6th day
Hari keenam merupakan hari terakhir kitorg di Xi'an. Flight kitorg ke KLIA2 akan berlepas pada pukul 12.30 malam nanti, so ada banyak lagi masa untuk beraktiviti di Xi'an ni. Plan hari ni nak masuk ke Xi'an City Wall dan naik basikal atau buggy keliling wall tu. Tapi bila kitorg discuss balik tak jadi nak pergi situ atas sebab-sebab tertentu. Tukar aktiviti hari ni kepada buat last minit shopping dan food hunter di Muslim Street Food. Lagi satu nak masuk ke dalam The Great Mosque sebab hari tu kitorg the girls sempat tengok dari luar je sebab malam masjid dah tutup. Parents je yang dah pergi semalam. Tapi apa-apa pun kitorang akan kongsikan dulu apa yang kitorg dah study mengenai cara ke Xi'an City Wall.
Kalau korang nak ke Xi'an City Wall, korg boleh naik metro Line 2 dan turun di Yongningmen station untuk masuk melalui south gate of the wall atau turun di Anyuanmen station untuk masuk melalui north gate of the wall. Bayaran masuk ke Xi'an City Wall ni adalah sebanyak 54 yuan.
Sumber: Travelchinaguide.com |
Melalui apa yang kitorg baca di blog orang lain yang pernah ke situ, 2 jam diperlukan untuk round the wall by bicycle. 2 jam tu untuk yang slow speed punya kayuhan lah sebab sambil keliling sambil tu tengok view and snap gambar. Harga untuk sewa bicycle adalah 45 yuan + 100 yuan deposit (akan dipulangkan lepas pulang semula bicycle) untuk 3 jam. Untuk sewa bicycle jangan risau sebab kat semua pintu gate ada disediakan khidmat ni dan kalau contohnya korang start sewa bicycle di South gate, korang boleh pulangkan bicycle tu kat different gate seperti North gate.
Other alternative yang korang boleh gunakan untuk round the Xi'an City Wall ni adalah dengan menggunakan khidmat buggy atau dipanggil battery car. Untuk satu round berharga 80 yuan seorang. Katakanlah korang tak nak round satu wall tu, nak stop kat the next gate, korang hanya perlu bayar 20 yuan. Cara lain yang paling sihat dan menjimatkan untuk keliling the Xi'an City Wall ni of course lah dengan berjalan kaki. Untuk info lanjut korang boleh baca kat laman web www.travelchinaguide.com
Berbalik kepada aktiviti kitorg hari ni, disebabkan hari ni aktivitinya santai-santai je, so kitorg bangun pun lewat dalam pukul 9am. Lepastu turun pergi Muslim Street untuk breakfast. Banyak juga sebenarnya kedai makan yang dah buka pagi-pagi ni. Kitorg makan nasi goreng, kebab dan mee tarik. Lepas habis makan kitorg menuju ke arah The Great Mosque. Walaupun dah pernah pergi masjid tu dan ikut google map, tapi still sesat juga. Kitorg jumpa masjid lain, tak ingat nama sebab kat area Muslim Street ni je memang banyak masjid.
Pintu masuk masjid. |
Kat China Masjid dia bentuk macam ni lah. |
Cuma The Great Mosque tu yang paling famous. Masuk dulu masjid tu untuk snap gambar. Then kitorg meneruskan perjalanan untuk cari The Great Mosque. On the way ke situ kitorg jumpa dua buah kedai halal yang jual daging itik. So apa lagi kitorg pun stop kat situ kejap dan bungkus half duck untuk lunch nanti. Kat area Muslim Street ni memang kitorg tak jumpa langsung kedai yang jual duck, sebab tu bila terjumpa kedai tu kitorg terus beli.
Then sambung balik jalan. Sambil-sambil tu kitorg singgah kedai souvenir untuk tengok apa yang menarik dan beli apa yang patut. Rata-rata fridge magnet kat sini dorang jual dalam 20-10 yuan seketul. Minta diskaun pun dapatlah dalam 8 yuan seketul. So memang berbaloi lah kitorg dapat beli fridge magnet banyak-banyak masa kat National Stadium di Beijing hari tu. Dapat 3 magnet 10 yuan. Selain tu kitorg beli baju sweater, baju kaftan kain silk, sikat made from buffalo horn, keychain, dan lain-lain. Bawah ni kitorg list kan harga barang yang dorang jual dan harga diskaun yang kitorg dapat setelah sesi tawar menawar.
- Fridge magnet 10 yuan, dapat 8 yuan
- Baju sweater 280 yuan, dapat 135 yuan
- Baju kaftan silk 250 yuan, dapat 80 yuan
- Sikat made from buffalo horn 15 yuan, dapat 13 yuan (+Beli 5 free 1)
Korang yang pandai tawar menawar tu bolehlah try minta harga yang lagi rendah dari yang kitorg dapat ni.
Dessert yang nampak menyelerakan. |
Beli daun teh jugak. |
Fruits |
Jalan-jalan, akhirnya kitorg jumpa juga The Great Mosque.
Kawasan masjid ni luas. |
Budak-budak main. |
Dah jumpa dewan solat. |
Bahagian luar dewan solat. |
Bahagian dalam ruang solat. |
Masa tu dah masuk waktu zohor, so kitorg berpeluang untuk solat jama' kat situ. Lepas habis solat, kitorg snap gambar dulu dalam masjid before keluar untuk balik ke hotel. Masa keluar dari masjid, kitorg perasan ada dua kedai kopi muslim yang terletak betul-betul sebelah kiri pintu keluar masjid. Nak jumpa kedai kopi halal kat sini memang susah, yang selalu nampak pun Starbucks tapi harga mahal dari Starbucks kat Malaysia ni, tak berbaloi. So alang-alang dah jumpa kitorg pun singgah lah untuk minum kopi kat situ.
Menu in English sekali dengan harga |
Harga kopi memang mahal, dalam 20-30 yuan secawan. Tapi memandangkan dah hari last kat China, so ok lah kitorg nak merasa minum kopi di China ni. Rasa kopi dia acceptable. Maybe sbb China lagi synonym dgn teh dari kopi.
Lepas dah habis minum, kitorg balik semula ke hotel untuk kemas barang. Kali ni kitorg tak terkejar-kejar nak kena check out pukul 12 tengah hari sebab kitorg dan book satu bilik sampai keesokkan harinya. So bolehlah rehat-rehat sambil tunggu pukul 6pm nanti untuk naik bas ke Airport. Kitorg sempat lagi singgah shopping mall yang terletak betul-betul sebelah hotel kitorg ni untuk lihat apa yang murah dan menarik, last minute shopping la kirenye.
Dalam pukul 5pm kitorg tukar plan dari naik bas ke Airport kepada naik taxi sebab ayah baru kena gout. Kitorg tanya hotel dulu harga taxi ke Airport. Survey kat internet harga taxi dari Bell Tower ke Airport dalam range 80 - 90 yuan utk kereta biasa. Bila tanya hotel, harga dorang bagi 180 yuan untuk 6 orang. So kitorg agree dan janji dalam pukul 7pm bergerak dari hotel ke Airport. 15 minit before pukul 7pm kitorg dah check out bilik dan tunggu transport untuk ke Airport. Tunggu punya tunggu macam risau kenapa tak sampai2 lagi sebab risau jem je nak ke airport tu. Tapi dalam pukul 7.30pm transport sampai. Transport kitorg adalah jenis van 7 seater, so selesa utk ktrg semua. Perjalanan ktrg ke Xi'an International Airport dari hotel mengambil masa lebih kurang sejam, termasuk jem di kawasan area bandar. Kalau jalan clear maybe dalam 40 minit je boleh sampai. Untuk pengetahuan korang, Airport di Xi'an ni ada 3 Terminal. Untuk International flights, kita kena turun di Terminal 3.
Dalam Xi'an International Airport, T3. |
Pukul 8.45pm kitorg tiba di Airport dan kitorg dinner dulu dalam kawasan Airport sementara tunggu kaunter check-in buka. Kat dalam Airport ni kebetulan ada satu restoran halal yang terletak berdekatan dengan gate masuk ke International departure. Tak dinafikan harga makanan kat mana-mana Airport pun memang mahal, so kitorg just share-share food je sebab nanti atas flight dapat makan lagi.
Habis makan, kitorg check in flight dan melalui proses imigresen. Proses Imigresen agak laju sebab masa kitorg masuk tu tak ramai orang. Kena isi borang departure dulu, bagi kat orang imigresen sekali dengan passport kita. Tangkap gambar then selesai. Seterusnya proses scan beg dan badan. Laju juga walaupun cara dia check badan tu sangat detail. Dah selesai, kitorg pun masuk ke waiting area pula. Nak ke waiting area tak perlu jalan jauh macam kat KLIA2 tu sebab kat sini kawasan dia kecik je. Tapi waiting area dia banyak kerusi dan selesa.
7th day
Flight kitorg bergerak dari Xi'an dalam pukul 12.50pm selepas delay 20 minit. Perjalanan ke KLIA2 mengambil masa selama 5 jam setengah. 6.20am kitorang selamat sampai ke KLIA2. Jadi berakhirlah journey kitorg ke China ni untuk tahun 2019.
Kesimpulannya, bercuti ke China lagi2 tempat tumpuan pelancong mcm Beijing dan Xian tanpa tour guide tak susah pun sebab kebanyakan tempat attraction kat sana boleh diakses melalui public transport dan sistem public transportnya memang bagus. Sistem metro di China pun mudah difahami dan kesemua mesin untuk membeli tiket metro mempunyai bahasa English sebagai pilihan bahasa. Selain tu, dengan budget sebanyak RM1,500 sahaja (tak termasuk flight), korang dah boleh cover bukan hanya satu bandar tapi 2 bandar sekali iaitu Beijing dan Xi'an selama 6 hari 5 malam untuk seorang. Tapi mungkin boleh dapat lagi murah kalau pilih jenis hotel yg lagi murah atau pilih train hard sleeper, ikut preference masing2.
Untuk itinerary ringkas kitorg sepanjang di Beijing dan Xi'an serta list budget kitorg kat sana, korang boleh rujuk post ni --> Itinerary dan Budget di Beijing & Xi'an
Sekian untuk trip tahun 2019 ni. Korang boleh check out our last day video di Xi'an kat Youtube kitorg bawah ni.
terima kasih atas perkongsian.. sangat bermanfaat. uolls beli simkad sana atau roaming je ye?
ReplyDeletehi. kitorg beli siap-siap travel sim card kat Lazada. Boleh search 'travel sim card china' kat Lazada, banyak pilihan kat situ.
Delete