4th day (Hao Lu & Tam Coc)
Tour ke Hao Lu & Tam Coc. Book dengan tourist guide yg same yg ktrg gune mase ke Halong Bay iaitu HanoiMuslim. Harga 39USD seorang. Kalau nak lagi murah boleh book kat kedai tepi2 jalan. Walaupun tour guide yg lain takde yg halal tapi makanan atas kapal nanti buffet style, so boleh pilih makanan yang boleh dimakan macam seafood or vegetable. Disebabkan kitorang book dengan HanoiMuslim, so dorang dah prepare Halal Box lunch dari Cosiano Hotel. Dalam box tu ada Nasi goreng, telur mata, sate daging dan ayam goreng. Air Mineral pun dorang bagi.
Pagi2 bus akan ambil kat depan hotel. Macam biasa, hanya kami je yang muslim dalam bus tu. Yang lain muda mudi mat saleh dari US (tengok gaya), satu family local, dan solo traveler dari Nigeria. Group kali ni tak sebest macam yang ke Halong Bay tu.
Perjalanan ambil masa dalam 2 jam dengan satu kali stop untuk minum atau ke tandas. Sebelum sampai kat Tam Coc, kami melawat 2 buah temple yang terkenal di Hao Lu. Kedua-dua temple ni terletak hanya bertentangan antara satu sama lain.
Menuju ke pintu utama yang menghubungkan 2 buah temple. |
Kerbau betina berhias. |
Tiba di pintu utama untuk ke first temple. |
Menuju ke dalam. |
Dalam temple tu kita akan diberikan masa selama lebih kurang 20 minit untuk round2. Kalau nak ke tandas pun ada disediakan dalam tu.
Belakang sana ade tandas. |
Sekitar kawasan temple |
Kat dalam kawasan temple ni kite akan jadi macam celebrity sekejap, sebab akan ade orang local yang tangkap gambar korang. Kadang2 tu tak tau pun bila dorang snap gambar kite, tup tup, ade dah siap print gambar. Dorang akan tunjuk kat kita gambar kita yang dorang ambil tu dan minta kita beli. Tapi up to you nak beli ke tak.
Ramai jugak local tawarkan untuk ambil gambar. |
Macam my parents mula2 memang tak nak beli. Dah tu ingatkan makcik photographer tu dah tak datang balik. Tiba2 masa nak balik tu makcik tu muncul lagi. Makcik tu tak give up, die ikut kitorang sampai pintu keluar. Dorg akan cerita yg dorg ada family, anak kecik2 lagi. Disebabkan kegigihan dorg jual utk sara kehidupan, akhirnya beli lah jugak gambar yang berharga 1usd.
Tempat sembahyang dorang. |
Habis round first temple, tour guide bawak kitorang ke second temple yang terletak opposite je dari first temple ni.
Menuju ke second temple. |
Batu ni katanya terbentuk seperti dragon. |
Dalam kawasan temple kedua. |
Second temple ni lebih kurang macam first temple je. Cuma dalam ni sesiapa yang nak masuk utk cuba cara dorang sembahyang, akan ade orang yang guide dalam temple tu. Macam mat2 saleh ni ramailah yang masuk dalam temple tu utk try sembahyang cara org Vietnam.
Dalam 20minit jugak kitorang dalam tu. After that, tour guide panggil suruh balik semula ke mini bas untuk sambung perjalanan ke Tam Coc. Otw balik ke bas, kitorang lalu jalan bawah ni.
Kat sinilah makcik photographer berjaya jual gambar kat parents. |
Menuju ke exit. |
Masa nak balik tu, ramai orang local yang memanggil2 kita untuk beli topi Vietnam dorang. Kalau tak nak, just geleng kepala je.
Ade kedai2 sebelah tempat parking bas. |
Then sambung perjalanan ke Tam Coc yang mengambil masa kira-kira 40 minit. Sampai2 lunch dulu. Then jangan lupa pergi tandas dulu walaupun tak rasa nak pergi sebab kita akan menaiki sampan non stop untuk satu setengah ke dua jam.
Then, kitorang pergi ke kawasan sampan. Kat situ memang dah banyak sampan yang dah berkumpul, menunggu untuk mengambil pelanggan. Ktrg beratur tunggu giliran untuk naik sampan tu. Satu sampan boleh muat 3 orang dewasa. Tapi kebayakannya naik berdua. Naik je dalam sampan, dorang akan start mendayung menyusuri sungai.
Waktu atas sampan ni memang rasa sejuk sebab angin nya bercampur dengan cuaca yang memang sejuk. So memang disarankan pakai baju tebal lagi. Macam ade group mat saleh tiga orang tu kitorang tengok pakai t-shirt biasa dengan seluar pendek je. Tak tau lah mungkin dorang tu jenis tahan sejuk kot.
Apa yang uniknya disini kebanyakan sampan didayung menggunakan kaki. Selalu kan org mendayung guna tangan tapi ni drg letak kaki atas pendayung and gerakkan pendayung guna kaki. Cara dorang dayung dengan kaki tu nampak relax je. Macam senaman.
Nampak tak pakcik tu dayung guna kaki. |
Laluan bicycle atas jambatan tu. |
Dah nak masuk ke dalam cave. |
Tam Coc bermaksud 3 caves. Tempat ni memang aku recommend untuk dilawati. Kita akan duduk dalam sampan tengok pemandangan yang aman dan dapat masuk bawah caves yang gelap, tak nampak ape2 kecuali cahaya dari pintu keluar. Kita akan masuk ke bawah 3 buah caves. Maknanya masuk satu cave, keluar. Then lepas beberapa minit jumpa cave yang kedua pulak, then keluar.
|
Masuk next cave. |
Keadaan dalam cave yang gelap. |
Keluar je dari cave yang ketiga, nampaklah penghujung sungai tu. Semua sampan memang kena berpatah balik atau u-turn untuk balik semula ke tempat asal. Di situ, akan ada orang2 yang menjual makanan dan minuman.
Orang2 menjual makanan dan minuman dalam sampan. |
Yang tak bestnye sebab dorang macam memaksa untuk beli. Kalau kita tak nak, dorang akan minta kita belikan untuk orang yang mendayung untuk kita. Tapi up to you nak beli ke tak. Cakap je "Khong" (sebutan khom) maksudnya NO kalau tak nak beli.
Selalunya pakcik makcik yang dayung sampan. Atas ni orang muda yang mendayung. Memang lajulah dia bawak. |
Then kitorang berpatah balik untuk balik. Lalu laluan yang sama juga cuma view kita pandang yang kebelakang pulak lah.
Ingatkan bila dah lepas orang2 yang jual food tu ok dah. Sekali makcik yang kayuh sampan ni pun nak jual barang. Kalau jual2 macam tu je takpe lah jugak. Tapi ni cara memaksa yang menyebabkan rase tak best. Ktrg memang tak bawak duit lepastu tak terasa nak beli pape pon. Makcik tu tenguk ktorg tak berminat, dia jual dgn harga yg sangat murah. Jadi kalau korg nak beli purse2, etc bolehlah beli dalam sampan ni tapi kene buat2 tak berminat la so that drg turunkan harga.
Kesian sebenarnya tenguk dorg dpt customer mcm ktrg ni. Dahla jenis malas nak sembang lepastu memang tak berduit. Kalaulah diberi pilihan utk jadi pendayung tu, rasenye better pilih golongan org2 yg dah berumur. Tenguk sampan sebelah, customer dia mat saleh suami isteri. Memang mewah siap belikan macam2 makanan utk pendayung dia. Pendayung dah la ibu dgn anak. Ktrg perhati je, pendayung dia tak berhenti mengunyah makan dari tadi.
Masa mula2 naik dengan makcik tu memang kitorang pakat nak bagi tips kat makcik tu. Dah nak sampai balik makcik tu minta tips. Ok lah bagi 20.000VND atau 1USD seperti yang disarankan oleh tour guide. Tapi dah bagi dia cakap tak cukup. Daripada rasa kesian mula2 tengok makcik ni kayuh sampan jadi lain pulak. Tapi apa2 pun tip untuk ke Tam Coc ni ialah sediakan duit kecik untuk diberikan kepada orang yang mendayung sampan kita. 20.000VND pun dah ok. Bawah ni boleh tengok short video kitorang sepanjang menaiki sampan.
Bicycle untuk orang yang nak cycling. |
Lepastu siapa nak cycling around pun boleh dalam masa 45minit. Macam biasa masa tu kitorang pergi solat kat dalam restaurant. Minta izin orang kedai tu dulu.
Dalam pukul 4pm balik semula ke mini bus utk balik ke hotel. Around 6pm kami tiba di hotel. Malam tu kami solat di Al-Noor Mosque dan makan di Zaynab Restaurant kerana esoknya kami akan pulang semula ke Malaysia. Di Hanoi memang tak banyak orang islam. 90% penduduknya tak ade agama. Solat jemaah isyak malam tu pun 10 orang je.
Bo noodle soup. |
Malam tu ktrg try makan Bo noodle soup. Bo maksudnya daging. Makanan traditional Vietnam yang famous ialah Pho Bo noodle soup. Tak tau lah rasa Pho Bo tu same ke tak dengan yg ktrg order ni. Tapi kalau Pho Bo noodle tu mee dia warna putih. Mee yang kitorang dapat ni warna kuning. Selalunya dorang makan benda ni waktu pagi. Kitorang memang mencari jugak Pho bo noodle yang halal. Tapi rata2 kedai halal serve Indian food je. Ade satu restaurant yang ada serve menu ni ialah d'Lion Restaurant di Cosiano hotel. Kitorang tak pergi restaurant tu pun sebab agak jauh dari Spring Flower Hotel yg ktrg duduk ni.
Last day
Flight Malindo ke KLIA pukul 12:15pm. Breakfast dulu, then checkout. Tunggu taxi yang dah dibook melalui hotel. Dalam pukul 9:45am taxi sampai. Kali ni harga taxi untuk 4-seater murah sikit 300.000VND. Dah bayar siap2 duit taxi di hotel. Dalam pukul 10:30am tiba di NoiBai Airport.
Lupa nak bagitau tandas kat airport ni tak ade paip ye, berbeza dengan tempat2 lain kat Hanoi ni yg kebanyakkannye ade paip.
Ambil air dari sinki. |
Takde paip. Tapi toilet bersih takde bau. |
Tapi kalau kat tempat2 yang kami lawati sepanjang di Hanoi ni dan rest area dia tandas memang ada paip. So tak payah bawa botol pun tak apa utk jalan2 kat Hanoi. Kat hotel kitorang pun ade paip tepi jamban. Cuma dalam airport jelah kena prepare botol sebab toilet dia takde air langsung and tak macam jepun yang ada tempat keluar air dari belakang tu.
Dalam pukul 10:45am kitorang check in flight. Untuk beg yang dibawa bersama ke dalam cabin dorang akan bagi bag tag. Dah dapat tiket semua kitorang masuk ke pintu untuk ke tempat pemeriksaan imegresen. Pegawai yang jaga pintu tu akan scan kita punya tiket flight dulu.
Tiba2 salah seorang daripada kitorang tak boleh masuk sebab dorang detect kat tiket tu kene pergi ke bilik tempat check-in beg. So kena pergi ke dalam satu bilik yang mana pegawai yang mengscan beg bagasi kita yang akan dibawa masuk ke dalam perut kapal terbang berada. Rupanya dia ada nampak portable charger melalui scanner dia dalam salah satu beg kitorang. Lepastu kitorang keluarkan benda tu dan simpan dengan kitorang. Sebelum tu pegawai kat dalam bilik tu kena scan balik tiket kita supaya kat pintu masuk ke tempat imegresen nanti tak kena tahan lagi. Maknanya takdelah nama kita di black list lagi. Tapi baguslah security dorang ni. Nampaklah dorang kerja bukan sambil lewa or makan gaji buta.
So moral of the story, barang2 electronik semua kena bawak naik sekali dengan kita. Jangan letak dalam beg bagasi yang check in dalam kapal terbang.
Dalam departure area. |
Dalam pukul 12:30pm kapal terbang bertolak dari NoiBai Airport menuju ke tanah air, Malaysia. Delay 15minit sebab ade pesawat VVIP datang ke Hanoi katanya. Pukul 4:30pm ktrg selamat sampai di KLIA.
Selamat tinggal Hanoi. |
Menuju ke negaraku. |
Total kos kami untuk trip Hanoi ni lebih kurang RM1200 (flight+hotel+tour+food). Souvenir tu masing2 punya belanja lah.
Memang kita boleh jimat banyak kalau travel sendiri tak menggunakan travel agency. Tapi kena rajin untuk study tempat2 yang kita nak lawati tu and yg paling penting sekali kene study tempat makan halal. Kalau yg jenis boleh makan Megi or roti yg bawak dari Malaysia je lagi bagus sebab boleh jimat lagi banyak. Overall bandar Hanoi ni agak bersih juga, dengan cuaca yg tak terlalu panas and orang2 die pun ok, sudi membantu tourist yg sesat. Cuma adat la kalau kat mana2 pun, kalau penjual barang memang seboleh2nya nak kapak tourist bila beli barang dgn drg.
nice post we at valley trip planner best travel agents based in kashmir and ladakh we offer best kashmir honeymoon tour packages
ReplyDeleteSaya suka baca celoteh anda. sebab banyak tip yang menarik..
ReplyDelete