Monday, 23 December 2019

Trip ke Bukit Bendera, Penang 2019

Musim Disember merupakan musim cuti sekolah di Malaysia. Dan of course waktu ni lah ramai orang nak buat kenduri. Kitorg pun termasuklah dalam kategori orang yang menghadiri kenduri. Sabtu lepas, ada saudara belah mak kitorg mengawinkan anak di Penang. Alang-alang kitorg ni dah lama tak cuti sama-sama dengan keluarga pakcik makcik sebelah mak ni, so kitorg decide untuk sama-sama booking homestay dan duduk sekali di area Bukit Mertajam. Kitorg book homestay 3 tingkat yang mempunyai 6 bilik tidur dan 7 toilet. Cukuplah untuk 4 buah family dengan total 17 orang kesemuanya. 

Kitorg dari KL balik ke kampung kitorg di Ipoh dulu pada hari Jumaat malam sebab nak breakfast di Ipoh keesokkannya. Maklumlah foods kat Ipoh ni memang sedap-sedap belaka. 2 family pakcik kitorg memang menetap di Ipoh. Jadi lepas breakfast hari Sabtu kitorg mula bertolak menuju ke Homestay yang telah ditempah dua bulan awal. Kenduri saudara tu hari Ahad, so aktiviti pada hari Sabtu adalah makan-makan di Penang, serta pergi ke Bukit Bendera di Penang Hill. Last time kitorg pergi ke Bukit Bendera ni masa kitorg semua budak-budak lagi, maybe dalam 15 tahun lepas. Tu pun tak ingat macam mana rupanya Bukit Bendera tu.

Kitorg bertolak dari Bukit Mertajam menaiki jambatan Pulau Pinang agak lewat dalam pukul 6 petang. Dengan keadaan jem nya, ditambah dengan semua sesat sebab ikut Waze yang tunjuk Bukit Bendera tapi kawasan yang kena naik jeep, akhirnya kitorg sampai jugak di kaki Bukit Bendera pada pukul 8pm.

Untuk pengetahuan korang, cara nak naik ke Bukit Bendera ni sama ada hiking, naik kereta api 'funikular' atau naik jeep. Kedua-dua tempat untuk naik kereta api dan jeep ni berbeza dan jauh. Maknanya kalau korang parking kereta kat tempat naik kereta api dan nak turun nanti guna jeep, korang tak akan boleh berjalan ke tempat korang park kereta tadi sebab location dia berbeza. Sebab tu lah bila korang guna Waze, korang jangan google "Bukit Bendera" je dan pilih yang paling atas sebab nanti waze tu akan tunjuk korang jalan ke area naik Jeep. Korang boleh tengok peta bawah sebagai gambaran.

Peta Bukit Bendera.
Untuk kawasan parking kat sini, korang boleh parking kat dalam bangunan yang terletak bersebelahan tempat beli tiket ni. Kawasan parking terhad, tapi masa kitorg pergi ni Alhamdulillah senang dapat parking sebab dah malam. Bayaran per entry untuk parking adalah RM5. Lepas dah parking, kitorg berjalan ke arah tempat beli tiket untuk naik kereta api ke Puncak Bukit Bendera.

Tempat parking bertingkat.
Kaunter beli tiket. Tak ada orang sebab dah pukul 8 malam.

Waktu Operasi: 6.30am - 11.00pm
Harga (return): RM10 (Dewasa)
                         RM5 (Pelajar dan warga emas >60 tahun)
                         RM3 (Kanak-kanak 4-6 tahun)
                         Free (OKU dan kanak-kanak <3 tahun)

Pastikan korang bawa IC masing-masing sebab kalau tak bawa, kena bayar RM30 untuk dewasa. Kat sini korang memang tak boleh buat muka kesian tak bawa IC ke apa sebab masa nak beli tiket tu dorang akan scan IC masing-masing. Tak bawa IC masih boleh naik kereta api tapi kena bayar macam harga foreigner lah, 3x ganda.

Duduk kejap sementara tunggu yang lain beli tiket.
Kalau korang ada 3 orang atau lebih, just hantar wakil sorang untuk belikan tiket. Bagi siap-siap IC masing-masing kat wakil tu.
Tiket naik train.
Dah masing-masing dapat tiket, kitorg pun beraturlah untuk naik train. Best sebab tak payah tunggu lama, terus dapat naik. Perjalanan menaiki train ni lebih kurang 10 minit je. Masa naik ni tak nampak view sangat pun sebab dah malam.

Rupa kereta api funikular.
Secara keseluruhannya, view kat puncak Bukit Bendera ni cantik. Cumanya kitorg sampai waktu malam. So tak dapatlah nampak sangat keindahan Bukit Bendera ni. Selain tu kawasan attraction lain pun dah tutup malam-malam macam ni. So dinasihatkan kalau korang nak ke Bukit Bendera ni, datanglah pada waktu siang.

Tempat tengok panoramic view of bandaraya Penang dari atas.

Night view of Penang.

Nak zoom lagi dekat, guna teropong ni.

The Owl Museum. Closed
Kalau korang lapar nak makan atau minum-minum korang boleh masuk ke kawasan tepi the Owl Museum ni. Ada pelbagai kedai makanan boleh dipilih. Lebih kurang macam food court lah. Sebelah kiri The Owl Museum ni pulak, ada tangga untuk naik ke kawasan yang dipanggil love lock. Macam kat Korea yang dorang sangkut mangga tertulis nama masing-masing kat pagar-pagar tu.

Sumber: Google
Kitorg tak snap gambar pun kat situ sebab dorang tak pasang lampu kat area love lock tu. So tak nampak apa pun. Sekali lagi, sila lah datang pada waktu siang untuk mendapatkan pengalaman yang lebih baik di puncak Bukit Bendera ni.

Lepas tu kitorg singgah pula masjid yang terletak lebih tinggi dari dataran ni untuk solat jama magrib dan isyak. Ikut signboard yang ada kat jalan tu. Kena mendaki agak jauh juga. Tapi bila nak turun baru kitorg tahu yang ada shortcut nak ke masjid ni ikut tangga je. So kalau korang naik tangga nak ke masjid ni, mula-mula yang korang akan nampak bila sampai ialah meriam macam gambar bawah ni.



Kat situ terletaknya taman permainan untuk budak-budak. Belakang kawasan permainan tu pula ada temple. Lepastu korang kena naik tangga sikit je lagi baru lah korang akan jumpa masjid yang dikenali sebagai Masjid Bukit Bendera Pulau Pinang.

Dah jumpa masjid.



Dah selesai solat kitorang pun bergerak semula ke kawasan untuk naik kereta api. Untuk balik ni queue memang panjang. Ye lah jam dah nak pukul 10 malam. Last train pulak pukul 11 malam. 

Dah tak ada beza normal atau fast lane. Dua-dua sama je.
Untuk pengetahuan korang, Bukit bendera ni merupakan bukit peranginan yang tertua di Malaysia.
1923. Lama tu.



Lepas dah beratur dalam 25 minit, akhirnya kitorg pun dapat naik train. Kali ni kena bersesak-sesak dalam satu train. Tapi apa-apa pun kitorg selamat sampai ke bawah.

So kalau korang nak ke Bukit Bendera ni, silalah datang pada waktu siang. Korang juga boleh singgah ke 'The Habitat' yang terletak dalam kawasan hutan simpan di Puncak Bukit Bendera ni macam yang Agong dan Raja Permaisuri pergi baru-baru ni. Kat situ korang boleh jalan atas canopy walk sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Waktu operasi "The Habitat" ni dari pukul 9 pagi hingga 7 malam. Harga tiket masuk pula RM50 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak, warga emas dan pelajar. Korang boleh ke laman web thehabitat.my untuk maklumat lanjut.


No comments:

Post a Comment