Thursday 31 December 2015

Lotus = Teratai

Utk org Malaysia, rasenye semua org tahu teratai or lotus in English. Kalau bunge die lebih kurang mcm water lily. Kat Malaysia kite boleh jumpe teratai kt dalam tasik yg tenang. Tasik yg busy dgn aktiviti susah teratai nak hidup. Semua org pernah tgk tapi x semua org tahu yg sebenarnye buah teratai ni boleh dimakan.

Bunga teratai dgn buah teratai. Source: Google

Selalunye buah or biji teratai ni boleh jumpe dlm lai chee kang or kuih bulan cine tu. Kalau cari kat kedai selalunya yg dah dried/ kering tu. Kali ni nak tunjukkan cara makan teratai yg lain sikit which is makan biji teratai yg fresh. Teratai fresh sgt2 jarang leh jumpe dijual kat pasar. Maybe dalam pasar cine ade jual sbb lotus seed ni lebih byk digunakan oleh cine dlm dessert n ubat drg. 

Kalau nak cari teratai fresh yg org melayu jual, boleh cari kat jalan lama Gopeng - Tapah. Kalau dari arah Gopeng ke Tapah, akan lalu area tasik kecik yg penuh dgn teratai belah kanan. Gerai die sama ada belah kiri sebelum tasik or belah kanan lepas tasik. Die gantung2 warna hijau. Sekali pandang nampak mcm jual petai yg ikat2 tu. Kene tgk elok2 baru dpt detect yg tu sebenarnye teratai. Gerai tu xde tulis so mmg kene observe lebih sikit.

Lotus seed


Harga pulak 1 ikat RM1. Murah sgt2. Dalam 1 ikat tu ade 3-5 tangkai teratai. Nak beli tu kalau boleh pilih dulu sbb takot dpt yg dah tua. Nak tahu tua ke muda, tgk size biji die. Kalau kecik2 n rapat2 tu maknenye muda. Kalau besar, ade sikit2 warna hitam or buah agak lekang dari "tempurung" teratai tu maknenye dah tue. Biji teratai muda manis lagi compare dgn teratai tua.

Biji dia dah start renggang2 dari "tempurung" teratai. Sederhana tua

Cara2 nak makan dia senang je. Keluarkan biji dari "tempurung teratai", akan dapat biji2 hijau mcm ni.

Lotus seed = biji teratai


Then gigit or kupas biji hijau ni sampai nampak isi putih dalam dia. Lepastu kene belah dua isi putih tu utk buang bende hijau dalam die. Bende hijau dlm isi putih teratai ni pahit. Nanti x sedap.

Kalau hijau die lagi pekat maknenye biji tua

Tapi kalau makan biji yg muda, xpyh keluarkan bende hijau dalam tu sbb die belum pahit lagi. Makan je semua sekali, lg senang.

Ni kalau yg muda, warne hijau dalam tu x pekat sgt

Rase teratai ni crunchy tp x sekeras kacang tu. Texture die lembut sbb ade kandungan air sikit kot dalam biji tu. Yg muda manis.. yang tua kurang manis tp still sdp.

Lagi satu cara nak makan teratai fresh yg tua ni is bakar die. Org gerai ckp boleh juga rebus tp xpenah try pulak. 

Teratai bakar

Untuk yang suke try makan bende2 pelik boleh try makan fresh teratai ni. Kalau google, lotus seed ni kaya dgn protein, magnesium, potassium and phosphorus dan jugak berfungsi sbg anti-aging. 

Texture teratai ni mcm span. Sbb tu die boleh terapung atas air

No comments:

Post a Comment