Monday 9 January 2017

Trip ke Delhi - Agra - Manali - Simla (Part 4)

Bangun awal pagi untuk solat subuh. Tak boleh nak bermalas-malasan sangat sebab ktrg dah book taxi utk ke next destination. So terus je kemas beg semue n turun bawah utk breakfast. Lepastu check out dari hotel ni. Tepat pukul 8, ktrg nampak kelibat sebuah kereta putih stop kat lobby. Terus je ktrg confirmkan tu taxi ktrg ke bukan. Lepas dapat confirmation, pakcik taxi tu terus menerus tekan pedal minyak sedalam yg boleh. Tapi tak adelah laju sangat macam yang kebanyakan blogger cerita.

Pakcik taxi merempit


Jalan yg pakcik taxi ni lalu zig zag jugak n penuh dengan gaung2. So sebaiknye mulekan perjalanan tu dengan doa ye. Pakcik taxi ni dah biase sangat lalu jalan ni sebab tu die slumber je bawak laju. Tapi ktrg ok je la sebab lagi cepat sampai lagi bagus. Pakcik ni stop sekali je utk breakfast kat sebuah kedai yang nampak bersih jugak. Ktrg takdela nak join pakcik tu makan kat kedai makan tu sebab pagi tadi dah breakfast. 

Pemandangan tepi jalan


Kesian tgk keldai makan sampah




Dalam pukul 2pm macamtu, ktrg selamat sampai kat bandar seterusnya iaitu Simla. Salah satu lokasi yg digunakan dalam cerita hindustan 3 idiot. Dalam cerite tu kan starting die tunjuk drg semua pergi Simla nak cari Amir Khan tu tapi tak jumpe. Rumah yg besar gile tu pun ade kat sini gak. Tapi tu semue bukanla main reason ktrg datang ke Simla. Ktrg nak naik 'toy train' kat Simla ni.

Simla ni bandar die kat lereng2 bukit



Perumahan di Simla

Ktrg suruh pakcik taxi turunkan ktrg kat area Simla toy train station sebab ktrg dah beli ticket train online. Ticket ktrg pukul 4pm. So ktrg ronda2 area dekat2 dengan railway station je. Menurut satu blog tu, ada surau area Simla ni, tapi ktrg tak adelah nak mencari disebabkan muka bumi Simla yang mendaki. Ktrg solat area train station je. Dalam railway station tu pun ada satu kedai makan kalau malas nak mendaki cari kedai kat luar. Ktrg pergi lunch kat kedai makan vegetarian tepi railway station tu. Lepastu terus je masuk railway station sebab tak nak terlepas train.






Ade description pasal pembinaan railway Simla ni
Train ni name die toy train bukan sebab die dibuat dari mainan ke ape tapi sebab tahap kelajuan die tu sangat slow so orang pun gelarkan die as toy train. Landasan die ni dibina tahun 1898 and dapat pengiktirafan sebagai UNESCO. Lagipun salah satu cara nak balik ke New Delhi dari Simla ni boleh naik train ni so why not ktrg try kan. Cuma tiket kena beli cepat la sebab train die pendek n ade limited seat setiap hari. Sepatutnya plan awal ktrg nak mulakan hari kedua di Simla, baru pergi Manali. Tapi disebabkan tiket train Kalka ke Simla untuk tarikh tu dah habis, ktrg terpaksa "reverse plan". Post last nanti ktrg akan bagi plan yg sesuai utk sesiapa yang bcadang nak ke daerah Himachal Pradesh ni.

Train dah sampai


Keadaan dalam train



Ktrg dapat duduk tepi tingkap yg menghadap sunset. Tapi takde la nak amek gambar sangat sebab jalan pun nak gelap tak nampak ape dah. Tapi view memang cantik nampak gunung ganang. Kalau amek tiket pagi view lagi bagus tapi ktrg dah xde choice tpaksa amek waktu petang nak sesuaikan dgn "reverse plan" ktrg ni. Nanti mase winter mungkin boleh nampak snow capped mountain.

On the way turun, lalu tempat ni
Ktrg turun kat last station, Kalka. Dari Kalka, ktrg kene tukar train untuk ke Old Delhi. Train ok je sampai on time. Train nak ke Old Delhi pun ok tak delay. Malam tu ktrg tidur dalam train. Ni pun ktrg dah beli online dari Malaysia, ambil katil 2-tier. 2 orang kat bawah, 2 orang atas. Tak campur dengan orang lain.

Esok paginye ktrg turun kat station old Delhi. Sampai2 je, terus cari Metro utk ke New Delhi, seterusnya ke area Paharganj road. Ktrg nak try cari hotel budget kat situ. Cari2, dapat hotel harga rs1,700 per night. Nak minta half sebab ktrg sekadar nak berehat n tidor2 je sementara tunggu flight pukul 10 malam ni tapi tak dapat. So dah penat, ktrg pun rehat2 dulu n dalam pukul 3pm kene keluar balik nak cari makan and cari souvenir yg patut. Ktrg macam nak g Chadni Chowk tapi disebabkan kekangan masa dan baca review tempat tu agak crowded, so ktrg pergi area dekat2 dgn hotel je. Kalau sesiapa yang ada masa tu maybe boleh try ke Chadni Chowk.

Alhamdulillah sepanjang berada kat India ni takde berlaku ape2 kecurian or cirit birit. Cuma masalah duit baru India tu je la masalah terbesar yg ktrg alami. Nak repeat India tu mungkin tak lah kot kecuali kalau ada orang sponser. And kalau nak repeat pun, nak ke Kashmir pulak. Area Delhi & Agra ni sangat senang nak pergi sebab memang tempat perlancongan yg famous so mudah utk travel sendiri tanpa tourist guide. So hopefully dapat memberi sedikit gambaran kepada sesiapa yg nak pergi ke India sendiri. 

No comments:

Post a Comment