September 2024, kami bercuti ke Pakistan selama 8 hari menggunakan tour pakej dari Greenland tour yang berharga RM5500 all in. Harga pakej bergantung pada berapa hari dan tempat yang akan dikunjungi. Kali ini kami menggunakan pakej sepenuhnya sebab nak merasa perjalanan yang totally tidak perlu di plan sendiri dan untuk memudahkan pergerakan parents. Ini merupakan kali pertama untuk kami berjalan menggunakan pakej sepenuhnya dari Malaysia, tapi berbeza dengan parents sebab diorang dah pernah join group travel lain sebelum ni.
Kami bertolak dari KLIA pada pukul 1 petang, delay 30 minit dari masa yang sebenar, menaiki pesawat Pakistan Airlines dan tiba di Islamabad pada pukul 4 petang. Sedikit review tentang Pakistan Airlines kelas ekonomi dari KL ke Pakistan, meal on flight disediakan sekali sahaja, dan tiada entertaiment.
Setiap kerusi ada screen lcd tetapi tak boleh digunakan.
Jadi sepanjang 6 jam flight tu korang bawa lah buku atau download siap-siap movie dalam phone korang. Minimum berat bagi luggage pula ialah 40kg. Boleh bawa maximum 2 luggage tapi total 2 luggage tu 40kg kebawah.
Setibanya di Islamabad, macam biasa kena check imigration dulu. Then, kami disambut oleh tour guide kami yang dah siap sedia pegang banner nama Greenland. Group kami seramai 12 orang dewasa termasuk 3 orang warga emas. Untuk pakej dengan tour guide ni memang dorang ambil maximum 16 orang sahaja satu group. Kenderaan sepanjang kami berada di sana menggunakan van coaster yang boleh memuatkan 20 orang.
Beg bagasi pula mereka akan letakkan di atas bumbung kenderaan. So disarankan untuk bawa beg yang kalis air. Disebabkan semua dah di plan oleh pihak travel agensi. Kami hanya akan berkongsi tentang keadaan jalan, facility dan harga makanan serta barangan di Pakistan.
Keadaan jalan di bandar Islamabad adalah baik dengan highway nya ada 4 line. Sistem tolnya lebih kurang seperti menggunakan RFID. Keadaan jalan mula mencabar semasa menuju ke arah Hunza Valley. Jalan agak berpusing-pusing macam naik Cameron Highland. Tips untuk elakkan rasa pening adalah elakkan minum teh susu sebelum perjalanan. Bawa asam dan minyak angin. Kurangkan pergerakan dalam kenderaan supaya tak trigger rasa pening dan loya. Lagi satu boleh beli motion sickness patch dari shoppe dan tampal bawah telinga 20 minit sebelum perjalanan. Patch ni memang membantu mengurangkan rasa pening dan loya. Kami beli pun sebab pengalaman dulu masa perjalanan 13jam dari Delhi ke Manali jalannya berpusing-pusing sampai kami tak boleh enjoy the view walaupun view masa tu memang cantik disebabkan rasa pening dan loya yang dasyat. Waktu tu asam dan gula-gula semua tak bawa.
Untuk kemudahan toilet, jangan risau sebab tour guide akan berhenti di r&r yang menyediakan toilet yang elok. Ada yang kena bayar dan ada yang free. Paling mahal pun dalam 70pkr untuk bayar toilet. Setiap toilet ada pilihan jenis toilet duduk dan cangkung.
Yang penting semua toilet ada air. Contoh kalau lepas sejam rasa nak pergi toilet lagi pun tak perlu risau sebab akan ada toiletnya. So memang mesra warga emas.
Untuk makanan, kebanyakan pakej akan include kan sekali breakfast, lunch dan dinner dalam package. Untuk package kami, hanya lunch yang tak termasuk. Bawah ni contoh harga makanan kat Pakistan.
Untuk satu hidangan selalunya boleh share dalam 2-3 orang. Korang boleh letak budget makanan dalam 800pkr (Rm16) seorang.
Air mineral harga dalam 100pkr. Untuk air pastikan minum air mineral dalam botol sahaja. Kalau diorang hidang air panas dalam jag pun elakkan minum sebab takut dorang ambil air dari paip. Air chai atau tea tu boleh je minum sebab dorang guna susu segar. Untuk harga chai pula dalam 100-200pkr.
Kopi dorang suka guna serbuk Nescaffe. So siapa yang tak boleh minum Nescaffe better bawa kopi 3in1 sendiri dari Malaysia. Harga Cappucino dalam 300pkr.
In case perut rasa tak sedap, terus je makan ubat Charcoal. Ubat-ubat lain yang mesti dibawa ialah ubat cirit-birit, muntah, panadol, dan sakit perut.
Breakfast memang hotel yang akan sediakan. Memang setiap hari ada paratha dan variety of kuah. Atas ni gambar breakfast kat hotel di Gilgit sambil enjoy the view. Malam pula dorang akan bawa keluar untuk dinner yang kedai-kedai yang dijamin bersih. Selalunya tour guide yang akan orderkan dinner untuk kita. Kita just berkongsi makan ramai-ramai.
Siapa peminat ice cream Pakistan yang dikenali sebagai Kulfi boleh beli kat r&r yang berdekatan dengan Islamabad sebab bila start je jalan berbukit-bukau kat atas kami dah tak jumpa ice cream Kulfi. Harga 190pkr. Rasa agak manis tapi sedap. Ni ikut taste bud masing-masing juga sebab ada antara kami yang tak suka rasa ice cream Kulfi ni.
Souvenir kami beli kat tempat yang tour guide kami tunjuk. So harga macam tak dapat lagi murah. Untuk fridge magnet paling murah design bawah ni harga 150pkr (RM3).
Kami beli kat Islamabad. Ada terbaca dalam blog orang lain dia dapat harga seringgit lebih je, tapi kat kedai lain. Ni sebab ikut package so ikut je lah mana dia nak bawa. Harga pashmina dalam 1500pkr (RM30), beli area Naran. Selain tu kat Naran kami beli stokin tebal panjang had lutut untuk next winter trip, harga 150pkr (RM3). Kalau dalam shoppee harga stokin panjang ni dalam RM20. So kalau korang nak beli winter attire yang murah pun boleh beli area Naran.
Jadi inilah sahaja perkongsian kami tentang Pakistan. Bawah ni antara view yang korang boleh dapat di Pakistan dengan cuaca pada pertengahan September.
Naltar Valley |
Attabad Lake |
View from hotel in Hunza |
Gilgit |
Naran |
Passu cones |
View from Altit Fort |
No comments:
Post a Comment