Monday 12 December 2016

Trip ke Delhi - Agra - Manali - Simla (Part 3)

Lepas habis breakfast, ktrg terus keluar dari hotel ke area pekan die. Walking distance je dari hotel tu. Pagi2 tu ramai rakyat India yg tengah start nak keluar ke tempat kerja. Cuaca time tu memang sejuk. Sebab tengah peralihan nak masuk winter. Kalau time winter ni sure lagi sejuk.

Jalan ke arah pekan Manali

Ikut laluan tepi sungai

Sampai kat pekan Manali

Mase ktrg sampai kat area pekan Manali tu, tak banyak kedai yg bukak. Ade yg baru nak set up bukak kedai. Ktrg takde singgah kedai mane2 pun sebab ktrg aim nak cari bank. Banyak jugak bank area situ. Tapi utk foreigner baik pilih bank State of India sebab kad oversea pun boleh guna. Cuma pastikan kita dah aktifkan penggunaan kad atm kita kat oversea sebelum fly. Pagi2 pun dah panjang barisan. Tapi nak buat macam mane, ktrg beratur je la. Ktrg bahagi tugas. Sorang beratur keluar duit dari atm. Yang lain beratur masuk dalam kaunter bank untuk tukar duit besar 1000 dan 500 yang ktrg ada.

Beratur dgn rakyat India kat bank

Dalam dekat nak 2 jam jugak la ktrg beratur tunggu turn ktrg. Harap2 pagi2 macam ni stok duit baru tu banyak lagi la. Sampai turn ktrg untuk tukar duit dalam bank, ktrg cakap nak tukar duit baru. Pegawai bank tu keluarkan borang utk ktrg isi n mintak passport ktrg utk drg photostat. Kali ni Alhamdulillah sebab ktrg berjaye tukar semue duit yg ktrg ade dgn duit baru. Memang lege n bersyukur sangat2 time tu. Yang keluar duit dari atm pun dah selesai tapi boleh keluar had 2000rs je. Untuk pengeluaran melalui atm, kena baca arahan dia betul-betul sebab kalau salah pilih butang memang xdapat keluar duit. Kita ingat bank x accept ke ape padahal kita yg salah tekan butang. Tips disini lepas tulis amount kita nak keluarkan tekan butang yg belah kiri je. Yang ini utk atm Bank State of India lah. Atm bank lain xpasti. Habis proses tukar duit tu, ktrg tengok jam dah nak tengah hari dah. Hilang separuh hari ni dengan bank je. Nak merungut lebih2 pun tak boleh, anggap takde rezeki ktrg utk explore Manali ni je la.


Jalan2 lepas settle dgn bank

Lepastu ktrg survey harga taxi kat area ni untuk ke Simla esok pagi memandangkan tiket train dari Simla ke Kalka sebelah petang kitorg dah beli online dari Malaysia. At least selesa sikit n boleh ikot timing ktrg. Kaunter taxi pun ade banyak. Kaunter kat bahagian depan2 ade yg tawarkan 7,000rs & 5,000rs ke Simla. Kaunter bahagian depan ni memang promote gile2 kt ktrg tapi ktrg cakap taknak sebab rase nak cari yg lagi murah. Round2 lagi ke belakang2, jumpe taxi 3,500rs je ke Simla. Ni paling murah la yg ktrg jumpe so terus je book. Bagi detail ktrg sume lepastu set pukul 9am driver taxi tu akan jemput ktrg kat depan hotel. Kene bayar deposit dulu, lepastu drg bagi resit. So settle transportation utk esok.


Perdana Menteri India yg pertama



Hari pun dah tengah hari, ktrg cari kedai makan Muslim tapi tak jumpe yg dekat2 area ni. Kalau explore jauh2 sikit maybe akan jumpe la kot kedai makan Muslim. Tapi ktrg tak explore jauh2 pun, cari yg dekat2 dgn area pekan tu je. Sebab tak jumpe, so option yg ktrg ade is makan kat kedai vegetarian. Ktrg jumpe kedai Sikh ni yg jual vegetarian food.


Misi cari kedai makan

Name kedai yg ktrg pilih tu Vaishno Pangi Dhaba. Die ade tulis vegetarian menu. Ktrg order nasi basmati (nasi putih), Gobhi Manchurian (cauliflower/ bunga kobis goreng), mushroom soup je. Air lak ktrg amek banana lassi dgn lemon tea. Service die agak lambat. Tapi makanan ok. Air die walaupun dalam gelas kecik je tapi sedap la jugak rase die. Ni lah 1st time ktrg dapat makan heavy food kat India ni. Kalau tak, sebelum ni asek makan megi je sebab nak jimat duit. Total semuanya 400rs, lepastu masing2 bayar harga lepas dah bahagikan total tu sama rata. 


Nasi basmati dengan Gobhi Manchurian

Air yg ktrg order

Aktiviti makan ktrg tak berhenti takat situ je. Ktrg buat sesi berfoya2 dengan pergi cari kedai coffee pulak. Ktrg jumpe cafe coffee day. Kedai ni sebenarnye berasal dari India. 1st outlet yg drg bukak kat Bangalore/Bangaluru kat selatan India. So agak ok la nak minum coffee local kat sini. Takkan datang jauh2 taknak try local punye product kan. Ktrg order coffee dgn pastry sikit. Jangan risau sebab pastry die berasaskan vegetarian. Customer takde sangat time ni so ktrg dapat pilih meje tepi tingkap.






Lepas habis makan semua, ktrg jalan2 kat area pekan tu lagi. Tengok ape bende yg drg jual. Kebanyakkannya jual baju, jaket kulit, manisan, buah n sayur. Try gak pusing2 cari ade fridge magnet ke tak, tapi tak jumpe. Ktrg beli makanan je la untuk bawak balik Malaysia. Memang activity ktrg harini berasaskan food je la hari ni. Nak g area bukit2 tu memang dah tak sempat sebab jarak die bukan dekat2. Kalau ktrg g jugak, boleh stay kejap je tgk view kat sane. So rase macam rugi bayar mahal tapi stay kejap je.



Antara buah n sayur yg drg jual

Manisan drg
Antara hasil tangkapan
Dah puas jalan2 keliling pekan Manali ni, dah takde bende yg boleh buat. Ktrg gerak balik ke hotel. Malam tu ktrg tak keluar dah, dinner makan buah2an yg ktrg beli dengan biskut2 yg ktrg bawak dari Malaysia sambil tengok tv siaran India. Cerite hindustan ade, cerite tamil pun ade tapi memang takde subtitle la. Tgk cerite paham dari segi body language pelakon tu je. Boleh la dari takde entertainment langsung. Kemas2 beg siap2 sebelum tidur. Esok nak jalan jauh lagi. Sambung kat next entry.


Jalan ke hotel

No comments:

Post a Comment