5th day
Hari ni kitorg akan ke Huashan mountain yang terletak lebih kurang 120km dari Xi'an. Parents kitorg tak ikut, hanya kitorg berempat je yang pergi. Pukul 6am kitorg dah bangun untuk bersiap-siap ke Xi'an Bei Railway station. Dalam pukul 7.15am kitorg naik metro Line 2 ke Beikezhan metro station. Kali ni tak perlu tukar line tapi kena tunggu 10 stops untuk sampai ke destinasi.
Perjalanan dalam train mengambil masa dalam 25 minit. Setibanya di Beikezhan station, kitorg naik ke tingkat 1 untuk ke waiting area bullet train ke Huashan Bei.
Macam biasa sebelum masuk kena check tiket dan passport serta scan bag. Alhamdulillah sampai dalam pukul 8am, 40 minit lagi sebelum train sampai.
Open waiting area. |
Boleh tengok kat papan warna biru tu untuk nombor waiting area train kita. |
Sementara tunggu train sampai, kitorg makan dulu isi perut dengan biskut dan roti. 10 minit sebelum pukul 8.40am kitorg dah boleh masuk ke dalam platform untuk naik train. Orang tak ramai dan perjalanan ke Huashan Bei mengambil masa selama 30 minit sahaja.
Bullet train China. |
Ade plug dalam train kalau nak charge handphone. |
Huashan bermaksud Gunung(shan) Hua. Gunung ni terkenal disebabkan ketinggiannya, kecuraman dan laluan ke sesetengah path yang sangat narrow macam gambar kat bawah ni.
Sumber: Google |
Dan sudah pasti tarikan utamanya sebab view yang fantastic yang kita boleh dapat bila berada pada ketinggian tersebut. Huashan ada 5 peaks, tapi yang popular adalah West peak dan North peak sebab hanya kedua-dua peak ni ada cable car. Peaks yang lain boleh juga diakses tapi kena hiking berjam-jam.
Sampai je ke Huashan Bei Railway station, kitorg keluar untuk mencari free shuttle bus ke Huashan Tourist Center yang merupakan pintu masuk ke Huashan mount ni. Kat luar ramai orang taxi serbu kitorg tanya nak pergi mana, tapi kitorg tak layan dan terus ke Information kaunter nak tanya tempat untuk tunggu free shuttle bus ni. Tempatnya kena seberang jalan dan korang akan nampak ada tempat nak tunggu bas.
Nampak bangunan ni, sebelah tu ada tempat waiting bus macam gambar bawah ni. |
Tempat waiting bas. |
Ada dua jenis bas iaitu bas no. 1 dan no. 2. Kedua-dua bas ni menuju ke tempat yang sama tapi bas no. 1 perjalanannya mengambil masa dalam 15 minit sahaja sebab tempat stop dia sedikit berbanding bas no. 2 yang mengambil masa perjalanan selama 25 minit.
Bawah ni kitorg listkan perbezaan bas no. 1 dan no. 2:
Bas no. 1: -Total perjalanan 15 minit
-Kekerapan bas setiap 20 minit
-Berhenti lebih dekat dengan pintu masuk ke Huashan Tourist Center
Bas no. 2: -Total perjalanan 25 minit
-Kekerapan bas setiap 10 minit
-Berhenti agak jauh dari pintu masuk ke Huashan Tourist Center
Oleh kerana bas no.1 dah penuh, kitorg decide untuk tunggu bas no. 2. Perhentian kitorg adalah perhentian yang terakhir, so tak perlu risau. Turun je dari bas, kitorg perlu jalan jauh menuju ke arah Huashan Tourist Center.
Jalan ke arah papan tanda warna hijau tu. |
Nak menuju ke bangunan untuk beli tiket pun kena berjalan lagi. Sampai je kat kaunter tiket, kitorg tunjuk nak beli entrance tiket sekali dengan bus ke West line. Orang yang jaga tiket tu tulis balik yang West line tutup sebab 'weather not good'. So dia bagi tiket bas ke North line. Untuk cable car kena beli kat atas nanti lepas bas drop kan kita. Bawah ni kitorang list kan harganya:
Entrance fee to Huashan: 160 yuan
West line bus: 80 yuan (return)
West cable car: 280 yuan (return)/ 140 yuan (one way)
North line bus: 40 yuan (return)
North cable car: 150 yuan (return)/ 80 yuan (one way)
Atas ni harga masa peak season. Masa low season (December-March) harga dia murah sikit.
Kitorg dah study pasal West peak je, peak lain memang tak study langsung. Tapi apa-apa pun harga north line bus dan cable car ke north peak lagi murah berbanding west side sebab jaraknya yang lebih dekat. Kitorg akan cerita sikit apa yang kitorg dah study pasal west side: Perjalanan naik bas ke west line mengambil masa lebih kurang 40 minit. Lepas dah sampai, korang kena naik tangga ke arah tempat untuk membeli tiket cable car ke west peak yang terletak kira-kira 300 meter. Option lain korang boleh naik roller coaster (lebih kurang macam toboggan) yang berharga 20 yuan untuk naik ke atas. Sampai je atas korang kena beli tiket cable car dulu di kaunter and baru boleh beratur untuk naik cable car. Perjalanan menaiki cable car mengambil masa lebih kurang 20 minit. Melalui apa yang kitorg baca, view kat West peak lebih cantik berbanding North peak.
Cerita pasal North peak pulak, mula2 kita kena beratur dulu untuk naik bus (North Line) yg akan bawak kita ke North cable car station. Queue nak naik bas agak panjang tapi gerak cepat je sebab bas banyak.
Perjalanan menaiki bas ke North cable car station mengambil masa selama 20 minit sahaja. So mmg kene naik jugak bus ni, kalau nak jalan mcm jauh jugak. Sampai je kat sana, kitorg perlu berjalan sikit untuk ke tempat menaiki cable car.
Kaunter ticket kat sini so lepas turun bus baru boleh beli tiket cable car. Ktrg beli return ticket terus sebab lagi murah dan mudah. Sekali lagi perlu beratur untuk menaiki cable car. Queue kali ni memang sangat panjang dan kena tunggu agak lama untuk sampai turn kitorg naik cable car. Ramai juga pelancong dari luar negara masa tu seperti dari Korea dan Thailand.
Setelah hampir setengah jam beratur, barulah kitorg dapat naik cable car. Satu cable car boleh muat 6 orang. So kitorg berempat campur sekali dengan dua orang lain. Perjalanan naik ke atas mengambil masa selama 10 minit. Sampai je kat atas udara memang sejuk.
Rupa laluan cable car dari atas. |
Kena mendaki tangga-tangga lagi. |
Kena mendaki lagi untuk naik ke tempat yang lebih tinggi. Masa tu jam dah pukul 11am, perut pun dah lapar. So kitorg naik dulu cari kawasan yang ada tempat duduk dan boleh makan. Kitorg bawa pek nasi lemak dari Kembara. Just tambah air panas atas pek tu untuk panaskannya dan tunggu 15 minit. Lepas tu dah boleh makan. Air panas pula kitorg dah isi dalam thermos siap-siap kat bawah sebelum naik bas sebab kat kawasan waiting area lepas beli tiket tu ada disediakan tempat untuk ambil air panas. Macam biasa buat air hot chocolate dan coffee 3in1.
Dah kenyang kitorg teruskan perjalanan ke kawasan yang lebih tinggi untuk melihat view yang lebih awesome.
Teruskan perjalanan. |
Snap gambar semua, then dalam pukul 2pm kitorg dah start ke kawasan cable car untuk turun memandangkan bullet train kitorg ke Xi'an nanti akan bertolak pada pukul 4.30pm.
Sampai je kat bawah, kitorg kena beli tiket bas semula di kaunter berdekatan bus stop yang berharga 20 yuan. Kat Huashan, tiket bas memang dorang jual one way sahaja sebab ada sesetengan pengunjung yang naik dari North, seterusnya hiking keliling mountain ni dan turun melalui West.
Tangga untuk siapa-siapa yang nak hiking ke atas. |
Korang boleh tengok gambar bawah ni untuk lagi clear perjalanan nak ke Mt. Huashan. Lukis lagi senang paham.
Sumber: TravelChinaGuide.com |
Pukul 2.50pm kitorg tiba di tempat Tourist Service Center. Macam biasa, exit tak sama macam tempat yang kitorg masuk tadi. Kitorg exit akan lalu depan wash room dulu. So sesiapa yang nak ke toilet boleh lah membuang hajat dulu sebab lepas tu memang dah tak jumpa toilet. Kalau nak ke toilet kena tunggu bila sampai Railway station nanti. Dah singgah toilet, kitorg lalu pula kawasan kedai-kedai makan. Then lalu kawasan orang jual souvenir. Harga souvenir macam biasa agak mahal sebab kawasan tourist. Lepas dah lalu kawasan-kawasan tu baru kitorg jumpa semula jalan ke tempat perhentian bas.
Ikut signboard ni untuk naik bus no.1 |
Kali ni kitorg nak naik free shuttle bus no. 1 pula sebab tak perlu jalan jauh sangat. Just follow signboard ke tempat tunggus bas no 1 dan korang akan nampak ada orang lain pun tengah tunggu bas kat situ. Nak kepastian lagi korang boleh tengok kat papan sebelah bas stop tu tulis bas no.1, maknanya bas tu akan stop kat situ.
Kat tepi kawasan nak tunggu bas tu ada kawasan Park yang luas, so kitorg cadangkan kalau korg nak solat kat situ pun ok sebab boleh cari tempat yang tertutup sikit.
Kawasan park. |
Macam kitorg solat dalam Huashan Bei Railway station, dapatlah juga cari tempat yang terlindung. Tapi kitorg lebih sarankan korg solat kat Park tu, lebih selesa dan ada privacy. Dalam 15 minit juga kitorg tunggu bas, akhirnya bas muncul. 15 minit perjalanan, kitorang selamat tiba di Huashan Bei Railway station. Macam biasa nak masuk waiting area kena check tiket, passport dan scan bag. Kitorg ada lagi masa sejam sebelum train sampai. Jadi kitorg solat dulu dan isi perut makan maggi.
Dalam Huashan Bei Railway station. |
15 minit sebelum train sampai, kitorg dah boleh masuk platform. Bullet train yang kitorg naik ni dari Beijing dan last destinasi nya ke Xi'an Bei. Kiranya bullet train ni jenis yang stop-stop. Huashan Bei ni 2nd last stop dia. So masa kitorg naik train ni memang dah ramai orang duduk dalam tu. Tapi tak perlu risau sebab kita memang akan dapat seat sebab duduk ikut seat number yang tertulis kat tiket.
Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit. Then kitorang selamat sampai ke Xi'an Bei Railway station semula. Naik metro ke Zhonglou station. Lepas sampai hotel kitorg rehat sekejap before keluar balik ke Muslim Street food untuk dinner. Kali ni kitorg try makan hot pot Chinese style. Mula-mula cop tempat duduk, then bagitahu waiter nak soup apa. Then korang boleh pilih makanan apa yang korang nak kat bahagian buffet dia. Harga makanan akan dikira lepas korang habis makan. Dorang kira berdasarkan bilangan dan jenis cucuk (kayu atau besi) dan warna piring yang ada atas meja masing-masing. Macam tu lah cara dorang nak bezakan harga makanan yang kita makan. Air pula ambil air botol oren fanta. Harga ok lah berbaloi dengan apa yang kitorang makan.
Dah habis makan, kitorg singgah beli dessert dan bubble tea halal kat kedai Tea and Hills. Harga bubble tea agak mahal dalam 20 yuan (=RM12) tapi air rasa sedap macam kat Daboba.
Nama kedai. |
Harga air boba. |
Apa yang kitorg perasan kat China ni harga air kat kedai makan memang mahal terutamanya kopi. So kat sini kalau rasa nak minum kopi kitorg memang buat kopi 3in1 je lah yang kitorg bawa. Tu pun stok kopi kitorg dah habis kat Huashan tadi.
Lepas tu kitorg jalan sikit ke Bell Tower untuk tengok the night view of Bell Tower.
Bell tower. |
Drum tower dari jauh. |
Kalau korang perasan kat belakang Bell tower tu ada satu hotel nama dia 'Bell Tower Hotel Xian'.
Bell Tower Hotel Xian kat belah kanan tu. |
Esok kitorg plan nak naik Airport bus transfer ke Xi'an International Airport dari situ sebab perhentian yang paling dekat dengan hotel kitorg adalah kat Parking area of Bell Tower Hotel Xian tu. Harga tambang bas ialah 25 yuan seorang. So nanti esok kitorg kena jalan dalam 15 minit bawa beg ke sana. Plan asal nak ke Airport naik metro sebab Airport metro line baru je dorang buka bulan September 2019. Harga tiket metro dari Zhonglou station ke Airport dalam 20 yuan je. So ingat nak merasa jugak lah naik airport metro yang baru tu. Tapi sebab fikir nanti kena tukar 3 kali line dengan bawa beg besarnya, takut parents penat lagi, so kitorg decide naik bas je lah. Walaupun kena jalan dalam 10-15 minit, tapi at least kitorg akan dapat tempat duduk lepas tu dan tak perlu fikir nak tukar-tukar line lagi. Kalau naik metro nak dapat seat tu 50-50, dengan kena naik turun escalator nya bawa beg. So agak leceh.
Korang boleh baca post seterusnya (Part 6) untuk aktiviti hari keenam yang merupakan hari terakhir kitorg kat Xi'an.
No comments:
Post a Comment