Saturday, 7 December 2019

Part 2: Trip ke Beijing & Xi'an, China (Mutianyu Great Wall)

2nd day (Mutianyu Great Wall & Beijing National Stadium)
Hari kedua, aktiviti kitorg pagi2 ialah ke Mutianyu Great Wall. Untuk pengetahuan korang, di Beijing ni ada empat lokasi Great Wall yang utama. Badaling Great Wall merupakan great wall yang paling popular di Beijing dan paling mudah diakses melalui public transport, ada train station nearby. Tapi disadvantage nya, Badaling Great Wall selalu penuh dengan foreigner dan juga rakyat tempatan. Great wall kedua popular di Beijing ialah Mutianyu Great Wall. Mutianyu great wall boleh diakses melalui public transport juga tetapi memerlukan masa perjalanan yang lebih panjang dan perlu bertukar bas. Kitorg pilih Mutianyu Great wall sebab tak ramai orang berbanding Badaling. Dan lagi satu sebab nak merasa naik toboggan kat Mutianyu.


Plan asal nak book transport yang disediakan oleh hostel tapi nanti kena campur dengan orang lain. Amik experience ktrg mase kt Lijiang dulu, akhirnya ktrg decided untuk book private transport untuk ktrg 6 orang sahaje ke Mutianyu bagi memudahkan perjalanan parents. Private transport ni kitorg book kat Klook dan bayar online RM150 seorang. Memang mahal tapi berbaloi sebab dapat van yang selesa dan masa kita flexible ikut timing kite walaupun tempoh masa untuk private transport ni 8 jam. Dalam web Klook kitorg tulis pick up kat hotel pukul 7am. Kitorg kena letak alamat hotel semua. Then memang tak ada siapa akan reply back untuk confirm kan booking ni. Tengok-tengok esoknya pukul 7am, driver tu dah ada depan hotel pegang kertas tulis Klook.

Mulakan perjalanan

Driver ni tak boleh berbahasa English, dah ade mentioned dalam Klook tu. So kitorg guna kan Google voice translate je untuk berkomunikasi. Perjalanan ambil masa dalam sejam setengah dari hotel. Bagus juga ambil private transport ni sebab dalam perjalanan tu kita boleh sambung tidur lagi, tak payah risau keselamatan barang2 peribadi. Then setelah sampai ke pintu masuk Mutianyu Great wall, driver offer untuk belikan tiket. Dia tanya nak naik cable car ke. Kitorang cakap nak naik chair lift dan turun dgn toboggan. Harga untuk single trip chair lift 100 yuan. Tapi kalau kita beli round trip dapat 120 yuan. Kalau korang nak naik cable car dan turun guna toboggan korang kena bayar asing-asing 100 yuan each sebab dua ni dari syarikat yang berlainan. Macam kitorang naik chair lift dan turun guna toboggan harga 120 yuan sebab dari syarikat yang sama. Untuk entrance ticket kena bayar 45 yuan. Lagi satu kena bayar untuk shuttle bus dari pintu masuk beli ticket ni ke tempat masuk ke chairlift atau cable car sebab nak tuju ke tempat tu agak jauh dengan kena mendaki lagi. Harga untuk shuttle bas return 15 yuan. So total sorang kena bayar 180 yuan untuk Mutianyu Great Wall.

Antara brg jualan kt entrance

Dah dapat tiket, driver tu cakap jumpa kat bawah ni pukul 12pm. Kitorg cakap macam awal sangat sbb waktu tu pun dah pukul 9 lebih. Nak naik atas lagi, jalan-jalan semua. So kitorg deal dgn driver tu pukul 1pm jumpa kat bawah. Ok lah sebab masa kitorg boleh guna khidmat dia 8 jam tu limit sampai pukul 3pm je. Nak balik hotel sejam setengah, so ngam-ngam pukul 3pm boleh sampai hotel. Mula-mula kena beratur dulu untuk naik bas. Proses laju sebab tak ramai orang. Dalam 15 minit kitorg sampai ke kaki bukit untuk naik chair lift/cable car.


Tempat naik shuttle bus, tak ramai org pun pagi2 ni


Bas drop kan kat sini, kene menapak sikit nak naik chair lift.


Jalan terus untuk ke chair lift (Slideway) dan cable car. Before that boleh singgah toilet ni dulu.

Pastikan korang yang rasa nak pergi toilet, pergi dulu siap2 before naik cable car/chair lift sebab kat atas tu ktrg macam tak jumpa toilet. Or maybe ade tapi ktrg tak explore habis. Untuk ke tempat nak naik chair lift, kena jalan mendaki sikit tapi tak sejauh kalau korang nak naik cable car.


Ke arah chair lift/slideway.

Lepastu tunjuk kat orang yang jaga tu entrance tiket dan chair lift tiket. Pastikan lepas tu korang simpan tiket tu elok-elok sebab nak turun nanti kena tunjuk lagi tiket tu.


Tiket chairlift/slideway.

Chairlift

Chair lift ni boleh naik 2 orang. Jangan risau sebab benda ni kukuh walaupun nampak tergantung. Perjalanan naik ke atas mengambil masa 20 minit. Sampai je kat atas tu akan ada dua orang staff yang bersiap-siap untuk tarik kita keluar dari chair lift tu sebab chair lift tu memang tak stop. Staff tu cakap keluar in two way. Sorang keluar ke arah kanan, sorang lagi arah kiri. Dah sampai atas barulah dapat tengok the real Great Wall. Dengan batu-batu yang besar, kepanjangannya lagi, dan kedudukan kat atas bukit, memang tak boleh banyangkan macam mana orang-orang dulu bina great wall ni. Masa kitorg sampai ni tak ramai lagi orang, so kitorg breakfast dulu kat tempat yang dorang sediakan. Breakfast kitorg nasi goreng yang dibungkus semalam dan air kopi yang kitorg bawa dalam thermos. Memang sedap lah dengan cuaca yang sejuk dan view yang fantastic.


Petugas sini akan tolong kite utk keluar dari chairlift mase dah sampai kt atas


Sambil makan tengok view gunung ganang. Kalau korang pergi musim bunga, viewnya lagi cantik.

Dah kenyang kitorg memulakan perjalanan menerokai Mutianyu great wall. Mutianyu Great wall ni ada 23 watchtower. Kalau korang naik cable car, korang akan turun di watchtower no. 14. Dari situ korang boleh naik ke tower no. 15 ke no. 23 sebab antara tower tersebut korang boleh dapat view yang lebih cantik. Tapi perlu mendaki sikit naik tangge untuk dapatkan the best view ni. Dari situ, korang boleh teruskan berjalan ke watchtower no. 6 yang mana korang boleh merasa pengalaman naik toboggan untuk turun ke bawah. Tapi perlu keluarkan duit lebih sebab kena bayar 100 yuan each kalau korg pilih naik ke atas dgn cable car. Macam kitorg naik chair lift ke atas dan akan sampai kat watchtower no. 6. Turun pun di tower yang sama menggunakan toboggan. So kitorang just jalan mana yang mampu je. Mula-mula ingat nak jalan sampai ke watchtower no. 1 tapi masa kitorg pergi tu jalan ke tower 5 tutup sebab dorang tengah repair pencawang elektrik.


Jalan ke watchtower 5 tutup.

So kitorang patah balik, jalan ke arah bertentangan.


Dalam tower 7.


Keadaan jalan kat greatwall yang menaik dan menurun.

Kitorg mampu jalan sampai ke tower 10 je. Kat pertengahan jalan antara tower 10 dan 11 dan tak larat sebab jalan dah mula kena mendaki yang lagi curam punya.


Menuju ke tower 10.


Patah balik. Kena mendaki tangga-tangga yang kecik ni.

So patah balik ke tower 6. Otw ke tower 6 nampak ada orang jalan ke arah tower 1. Bila kitorg tengok balik jalan ke tower 5 dah buka, so kitorg jalan ke arah sana pula sebab tak nak lepaskan peluang tengok tower no. 5, 4 dan 3 yang merupakan salah satu keistimewaan di Mutianyu Great wall sebab ia satu-satunya great wall di China yang ada 3 sekali watchtower dalam satu tempat.


Watchtower 5, 4 & 3.

Nak teruskan perjalanan ke tower no.2 dan no.1 dah tak sempat sebab waktu pun dah nak pukul 12pm. Lagi pun jalan nak ke situ kena naik tangga agak tinggi macam gambar bawah ni. Tapi nak compare dengan penghujung Great Wall kat Gansu area gurun, sane size ketinggian anak tangge die tinggi2. Kire yg kt Beijing ni boleh tahan lagi. Boleh refer kt sini utk pengalaman ktrg ke penghujung Great Wall di arah Barat China. 





Tapi disarankan kalau ada lebih masa naik je lah perlahan-lahan sebab bila lagi boleh dapat peluang untuk explore great wall ni kan. Kitorg dah set paling lambat pukul 12.15pm kena naik toboggan untuk turun ke bawah. So kitorang pun patah balik ke tower no.6 untuk siap-siap beratur naik toboggan. Tunjuk ticket chairlift tadi, then terus dapat naik sebab tak ramai orang. Nak tengok pengalaman kitorg naik toboggan ni korang boleh tengok kat youtube kitorg nanti. Toboggan ni macam naik slide tapi boleh je nak control sbb ade pedal utk bagi die gerak laju, slow or nak stop. So selamat je tapi kene gune tenage sikit nak tolak pedal tu utk bagi kite meluncur laju. Mcm parents ktrg pn naik jugak toboggan ni n drg ok je. Sepanjang perjalanan turun ade je petugas tunggu kt check point tertentu in case ade emergency ke ape.


Toboggan


Kanan chairlift, kiri tu laluan toboggan

Sampai je kat bawah, kitorg naik shuttle bas pula untuk turun ke tempat mula-mula beli tiket tadi. Pun tak ramai orang. Tak payah nak tunggu-tunggu, terus boleh naik. Dalam 15 minit kitorg sampai kat bawah tempat beli ticket entrance pagi tadi. Driver yang bawa kitorg tu dah tunggu kat bawah. Jam ktrg time tu tepat pukul 1pm, same macam yg ktrg dah janji dgn driver tadi so bukan janji palsu ye. Kitorg singgah toilet dulu before teruskan perjalanan balik ke hotel. Perut masing-masing dah mula lapar walaupun baru je makan pukul 10 tadi sebab cuaca sejuk memang akan rasa nak makan je. Kitorg search kedai halal lain yang dekat dengan hostel kitorang. Tak nak makan shabu-shabu lagi mcm semalam, sebab mahal. Dalam google map ade ktrg jumpe yg jarak die 6 minit dari hostel kitorg. So kitorg tanya driver tu guna google translate boleh tak drop kitorg kat situ, nanti ktrg nak blk hotel kitorg jalan sendiri. Driver tu cakap ok, so settle.





Dalam pukul 2.50pm kitorg sampai depan kedai halal and ktrg ucapkan terima kasih kt driver tu, walaupun mahal tapi ktrg sgt puas hati. Utk lunch kali ni ktrg makan nasi putih dengan tiga jenis lauk yang berbeza. Walaupun harga boleh tahan, tapi masih tak lari dari budget makan kitorg untuk hari ni iaitu 25 yuan seorang. Budget makanan sehari kitorg hadkan 40 yuan seorang. Dah kenyang kitorg pun balik semula ke hostel. Otw ke hostel kitorg singgah kat supermarket yang terletak seberang jalan je dengan hostel kitorg, tengok-tengok apa yang menarik untuk beli. Then balik hostel rehat dan solat. Malam tu dalam pukul 7pm kitorg nak keluar semula ke National Stadium untuk lihat night view stadium yang terkenal kat Beijing dikenali sebagai "Bird Nest Stadium".




Untuk ke National Stadium, kitorg perlu naik metro line 6 dari Dongsi station dan bertukar ke line 8. Kemudian kena tunggu 6 stops untuk sampai ke Olympic Sports Center station. Tempoh perjalanan naik train hanyalah 25 minit, dengan harga 4 yuan dari Dongsi station. Keluar je dari station ikut Exit B2 yang menunjukkan arah ke National Stadium. Jangan keluar ikut exit yang tulis Olympic Sports Center, nanti kena jalan lagi jauh.



Keluar metro jalan straight je, sampai.

Masa kitorg nak keluar exit tu terserempak pula dengan group travel dari China dan juga Indonesia. So kitorg just follow dorang dari belakang sampai keluar betul-betul dari metro station. Keluar je terus nampak lampu-lampu bangunan dari National stadium aka Bird nest Stadium.


Follow netizen China

Masuk malam free.
Bentuknya macam sarang burung. Sebab tu lah national stadim ni dipanggil 'Bird Nest stadium'.


Bangunan biru ni tak tahu nama dia. 


Dah snap gambar, kitorg pergi tengok kedai souvenir kat area sini sebab ada terbaca satu blog tu cakap area sini ada jual fridge magnet murah. Pergi 1st kedai, harga fridge magnet 10 yuan seketul. 2nd kedai pun sama. Then otw jalan nak balik ke metro station nampak satu kedai souvenir yang terletak betul-betul depan pintu masuk metro ni.



Red House Souvenir Shop. Barang murah-murah.

Masuk-masuk kedai tu, orang yang jual terus cakap Melayu slang Indon, '3 magnet 10yuan'. Org jage kedai ni boleh cakap bahasa Indonesia, mesti confirm sebab customer Indon/Malaysia ramai dtg kt kedai die ni. So apa lagi, kitorg pun memborong lah souvenir kat situ. Macam2 die jual and agak banyak jugak stock barang die. Barang2 souvenir mcm t-shirt, key chain, nail clipper, pen, fridge magnet, cermin and byk lg ade kt sini. Ktrg tak compare harge semue souvenir ni kt tmpt lain pun sbb indicator ktrg harga fridge magnet je. Disbbkn dah murah gile harga fridge magnet so ktrg beli je sume souvenir kt sini. Time ktrg pergi tu pulak masa kedai dah nak tutup pukul 9pm. Kiranya kitorg lah last customer dorang. Yg bestnye walaupun dah lewat, drg takde pakse ktrg pilih brg cepat2 pun.


Puas hati akhirnya dapat jumpa tempat jual souvenir yang murah kat Beijing ni. Tapi ktrg tak ke tmpt2 famous macm silk market tu, so tak sure harge kt sana mcm mana. Balik kitorg tidur. Esok aktiviti kitorang ke Jingshan Park. Apa yang istimewanya Jingshan Park ni? Nantikan entry kitorg seterusnya.

No comments:

Post a Comment