Wednesday 27 January 2016

Trip ke Jepun - Preparation & Budget

Jepun dah jadi salah satu common place to travel utk kebanyakan Malaysian sejak akhir2 ni, lebih2 lg lepas tak payah buat visa utk ke Jepun. Selain dari tu, tak dinafikan kat Jepun ade banyak tempat2 menarik utk dilawati dgn view2 yg sangat cantik. Sebenarnya agak mudah utk travel ke Jepun tanpa guna khidmat travel agency sebab system transport kat Jepun sangat efficient dan kebanyakan station dan penunjuk jalan ada tulisan romaji (huruf a b c), so senang utk baca. Tapi system train Jepun ni agak complicated jugak kalau tak faham betul2. Kalau bab makan ni, nak tak nak memang kene tahu sikit basic bahasa Jepun, unless kalau pilih utk makan kat restaurant halal sebab confirm drg akan provide english menu and staff boleh cakap English. Tapi tak semua bandar kat Jepun ade kedai makan Halal, banyak kedai Halal ni kat bandar2 besar je.

Kat bawah ni antara preparation yg perlu dibuat utk ke Jepun:


1) Power Plug
Jepun gune plug yg mata leper mcm kat bawah ni. And kebanyakan hotel/ hostel tak provide banyak plug. So solution nye bawak 1 adapter n bawak 1 extension yg Malaysia punya. Nanti sambungkan extension kt adapter and all the gadgets, phone, etc boleh cucuk kt extension tu je.


2) Pakaian
Since Jepun ni negara yg ada 4 musim, make sure bawak baju yg bersesuaian dgn musim masa nak g nanti. Roughly, winter start bulan Dec - Feb, spring bulan March - May, summer bulan June - August and autumn bulan Sept - November. Train station kat Jepun ni ade banyak tangge and kebanyakkan attraction kene jalan sikit dari station, bukannye betul2 sebelah train station. So very advisable utk bawak kasut yg selese utk berjalan/ walking shoes. 

3) Cuaca
Jangan lupe check weather forecast utk tengok ade hujan ke tak mase g Jepun nanti. Kalau banyak hari yg hujan, better bawak payung lipat siap2 dari Malaysia. Jimat sikit tak payah beli payung dah kat Jepun. Harge payung kat Jepun lebih kurang 100Y - 500Y. Kasut pun kalau boleh cari yg kalis air so that kalau hujan, kaki tak basah.

Kebanyakkan entrance akan sediakan tempat letak payung. Yg mcm ni siap ade kunci lg utk payung so that org x tersilap amek payung. Free je, kat sumo museum, Tokyo.

4) Transport
Nak gerak kat Jepun, paling mudah n cepat naik train. Boleh cakap almost all area kat Jepun ada train kecuali kawasan pedalaman. Boleh beli train pass yg dikhaskan utk tourist yg lagi menjimatkan dari beli ticket on the spot. Train pass ni ade banyak pilihan, depends ikot area mana nak g. Kalau nak cover 1 Jepun, boleh amek JR Pass (7 days/ 14 days/ 21 days). JR Pass cover train (JR and some other train line), shinkansen (bullet train, except Nozomi and Mizuho), JR bus and ferry (kat Miyajima, Hiroshima). 

Kalau just nak cover certain area je macam Tokyo sahaja or Osaka je, lagi jimat kalau amek train pass by region. Buat juga perbandingan antara JR dengan train pass company lain sebab kadang2 company lain lagi murah n berbaloi dari JR kalau utk cover certain region je. Kirenye kalau pilih JR, die cover JR train je n kalau nak naik train company lain kene bayar extra. Train pulak, kat 1 platform tu bukan semua train akan g ke destinasi yg sama. Ada juga satu train tu asalnya 1 gerabak panjang tiba2 pecah dua nanti, kene make sure naik gerabak yg betul. So kena study banyak sikit pasal train system kt Jepun ni. Bile dah faham, mudah je sebenarnye and takdelah secomplicated yg digembar gemburkan.

Ade jugak option yg lagi murah macam naik bus dari satu bandar ke bandar lain kalau nak jimat taknak naik train laju (shinkansen). Selain tu, naik bus time malam boleh jimatkan kos penginapan, contoh macam dari Osaka ke Tokyo. Utk yg berani try naik bus bolehlah naik tapi disarankan kalau nak bawak parents or golongan berumur ni, better naik train je sebab lebih mudah tak hassle sangat. Dan utk golongan yg pentingkan masa pun naiklah train ye. Kat train station yg besar2 selalunya akan ade tourist information counter yg boleh cakap English.



5) Penginapan
Seelok2nye cari penginapan yg dekat dgn train station. Lagi dekat lagi senang nak bawak beg luggage n boleh jimat masa banyak. Train station tu pulak kalau boleh train station company yg gune pass yg kite dah beli sebab lagi jimat. Contohnye kalau dah beli JR Pass, stay kt penginapan yg dekat dengan JR station. Kalau duduk dekat dengan station company train yg lain, kene keluar extra duit lagi tiap2 kali nk keluar n nak balik ke penginapan. Boleh survey harga penginapan kt website Booking.com or airbnb or lain2. Masa nak book tu check betul2 bilik tu ada bathroom atau kena share bathroom. Kalau utk perempuan better cari yg ade bathroom dalam bilik. Tapi kalau nak yg murah, of course la yg share bathroom.

Contoh bathroom yg attached skali dgn bilik. Kecik tp functional. Ni kat Flexstay Inn, Higashi Jujo, Tokyo.

6) Internet modem
Walaupun Jepun ni negara yg maju tp x semua tempat ade free wifi. Internet penting gak sebenarnye utk cari jalan, check jadual train, translation and utk contact sesame ahli group yg travel. In case terpisah ke ape. Modem internet ade byk jenis. Nak mudah boleh sewe dari Malaysia mcm Visiondata (RM25 per day as at Jan 2016), travelRecommends (KLIA & KLIA2 24 hours) ataupun boleh sewa mase kt airport Jepun nanti. 

7) Makan
Sekarang dah makin banyak kedai makan halal kat Jepun walaupun majoritinye kedai makan india/pakistan. Contohnye kat Osaka je, lebih dari 5 kedai makan halal yg ade kat sane. Boleh google halal food in Japan lepastu kaji pulak lokasi kedai makan tu. Tengok die dekat ke tak dgn train station (JR or not) and tengok price range menu die. Kalau berminat nak makan makanan Jepun, ade gak yg dapat sijil halal tapi baik check dulu harga sebab selalunya sangat mahal. Yg affordable pun ade gak macam kat airport, kedai ramen, etc. Kalau nak try makan kat kedai Jepun yg takde sijil halal terutama kat tempat yg takde langsung kedai Halal, boleh order makanan berasaskan seafood. Boleh gak try makan onigiri (rice ball, seafood) kat 7-eleven, Family Mart or Lawson, harge lebih kurang 100Y+ je seketul. Nak jimat lagi, boleh bawak makanan dr Malaysia n masak kt Jepun (kalau penginapan sediakan dapur).

Contoh kedai makan Jepun yg dapat sijil halal n price pn affordable. Ayam-ya kat Kyoto.

Untuk budget ke Jepun pulak:

1) Flight - Kalau AirAsia ade promotion dapat la RM540+ return. Kalau MAS dalam RM1,200+ return. So harga ticket around RM550 - RM1,300 return.

2) Penginapan - Hotel 2 bintang yg ade bathroom dalam bilik around Y4,000+ ke Y5,000+ per day. Lebih kurang RM140 - RM180 per day. Nanti boleh bahagi dua dengan roommate, dapat lagi murah. Nak lagi murah boleh pilih hostel yg kene share bathroom. Tapi utk wanita Muslim, digalakkan amik bilik yg sekali dengan bathroom.

3) Train - Depends on jenis pass yg nak amek. Ade yg semurah Y6,300 hingga ke Y29,110. Lebih kurang RM230 - RM1,100. Kalau tak nak try naik Shinkansen (bullet train), boleh save lagi and boleh pilih untuk bergerak naik bus.

4) Makan - Kalau makan yg berat kat kedai lebih kurang Y500 ke Y1,200 per meal or RM18 ke RM50. Kalau boleh, makan heavy food kat kedai sekali je sehari (lunch/ dinner). Time2 yg lain tu boleh masak atau makan maggi or roti or bekalan dari Malaysia. Boleh jugak beli onigiri yg berharga Y100 sebagai pilihan makanan.

5) Souvenir - kalau fridge magnet tu dalam Y300 - Y500 or RM11 - RM19. Ni harga yg ktrg jumpe la so far. Mungkin ade yg lagi murah tapi ktrg tak jumpe kot.

Contoh budget ke Osaka utk 5 hari 4 malam (ALL IN)
Flight: RM545 (beli masa free seat, 7 bulan awal)
Hotel: Y26,000 (bahagi dua = Y13,000) - private bathroom with kitchen
Train: Y13,000 (JR Kansai Hiroshima Pass) - cover Shinkansen (bullet train)
Makan: Y10,000 (lunch & dinner)


TOTAL: RM1,860 (Flight + Train pass + Hotel + Makan). Excluding duit souvenir. Harga ni ktrg dapat tidur kat private room with bathroom, lunch & dinner kat kedai makan, flight return dengan train pass yg include bullet train sekali. 
Nak murah lg boleh reduce dari duit makan tu n masak sendiri or cari hotel yg share bathroom. Depends ikot keselesaan diri sendiri, samada nak bayar mahal sikit tapi dapat penjimatan masa or nak yg boleh save duit banyak tapi kene jimat macam2.

No comments:

Post a Comment