tulis halal tapi tutup. Maybe korang boleh try kalau singgah sini.

Guan Yu

Kat Makro kitorang beli sotong kering perasa 'sweet and spicy'. Rasa dia pedas yang sedap. Kat Makro banyak jual makanan jenis yang pukal. Baju, beg, souvenir xde ye. Ramai orang tempatan datang sini beli foods banyak2 nampak lebih kepada untuk berniaga. Lepas tu kitorang balik hotel rehat. Malam tu kitorang makan kat Melayu Seafood Samui Restaurant lagi. Keluar dalam pukul 6.30pm sebab pukul 8pm kena hantar balik kereta. Hantar kereta minyak ada 3bar lagi. Jadi kalau korang jalan dekat2 isi 5litre je dah cukup. 

Cerita hari seterusnya akan dipost dalam entry akan datang.