Wednesday, 18 December 2019

Part 4: Trip ke Beijing & Xi'an, China (Terracotta Warrior Museum)

4th day
Perjalanan kitorg menaiki train dari Beijing ke Xi'an mengambil masa selama 12 jam. Pagi dalam pukul 5am kitorg dah bangun untuk ke toilet before penumpang lain bangun. Waktu Subuh di Xi'an agak lewat sedikit berbanding di Beijing iaitu pada pukul 5.30am. Lepas subuh ada yang sambung tidur dan ada yang tengok permandangan luar. Dalam pukul 7am kedengaran penumpang lain dah mula bangun dan ke toilet. Train dijangka tiba ke Xi'an pada pukul 8.30am. Sementara tu kitorg siap-siap breakfast dulu roti dan daging yang kitorg bungkus semalam. Air panas just ambil di hujung koc train dan kitorg buat air hot chocolate dan coffee 3in1. Memang sedap breakfast sambil tengok view kat luar. Lagi-lagi satu bilik ni kitorg berempat je, tak campur dengan orang lain.

Sejam sebelum tiba di Xi'an, kedengaran lagu dalam bahasa china  seperti wake up call. Setengah jam sebelum tiba pula, staff yang jaga train dah mula ketuk pintu setiap bilik/ compartment dan kutip sampah di dalam bilik untuk dibuang. 10 minit lagi nak sampai Xi'an, penumpang lain dah mula siap-siap beratur di depan pintu dengan beg masing-masing untuk keluar. Kitorg lepas train dah berhenti betul-betul di  Xi'an, baru kitorg ikut beratur untuk keluar dari train.

Suhu di Xi'an tak sesejuk Beijing. Keluar je dari train, kitorg terus berkumpul dengan parents dan sama-sama keluar dari station. Kat luar, ramai yang beratur di kaunter taxi untuk  naik taxi. Kitorg terus ke information counter untuk bertanya tempat untuk menunggu bas no. 603 yang kitorg nak naik. Dah tahu tempat nak tunggu, kitorg terus melintas jalan dan tunggu bas no. 603 yang merupakan satu-satunya bas dua tingkat di situ dan laluan bas tu adalah ke Bell Tower, berdekatan dengan hotel yang kitorg akan duduk nanti.

Xi'an Railway station.

Melintas untuk tunggu bas.

Jangan risau kalau terlepas bas ni sebab kekerapan dia memang cepat. Orang pun tak ramai. Tambang bas untuk seorang ialah 2 yuan. Kitorg naik bas dan terus masukkan duit untuk 6 orang kat tabung duit bas yang macam kat bas Rapid tu. Tunjuk kat driver tu 6 orang. Kitorg pun tak tahu nak stop kat mana, so kitorg just buka google map. Nak dekat sampai bangunan hotel kitorg nanti baru kitorg tekan loceng. Bas ni tak berhenti di semua bus stop walaupun betul-betul kat depan bangunan hotel kitorg ada bus stop. So kitorg terlajak dan stop selepas bangunan Bell Tower. Sepatutnya hotel kitorg sebelum lalu Bell tower tu. Jadi kenalah berjalan jauh sikit untuk sampai ke hotel.

Plan awal kitorg nak naik metro dari Xi'an Railway station tapi metro dalam bangunan railway ni tak siap lagi. Untuk pengetahuan korang, metro di Xi'an ada 5 line yang beroperasi buat masa ni (2019) iaitu Line 1, 2, 3, 4 dan yang terbaru Line 13 (Airport line). Akan ada 3 line baru lagi akan dibuka mungkin pada penghujung tahun 2020 dan lepas ni korang boleh naik metro dari Xi'an Railway station ke mana-mana destinasi yang korang nak. Tak perlu naik bas atau taxi lagi. Masa kitorg pergi ni, metro station di Xi'an Railway station masih belum dibuka. Sebab tu kitorg pilih untuk naik bas. Tapi kalau korang naik Bullet train dari Beijing, train tersebut akan berhenti di Xi'an Bei Railway station dan kat situ korang boleh naik Beikezhan metro station (Line 2) yang terletak kat bahagian ground floor bangunan yang sama ke destinasi yang korang nak tuju. Kena alert ye yang kat Xi'an pun ada 3 railway station macam kat Beijing iaitu Xi'an Railway st, Xi'an North Railway st (Xi'an Bei) dan Xi'an South Railway st.

Berbalik kepada hotel, Xian Golden Tree Business Hotel adalah nama hotel yang kitorang tempah di Xi'an. Antara sebab utama kitorg pilih hotel ni adalah atas faktor jaraknya yang hanya 2 minit berjalan dari metro station dan 2 minit berjalan ke Muslim Street Food. Hotel ni macam kat Kunming dulu juga, terletak dalam satu bangunan, tapi hotelnya berada dalam satu floor je iaitu di tingkat 10. Cara paling mudah untuk cari hotel ni, korg kena keluar dari Zhonglou (Bell tower) metro station dan keluar melalui Exit A. Lepastu belok ke kiri dan jalan straight je,  kita akan nampak ada Starbucks dan Pizza hut.

Zhonglou metro station.

Di penghujung bangunan, belok kiri dan kita akan jumpa pintu masuk ke bangunan hotel. Reception untuk hotel ni kat tingkat 10, so kita terus naik lift ke atas. Dah sampai level 10, kita akan nampak signboard Xian Golden Tree Business Hotel dan belok kiri akan ada satu pintu bilik yang terbuka.



Dalam tu ada lah staff hotel, so just masuk dalam bilik tu dan tunjuk kertas booking hotel yang kita dah print kat orang tu untuk check-in bilik. Alhamdulillah kitorg dapat check in awal dalam pukul 10am walaupun waktu check in sebenar pukul 12pm. Depends pada kekosongan bilik jugak.






Bilik dia agak lama tapi luas dan selesa je. Kitorg dapat view bangunan clock tower dan Times square. Dari tingkap boleh jugak nampak sipi-sipi Bell Tower. So kitorang mandi manda dulu, buat apa yang patut. Pukul 11am kitorg turun untuk ke Muslim Street Food untuk bungkus food for lunch. Memang sangat dekat Muslim Street ni dari hotel kitorg. Keluar dari pintu bangunan, belok kiri. Korang akan nampak Bomba station kat seberang jalan dan Hospital kat belah kiri korang. Just jalan straight je, then korang akan start nampak gerai-gerai makanan dengan pakcik-pakcik berkopiah dan makcik-makcik bertudung. Dah excited bila nampak macam-macam foods, lagi-lagi dijamin halal. Tapi kitorg just bungkus nasi goreng je dulu untuk lunch di hotel takut tak sempat kalau makan kt kedai memandangkan pukul 1pm kitorg nak bergerak ke Terracotta Warrior Museum. So pesta makan sambung malam nanti. Nasi goreng kitorg beli 3 bungkus. Harga satu 20 yuan. Makanan kat Xi'an ni rata-rata agak pedas. Tak sama macam rasa makanan di Beijing dan Kunming.

Pukul 1pm, kitorg bergerak ke Zhonglou metro station (Line 2) untuk ke Fangzhicheng metro station (Line 1). Dari situ, kitorg akan naik bas no. 306 yang berharga 5 yuan seorang ke Terracotta Warrior Museum. Untuk pengetahuan korang, dulu bas no. 306 berhenti di Xi'an Railway station. Tapi bermula tahun 2019, bas ni dah tukar perhentian ke Fangzhicheng metro station. Kitorg pun baru tahu pasal info ni sehari before ke Xi'an. Kalau tak memang tercari-cari lah nanti bas 306 ni kat Xi'an Railway station tu. Untuk mencari bus stop untuk menunggu bas 306 ni, korang keluar je dari metro station akan ada signboard arrow ke arah bas 306. Ikut je signboard tu and korang akan nampak jalan besar. Jangan melintas. Korang just belok ke kanan dan jalan straight sampai jumpa ada satu bus stop berdekatan. Bila korang nampak bas no. 306 berhenti situ, boleh terus naik dan tak perlu bayar 5 yuan lagi sebab orang bas tu akan kutip tambang bas masa bas dah bergerak.

Perjalanan mengambil masa selama sejam. Jangan risau sebab destinasi kita adalah stop yang terakhir. So bila bus dah berhenti dan semua orang turun, kita pun boleh turun dari bas sekali. Pastikan korang ingat bas tu parking kat mana sebab balik nanti kita kena tunggu bas kat tempat yang sama. Tempat bas tu parking dengan pintu masuk ke Terracotta agak jauh. Sampai je ke situ kitorg mencari tempat beli tiket masuk. Untuk membeli tiket masuk, korang just jalan masuk ke dalam bangunan besar dan dalam tu korang akan nampak banyak kaunter. Jangan ter confuse dengan kaunter bahagian luar sebab kitorg nampak macam tempat beli tiket jugak, tapi sebenarnya tempat untuk beli package untuk sesiapa yang nak tour guide dalam Museum tu nanti. Tiket masuk berharga 120 yuan.



Lepas dah beli tiket, kitorg keluar semula menuju ke tempat buggy car sebab nak ke kawasan Museum tu kena jalan lagi dalam 15 minit. So ambil buggy je yang berharga 5 yuan seorang sebab semua dah tak larat nak jalan.

Lepas buggy tu stop, kitorg turun dan ikut orang lain ke arah pintu masuk museum. Kat situ baru kitorg kena tunjuk tiket masuk yang kitorg beli tadi. Dah dapat masuk kitorg nampak ada 3 banggunan tapi tak tahu bangunan tu  Pit 1, 2 atau 3 sebab semua tertulis dalam bahasa China sahaja, no English. Pit yang kitorg nak sangat masuk adalah Pit 1 yang merupakan museum terbesar yang menempatkan patung-patung tentera macam yang korg boleh lihat kat gambar bawah ni.


Pit 2 dan 3 lebih kepada pameran museum dan penulisan sejarah benda-benda yang dorang jumpa sekitar kawasan tu. Oleh kerana tak tahu mana satu Pit 1, kitorg just terjah je bangunan paling kanan.

Pit 3
Bangunan tu mungkin Pit 3. Then terjah bangunan yang sebelahnya lagi. Salah juga, mungkin itu Pit 2 berdasarkan perkataan kat tengah tu =.

Pit 2 

Last sekali baru lah jumpa Pit 1. Rupanya bangunan tu dah tersusun ikut turutan. So kalau masuk dari entrance tu terus je jalan straight ke bangunan pertama korang nampak. Jangan pergi ke arah bangunan belah kanan.

Pit 1
Nak snap gambar sorang-sorang kat sini agak susah sebab pelancong datang secara berkumpulan. So bila nampak je ada kawasan kosong, kitorg terus masuk dan snap gambar.




Untuk tahu serba sikit mengenai perjalanan kitorang ke Xi'an dan sedikit sejarah tentang Terracotta Museum ni, korang boleh tengok YouTube kitorang bawah ni. Jangan lupa like, komen dan subscribe. Thank you!


Lebih kurang sejam je kitorg kat sini. Lepastu kitorg beransur nak balik hotel. Untuk balik, kita akan keluar di tempat yang berbeza. Tak sama jalan macam kita masuk tadi. So balik memang tak ada khidmat buggy. Kena jalan melalui area kedai-kedai.


Bagus juga cara dorang ni sebab boleh kawal lalu lintas dan salah satu cara dorang galakkan pengunjung untuk membeli belah setelah melawat museum. Nak jalan keluar dari kawasan ni pun memang jauh. Ktrg tercari2 jugak kalau ada yg jual street food halal kt sini tapi takde. Kalau masa trip Silk Road yg lepas, ade org ughyur jual lamb kebab kt sini tp sekarang tak nampak pulak. Mungkin betul la news yg kerajaan China tangkap rakyat Ughyur. Lepas dah keluar kena jalan lagi untuk ke tempat parking bas. Dah sampai kitorg naik bas 306 menuju ke Fangzhicheng metro station.

Balik semula ke hotel kitorg terus singgah ke Muslim Street Food untuk dinner. Makanan yang kitorg order macam-macam. Lepas dah kenyang kitorg jalan untuk cari The Great Mosque nak tunjuk kat parents sebab esok ada Friday prayer and kitorg berempat pula esok akan pergi ke Huashan mountain. Kitorg ikut google map tapi itu pun tersesat juga tak jumpa masjid. Tapi last-last jumpa lah juga pintu ke The Great Mosque, cumanya jalan tak sama sangat macam yang google map tunjuk.


Pintu the Great Mosque

Sebelum balik semula ke hotel, kitorg beli siap-siap roti untuk breakfast di Huashan mountain esok. Train kitorg esok pukul 8.40am. So pukul 7.15am dah kena keluar dari hotel untuk naik metro ke Xi'an Bei Railway station. Next post kitorg akan ceritakan pasal journey kitorg ke Huashan mountain.

No comments:

Post a Comment