Day 2
Pukul 5pagi kami bangun dan bersiap-siap untuk ke Nami island. Subuh di sini masuk awal dalam pukul 5.30pagi. Dalam pukul 6pagi kami terus bergerak ke subway station untuk menaiki train. Memandangkan hari ni adalah hari Sabtu, kami plan untuk sampai ke Nami Island awal untuk elak ramai orang. Plan asal nak naik ITX train yang lebih laju ke Gapyeong station. Tapi Naver app punya suggestion untuk gunakan Subway biasa.
Pastikan korang download Naver app sebab google map dan waze tak boleh guna kat Korea. Naver app memang banyak membantu untuk kita plan nak naik subway mana untuk ke destinasi kita, sesuai dengan waktu dan kita boleh agak masa kita akan sampai ke destinasi kita. Fee untuk train pun app ni tunjuk, jadi senang nak agak untuk topup berapa dalam T-card. Tapi sebagai walking map agak kurang sikit function dia.
Dalam pukul 8.30am kami tiba di Gapyeong station. Kami naik bus no 10-4 di seberang jalan untuk ke kawasan ferry ke Nami island.
Bus ni bergerak setiap setengah jam. 8.50am bus bergerak dan dalam 5 minit kami sampai ke bus stop tempat ferry ke Nami island. Kemudian perlu berjalan dalam 3 minit ke kaunter tiket. Tiket kami dah beli di Klook, jadi kami hanya tunjuk pada staff dan terus naik ferry pukul 9am. Ferry ke Nami Island akan bergerak setiap 20-30 minit.
Tak lama pun dalam ferry dalam 5 minit kami dah sampai di Nami island. Aktiviti kami di situ bersantai-santai sambil tangkap gambar dan menikmati view.
Mulanya ingat nak naik heritage train yang berharga 3,000 won untuk ke hujung pulau. Tapi bila jalan-jalan sebenarnya tak lah jauh sangat nak ke penghujung pulau. Dengan cuaca yang sejuk dan view yang indah tak adalah rasa jalan tu jauh.
Jalan-jalan, perut pun dan berbunyi. Kami plan nak breakfast di satu-satunya kedai halal di situ iaitu Asian Cuision. Kedai ni terletak hujung pulau, hampir dengan tempat cerita winter sonata. Kami ingat kedai ni buka pukul 10pagi, jadi kami terus masuk kedai. Rupanya 10.30 baru buka tapi orang kedai bagi masuk duduk dulu. Kiranya kami first customer hari tu.
Untuk order kena pergi dulu dekat kaunter, order dan bayar. Nanti dia bagi alat pengesan order yang bila food dah siap berbunyi tu. Bila benda tu dah berbunyi, kita kena ambil sendiri food. Self-serving lah senang kata.
Harga makanan kami untuk seorang 15,000 won. Air memang kami tak order langsung kat hampir semua kedai makan yang kami pergi sebab hampir setiap kedai sediakan air kosong free. Lepas dah habis makan, kena kemas sendiri meja & hantar tray ke tempat yang disediakan.
Dah kenyang, kami jalan balik ke tempat ferry untuk balik. Kami naik ferry pukul 11.30pagi, bila sampai je ke seberang jetty nampak ramai orang beratur untuk naik ferry ke Nami island. Alhamdulillah kami sampai awal pagi tadi jadi tak payah beratur untuk masuk ferry. So tips untuk ke Nami island ialah untuk datang awal pagi before pukul 10am sebab kebanyakan yang ambil pakej naik bas atau van gerak dari Seoul dalam pukul 9pagi. Jadi dalam pukul 10.30am dah banyak group bas sampai.
Kami tunggu kat bus stop yang bas drop kan kami tadi dan tunggu bas dalam 10 minit untuk ke Gapyeong station. Aktiviti seterusnya kami ke Gangchon rail bike park. Kami naik train lagi dan perjalanan mengambil masa dalam 20 minit. Sampai je, kami jalan keluar dari station dan belok kiri, kita akan nampak signboard besar Gangchon rail park.
Tiket kami dah beli siap-siap melalui Klook. Kami pilih 4-seater bike yang berharga RM193. Kami 3 orang so nanti harga ni bahagi 3. Kalau nak naik yang 2-seater pun ada. Untuk tiket perlu ditukar dengan fizikal tiket dan kena dapatkan di kaunter. Untuk pengetahuan korang, kaunter tiket ni akan tutup untuk lunch dari pukul 12-1pm. Disebabkan kami sampai pukul 12.10pm, jadi kami pun kena tunggu. Untuk timing naik bike ni ada beberapa timing. Kami dah pilih timing pukul 1.30pm. Tepat pukul 1pm kaunter buka dan kami pun tunjuk qr kod yang kami dapat dari klook untuk tukar tiket.
Then beratur untuk naik benda ni. Staff akan ajar cara nak brek. Untuk yang kaki tak panjang disarankan duduk kat bahagian belakang sebab jarak kerusi dengan pedal dekat, so selesa sikit nak mengayuh. Macam kami tiga-tiga kaki pendek, so dua orang nak taknak memang kena duduk depan. Bila staff tu tengok, dia tunjuk boleh adjust seat rapatkan sikit ke depan. So oklah sikit nak mengayuh.
Kayuh-kayuh agak penat juga lama-lama tu kalau non-stop sebab jauh juga perjalanannya dalam 30 minit. Tapi jangan risau sebab ada certain area yang benda ni gerak sendiri tanpa kita perlu kayuh.
Lepas dah sampai, rehat jap tunggu semua yang lain sampai sambil tengok view. Then kami naik Romantic train ramai-ramai untuk ke penghujung lokasi. Untuk patah balik ke entrance Gangchon rail park kena naik bas yang disediakan. Harga semua ni memang dah include. Dalam pukul 3pm kami menaiki train untuk ke itaewon. Kami nak singgah solat kat masjid Itaewon dan lunch di area masjid. Perjalanan dalam 2 jam juga. Alhamdulillah dapat seat so boleh tidur sepanjang journey.
Untuk ke masjid keluar ikut exit 3 station. Jalan dan belok kanan. Kemudian ada persimpangan belok kiri. Korang akan nampak jalan yang kena mendaki. Jalan straight je, kat sepanjang jalan tu dah boleh nampak banyak kedai halal. Nanti jumpalah masjid. Untuk tempat wuduk tak ada dalam tempat solat, kena jalan keluar sikit. Tandas kat masjid ni ada dalam area tempat wuduk dan ada pipe.
Lepas solat, kami makan kat kedai fried chicken yang bernama Yell-o chicken. Total food kami untuk tiga orang ialah 39,600 won. Honey butter chicken dia sedap. Spicy chicken dia pun ok dan tak terlalu pedas. Kami order sorang satu set small sebab ingatkan kuantiti ayam dia sikit. Rupanya banyak juga boleh share 2/3 orang. Kalau korang ber 4/5 boleh order set besar.
Aktiviti malam pula macam biasa kami jalan-jalan di Myeongdong. Untuk day 3, boleh tengok next post.
No comments:
Post a Comment