Thursday 24 November 2016

Trip ke Delhi - Agra - Manali - Simla (Part 1)

Pada awal bulan November 2016 yg lepas, ktrg ade trip ke India selama 5 hari 6 malam. Trip ni melibatkan 4 orang wanita sahaja yg kesemuanya diantara 20 hingga 30 tahun. So trip ktrg ke India ni tak berapa nak extreme sangat. And Alhamdulillah ktrg selamat pergi dan selamat pulang. Ktrg cover New Delhi, Agra dan Himachal Pradesh sahaja.

Ktrg bertolak dari Malaysia dalam pukul 7pm tapi flight delay so pukul 7.30pm baru die gerak. Perjalanan ke New Delhi, iaitu ibu negara India mengambil masa hampir 6 jam. Dalam flight pun memang majoriti org India. Rasanye macam ktrg je Melayu yg ade dalam flight tu utk ke New Delhi. Dalam pukul 11pm waktu India, ktrg selamat sampai kat Indira Gandhi International Airport, New Delhi. Ktrg try toilet airport, ade air! So senang la nak survive. Surau/ prayer room pun ade kat sini.

Indira Gandhi International Airport


Untuk yg sampai kat New Delhi lewat malam, boleh pilih utk bermalam kat hotel area luar airport. Boleh jalan kaki je dari airport sebab tak jauh mane pun area2 hotel tu dari airport. Option lain, boleh try tidur kat dalam airport tapi kene extra careful ye sebab kat India kan. Tapi ktrg pilih hotel kat area city centre sebab nak yg lagi murah. Boleh pilih nak naik taxi (bayar kat kaunter siap2) or train or bus utk ke city dari airport. Disebabkan train drg (metro) still ade lagi time tu, ktrg naik metro je la senang. Kurang sikit risiko kene tipu malam2 dgn driver taxi or bus kat airport tu. Metro die simple, tak complicated pun. So InsyaAllah takkan sesat.


Dari airport, akan ade banyak signboard tunjuk arah ke Metro. Ikut je then boleh beli tiket dari penjaga kaunter or dari machine. Ktrg naik airport express ke station New Delhi, 60rs (Indian Rupee) je sehala n dalam 25 minit je nak sampai. Airport express ni ok, bersih la jugak n ade sediekan tempat letak bag kat tepi pintu masuk. Ala2 ERL sikit. Kalau naik taxi dari airport ke Delhi city, boleh beli kat kaunter taxi dalam airport lebih kurang dalam 500rs.


Waktu operasi utk Airport Express Line

Station Metro New Delhi ni terletak kat sebelah kanan (timur) dari New Delhi Railway station, iaitu railway yg tersibuk kat India ni. Ye la sebab die terletak kat ibu negara India n ade dalam 16 platform yg menghubungkan ke serata negeri dalam India ni. Kalau Metro, die just cover area city New Delhi je. Kalau nak g jauh2 kene naik train kat Railway. So disebabkan hotel yg ktrg book tu belah kiri (barat) Railway station tu, ktrg kene jalan seberang Railway station tu. And disebabkan time tu dah nak tengah malam n ktrg pun macam cuak2 sebab org ramai pandang2, ktrg malas nak figure out jalan nak ke hotel tu. So shortcut, ktrg naik tuk-tuk je or auto or macam taxi tanpa pintu. 

Kene bayar 50rs utk ke Hotel Krishna Deluxe. Ok la kan 50rs tu bahagi dgn ktrg sume, so sorg dalam berape je. Check in ok, takde ape2 masalah. Hotel die harga 2,600rs per night utk 2 double bed dalam 1 bilik. Bilik die luas gile, ade area coffee table n sofa lagi. Bathroom pun ok, modern n bersih. Towel ade, hotel provide. So hari pun dah lewat. Tidur je la sebab tak boleh nak g mane2 dah malam2 ni.


Sunrise Delhi

Esok paginye ktrg bangun pagi solat subuh n breakfast makan roti n biskut yg ktrg bawak dari Malaysia. Hotel ni ade sediekan breakfast tapi ktrg tak beli sebab mesti sikit je yg ktrg boleh makan nanti. Macam rugi so ktrg lapik perut dulu. Lepas semua dah siap, ktrg check out n tinggalkan beg ktrg kat lobby. Dah settle, terus tahan tuk-tuk depan hotel, dapat harga 200rs ke Railway Hazrat Nizamuddin yg jauh die lebih kurang 30mnt. Ktrg dah beli tiket train ke Agra pukul 8am untuk tengok one of the 7 wonders of the world, which the main reason ktrg nak jejakkan kaki kat India. Kalau tak wujud Taj Mahal tu, kebarangkalian nak datang ke India akan jadi sangat2 rendah. Beli tiket train secara online sebab takut sold out kalau beli kat kaunter on the spot. Boleh jugak kalau nak naik train dari Railway New Delhi tapi timing lain la. 


Naik tuk-tuk

Sampai kat Hazrat Nizamuddin Railway Station, ktrg terus gerak ke platform utk naik train Gatiman Express. Ktrg beli seat AC Chair class. Harga murah lagi dari 1st class. Selesa je walaupun banyak local dalam gerabak ni tapi yg penting drg serve food jugak macam kat 1st class. Lepas train gerak je, terus train crew hidang makanan. Ade 2 option, vegetarian food and non-vege. So memang ok la utk muslim kan sebab boleh pilih menu vegetarian. Kirenye boleh la nak jimat sikit tak payah breakfast kat kedai sebab boleh dapat heavy food dalam train ni. Ktrg dapat set roti paratha dgn kuah dhaal, fruit salad, veg choc cake, roti & jem butter, air tin nenas, mineral water dgn air panas tea tarik. Kalau 1st class mungkin banyak lagi kot food drg akan bagi. Tapi yg ni pun ok je, kenyang gile dah. Kat dalam gerabak ni ade gak disediakan power socket so boleh la nak charge ape2 yg patut sepanjang 2 jam perjalanan tu.


Jerebu
Boleh pilih menu. For muslim, kene amek vege

Vegetarian menu

Ktrg sampai kat station Agra Cantonment (Cantt) dalam pukul 10am. Sebenarnye kalau nak lagi jimat, boleh turun kat station Agra Fort tapi train yg stop kat situ dari Delhi agak limited. Mase ktrg check tiket, train ke Agra Fort ade satu kali je, tu pun pagi2 pukul 5am macam tu. Kalau turun kat station Agra Fort, boleh jalan kaki je ke area Agra Fort, Delhi Gate, Khas Mahal dan beberapa lagi monumen. Lepastu boleh naik tuk-tuk ke Taj Mahal. Macam ni lagi ok. Tapi sebab ktrg tak sanggup nak bangun awal, ktrg turun kat Agra Cantt station je. 


Station Agra Cantonment (Cantt)

Keluar dari station Agra Cantt, ktrg beli dulu ticket train balik ke delhi. Keluar dari pintu utama belok kanan ada kaunter tempat jual tiket. Train yang sama jugak kitorang beli. Then, terus keluar beratur kat kaunter teksi utk book teksi ke Taj Mahal. Lepastu ktrg plan kalau ade mase baru ke area Agra Fort. Tengah2 nak jalan ke kaunter taxi ni, ade la sorang India ni cakap2 ngan ktrg pasal taxi n ikut je ktrg sampai kat kaunter. Ktrg ignore je, tapi ade la jugak layan sikit2. Ktrg dapat taxi harga 750rs return, ke Taj Mahal n balik ke station balik ptg tu. Tak tau la murah ke mahal harge tu. Tu pun rasenye macam mahal sebab India yg tibe2 ikot ktrg tu cakap ape entah ngan org kaunter tu.


Tempat beratur utk book taxi
Ade 3 gates utk entrance ke Taj Mahal and ketige2 gates tu ade kaunter tiket masuk Taj Mahal. Taxi tu berhentikan ktrg kat gate mane satu pun dah tak ingat. Mane2 la asalkan tak buang mase ktrg. Terus beratur beli tiket kat laluan khas utk foreigner, 1,000rs (RM65) utk foreigner, kalau utk local 40rs (RM2.50) je. Berape kali gande die cekik charge utk foreigner? Lebih kurang 26 kali gande. Nak buat macam mane kan, takde choice. At least pergi sekali seumur hidup kat Taj Mahal ni ok kot. Beli tiket Taj Mahal tu, drg akan provide sekali dengan air mineral n pembalut kasut utk guna dalam Taj Mahal nanti.

Lagi satu, lepas turun je dari taxi, akan ade ramai Indian serbu nak tawarkan khidmat guide kat dalam Taj Mahal tu. Utk sesiapa yg berminat nak tau history boleh la kot nak amek. Ktrg tak amek pun, nak jalan sendiri lagi tenteram. Lepastu kalau ade org2 India yg cakap drg boleh tolong belikan ticket sebab que utk beli tiket tu panjang, jangan percaye. Sebab, utk foreigner ade laluan khas utk beli tiket. Maknenye tak payah la beratur sekali dgn rakyat India. Dah la que utk kaunter foreigner pendek je. So senang je nak beli tiket sendiri.


Tiket mahal tapi cikai je gune kertas biasa
Peta area Taj Mahal

Menara belah kiri tengah dlm maintenance pulak



Details

Local



Bahagian dalam Taj Mahal

Bangunan ni ade due kat kiri kanan Taj Mahal. Satu masjid, lagi satu tempat rehat org2 penting dlm politik
Antare creature yg wujud kt perkarangan Taj Mahal

Ok dah selesai cover semua bende, ktrg keluar n tengok2 barang2 drg jual. Plan asal nak singgah makan kat Akbar restaurant kat area Agra Fort tapi tak jadi sebab ade masalah legal rupee notes. Time ktrg kat India ni sebenarnye kerajaan India tengah haramkan duit kertas 500rs dgn 1,000rs. Sebab banyak duit palsu so drg nak keluarkan duit baru utk 500rs n 1,000rs. Mase tukar duit 2 minggu before fly tu, ktrg memang dapat banyak duit 1,000rs. So memang problem sket la nak beli barang. Sebab tu ktrg tak beli ape2 pun kat Agra n tak dapat nak cover Agra Fort. Frust la jugak sebab memang ganggu banyak planning ktrg. Kerajaan India suruh sesiapa yg ade duit 500rs n 1,000rs utk tukar duit2 tu kat kaunter mane2 bank utk ganti dgn duit baru. Ktrg ade gak try nak keluarkan duit dari ATM, tapi memang semua ATM yg ktrg g takde duit.

So keluar je dari Taj Mahal, ktrg ke foreign counter berdekatan dgn Taj Mahal utk tukar duit. Time tu dalam pukul 3, lagi 2 jam die nak tutop. Que pulak panjang tapi mostly yg beratur tu mat salleh la. Mule2 tu sorang boleh tukar duit 4,000rs je tapi bile ktrg makin menghampiri kaunter, ktrg nampak yg stok duit baru drg dah tinggal sikit. Lepastu drg cakap sorang boleh tukar 2,000rs sahaje. What?? Beratur lame2 tapi dapat tukar sikit je. 

Berbekalkan duit baru yg ade tu, ktrg naik balik train ke New Delhi. Macam pagi tadi, ktrg amek seat AC Chair Class gak. Menu vegetarian utk ptg ni ielah roti warne putih, vade, kacang, manisan, sayur, air juice, mineral water dgn air panas tea tarik. Cukup la sebagai lunch ktrg walaupun dah petang time tu. Lepas makan, ktrg solat jamak dalam train sebab majority masjid kat India ni tak bagi perempuan solat kat dalam masjid.


So macam mane ktrg nak survive bile ktrg hanye ade beberapa helai je duit baru? Duit lame confirm la banyak tempat tak nak terima. Memang dugaan tak dijangka2 la dalam trip ke India ni. Tu pun ktrg gigih kumpul air mineral yg ktrg dapat dalam train pagi tadi, yg dapat kat Taj Mahal n yg ptg ni punye buat stok siap2 utk ke next destination yg terletak kat kawasan pedalaman. At least boleh tahan utk hidup beberape hari lagi kan kalau tak dapat beli food. Macam mane ktrg survive? Sambung kat next entry ye.

Short video kitorang sepanjang di India.

8 comments:

  1. salam... nak tanya, tiket keretapi utk ke Agra beli di website mane ye?

    ReplyDelete
  2. Wslm.. Tq sbb singgah sini =)
    Kalau nak beli online, boleh beli kat www.irtc.co.in tapi kene register dulu and akan kene bayar tax sikit. Kalau beli direct kat kaunter, boleh g kat foreign counter khas utk tourist yg rasenye lagi senang dan tak payah bayar tax. Tapi kalau time peak season, better beli online je. Harap dapat membantu.

    ReplyDelete
  3. Salam nak tanya..klau flight return dr Delhi ke kl nama Kat tiket tu kna letak binti jugak tak?thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Tq sebab singgah sini =)
      Ktrg letak je sebab ktrg ikut sebijik ejaan nama macam dalam passport.

      Delete
  4. Salam, nk tnye, harga tiket train dari delhi ke agra tu brape yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Thanks sebab singgah =) Kitorang beli dalam Rs766 (include service charge) untuk AC Chair Car train sekali dgn food, dari Nazimuddin station ke Agra. Kalau dari delhi ke agra harga lebih kurang. Boleh try tengok www.cleartrip.com untuk compare harga train. Harap membantu

      Delete
  5. Masa pergi tu harga visa berapa harga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Masa kitorg pergi on 2016 harga utk tourist visa RM189.56, valid for 6 months.

      Delete