Tahun 2025 dimulakan dengan trip ke Taipei yang terletak di Taiwan. Trip kami selama seminggu sebelum puasa iaitu pada akhir bulan Februari. Kenapa pilih Taiwan? Pertama sebab perjalanan mengambil masa 5 jam sahaja dari KL dan budget ke Taiwan boleh jadi less than RM1500. Itulah budget kami untuk perjalanan awal tahun ni. Selain itu dah banyak kedai yang menjual makanan halal di situ. Faktor cuaca pun menguatkan sebab kami untuk datang ke Taiwan. Bulan Februari cuaca masih sejuk dan boleh tengok Cherry blossom. So misi utama kami ke Taipei kali ni untuk mencari Cherry blossom.
Kali ni kami menggunakan Scoot airlines untuk ke Taipei dengan tiket return berharga RM680. Flight kami dari KLIA T2 bertolak pada pukul 10.10pm. Kalau dah guna Scoot airlines, semestinya kena transit di Singapore. Kami transit selama 2 jam dan kemudian meneruskan perjalanan 4jam lebih ke Taipei. Sedikit review tentang Scoot airlines. Ia merupakan flight seperti AirAsia tapi bawah Singapore Airlines. Beg boleh bawa masuk ke dalam cabin dengan berat 10kg ke bawah. Tiada in-meal dan tiada lcd entertaiment dalam flight. Kalau nak bawa lebih bagasi dan nak food in flight, boleh add-on mase booking.
Day 1
Pukul 5:35am, kami selamat sampai ke Taoyuan Airport. Untuk pengetahuan semua, waktu di Taiwan sama sahaja seperti di Malaysia. Kami solat subuh dulu di nursery room yang terletak bersebelahan tandas memandangkan tiada prayer room di arrival hall. Kemudian baru kami menuju ke imigration kaunter untuk di check passport. Apa yang korang perlu buat sehari before ke Taiwan ialah mengisi arrival form online. Kalau nak isi manual pun boleh, dalam plane pramugari/ra akan edarkan arrival form bagi sesiapa yang belum isi online.
Ambil masa dalam 40 minit juga beratur di imigration ni sebab ramai orang. Proses di imigration mudah je dia tak tanya apa-apa. Just tunjuk passport dan arrival form, snap gambar dan cap jari. Then siap. Dah dapat cop imigration, kami keluar dan menuju ke arah event area no. 19 untuk lucky draw. Lucky draw ni hanya untuk pelancong asing yang bukan warganegara Taiwan. Kiranya ni salah satu cara dorang untuk tarik pelancong untuk datang ke Taiwan. Hadiah up to 5000TWD dalam bentuk voucher. Benda ni start dari tahun 2023 hingga Jun 2025. Pastikan sebelum start the journey in Taiwan kita buat lucky draw ni dulu sebab mungkin dapat voucher yang kita boleh gunakan sepanjang trip nanti. Untuk lucky draw ni, korang kena daftar dulu dalam web 7-1 hari before ke Taiwan. Nanti akan dapat QR kod untuk digunakan untuk main lucky draw tu. Salah seorang dari kami bertiga menang lucky draw dan dapat iPass card yang bernilai 5000TWD. IPass ni kiranya macam touch n go card yang boleh reload dan guna di kedai-kedai tertentu untuk beli makanan atau barang.
Sebelum keluar dari airport, kami ambil dulu mrt pass card di kaunter Klook memandangkan semua transport kami dah beli siap-siap melalui Klook.com. Untuk ke bandai Taipei, boleh menggunakan train, bus atau taxi. Kami menggunakan bas memandangkan harga bas lebih murah dari train. Kami menunggu bas no. 1961 yang akan membawa kami ke Ximen station. Sebab lain lagi kami memilih untuk naik bas adalah untuk melihat the city of taipei dan nak kill the time sebab masa untuk check-in hotel adalah pada pukul 3pm. Kalau naik train tak berapa nak nampak bandai Taipei kalau lalu bawah terowong. Harga tiket bas RM15 sehala, kami beli siap-siap di laman web Klook. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam.
Pukul 9am, kami sampai di Ximen station. Kami bergambar dulu dengan rainbow bridge yang ada tulisan TAIPEI alang-alang dah lalu situ. Nak ke Ximen market masih awal sebab kebanyakan kedai buka pada pukul 10am. Perut pun dah lapar, jadi kami menuju ke kedai Uncle Ma’s yang terletak di Dongmen station. Sebenanrnya ada je kedai halal di area Ximen tapi semua kedai buka pukul 10am. Kedai Uncle Ma’s ni buka seawal jam 7am. Dari Dongmen station, keluar Exit 1 dan belok kiri ke Linyi street. Korang akan lalu area pasar dan hujung jalan akan jumpa kedai Uncle Ma’s. Kedai ni hanya tutup pada hari Jumaat.
Selesai makan, kami ke train station balik untuk ke hotel. Plan asal nak letak beg dulu baru jalan-jalan mencari cherry blossom. Tapi kami tukar plan terus ke Shilin Residence Park untuk melihat Tulip festival memandangkan jarak antara station ke hotel hanya satu dan beg yang kami bawa pun tak berat. Untuk pengetahuan korang, Tulip festival ni berlansung pada tarikh tertentu dan untuk tahun 2025 bermula dari 13 hingga 23 February 2025. Kami turun di Shilin station dan keluar Exit 2 dan belok ke kiri. Kemudian perlu berjalan selama 10 minit ke Shilin Residence Park. Kami sampai dalam pukul 11.30am, memang ramai orang. Yang bestnya warga emas rakyat Taiwan pun ramai. Walaupun ramai orang, tapi tak rasa terkejar-kejar sebab phase of walking orang Taiwan lebih kurang macam kita kat Malaysia. Kalau di China, Jepun dan Korea orangnya jalan laju sampai kita pun rasa terkejar-kejar. So di Taiwan ni memang rasa tenang. Sejam ambil gambar dengan bunga-bunga, kami pun berpatah balik ke train station untuk ke Jiantan station. Kami menginap di Rich Zone hotel yang terletak 10minit jalan kaki dari Jiantan station. Hotel ni last minit book disebabkan hotel yang kami book di area Taipei main station cancel our booking sebab dia tak berkerjasama dengan agoda.com. So hotel ni kami book dari Booking.com dengan harga RM990 untuk 3 orang, 3 malam. Hotel ni location dia tak strategik sangat sebab jauh dari kedai makan halal tapi tenang sebab sebelah park. Sebelum ke hotel kami kill the time dengan membeli snack dan air di 7e dan familymart menggunakan iPass card yang kami dapat. Nak cari makanan yang boleh dimakan agak mencabar juga sebab tulisan dia semua bahasa mandarin. So kena translate google satu-satu. Then kami berpicnic di taman yang terletak bersebelahan dengan hotel. Satu yang bagus mengenai Taiwan ni sebab banyak taman yang korang boleh jumpa. Pagi dan petang memang ramai warga tempatan menggunakan facility di taman tersebut. Dalam pukul 2pm kami menuju ke hotel untuk check-in. Asalnya pukul 3pm boleh check-in, tapi kami boleh masuk awal sebab bilik dah ready.
Pukul 5pm kami keluar semula untuk ke Ximendeng market. Plan asal nak ke LOHAS park petang ni untuk melihat Cherry blossom atau bunga sakura yang katanya boleh dilihat di taman ini seawal bulan Februari dan ia terletak bersebelahan sahaja dengan sungai. Tapi lepas tengok review orang yang baru pergi ke taman tu semalam bunganya dah tak mekar. Jadi kami cancel LOHAS park untuk mengelakkan kekecewaan.
Untuk dinner, kami makan di kedai halal Chang beef noodle area Ximen. Banyak-banyak kedai halal yang kami pergi, kedai ni yang paling murah. Kami order 2 mee tarik dan air soya. Untuk order boleh scan QR kod kat meja makan, then proceed ke payment. Untuk payment tu korang boleh tekan proceed je dan akan ada selection untuk pay at counter. Selesai makan, kami shopping di area Ximendeng market. Alang-alang dapat voucher 100 TWD off untuk product dari Vigor Kobo, kami beli ole-ole dari situ untuk dibawa ke KL. Lagi best sebab boleh bayar guna iPass card yang kami dapat tu. Untuk souvenior pun ada kedai tertentu yang accept iPass card. So memang membantu mengurangkan kos percutian kami kali ni. Dalam pukul 8pm kami baik ke hotel semula dan berehat.
Day 2
Seawal pukul 8am kami bergerak ke train station untuk menaiki train ke Tamsui station yang mengambil masa perjalanan selama 40 minit. Setibanya di Tamsui station, kami keluar exit 2 untuk menaiki bas no. 875 ke Tianyuan temple. Perjalanan menaiki bas selama 17 minit. Harga bas cuma lah TWD15. Kalau nak jimat masa, naik taxi kuning pun boleh. Harga dalam TWD250.
Kenapa kami ke Tianyuan temple? Untuk mencari cherry blossom yang katanya ada pada pertengahan bulan Februari hingga ke awal bulan April. Cherry blossom boleh dilihat di belakang Tianyuan temple ni. Setelah sampai, kami breakfast dulu di 7e sebab nanti kena mendaki naik ke Tianyuan temple. Kami tak masuk pun dalam temple tu, sekadar lalu hiking sebelah park cari bunga sakura. Akhirnya jumpa juga satu pokok yang ada bunga sakura kat bahagian tepi pagoda ni. Kalau nak kata banyak bunga sakura kat bahagian belakang pagoda ni memang tak nampak, mungkin belum masanya. Sejam kat sini, kami pun patah balik ke Tamsui menaiki bas. Yang bagusnya bus stop kat sini ada tulis waktu ketibaan bas. Jadi dah tak perlu tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya bila bas nak datang.
Setibanya di Tamsui station, kami berjalan di Tamsui old street yang terkenal sebab menjual vegetarian food. Kedai di Tamsui old street ni dibuka pada pukul 10am. Kami singgah di Hu Wei Jie Shop yang menjual snack halal. Kami beli mochi yang berharga 60 TWD satu. Ada offer beli 5 percuma 1 so kami beli semua flavour. Yang paling sedap rasa peanut, tapi ikut juga taste bud masing-masing. Untuk lunch, kami makan di kedai Indonesia bernama Bakso Ma’e di Tamsui old street. Kedai ni terletak bersebelahan dengan pantai. Kami order 2 nasi ayam bakar dengan air soda gembira dan teh o ais.
Perut dah penuh, kami balik semula ke train station. Kami naik red line ke Taipei 101 untuk lihat tanda mercu Taipei iaitu tower 101. Tempat ni ibarat KLCC dan kalau korang nak dapatkan full view of menara Taipei 101 korang boleh hiking ke satu tempat yang viral ramai orang pergi tu. Kami tak pergi sebab bukan kaki hiking.
Destinasi seterusnya yang memang orang muslim akan singgah kalau melancong ialah masjid. Kami ambil red line dan turun di Daan Park station. Dari situ mengambil masa 10 minit berjalan kaki ke The Great Mosque of Taipei. Berdekatan masjid ni ada kedai Halal Indonesia. Tapi kami tak singgah sebab masih kenyang.
Seterusnya kalau pergi taiwan kena rasa boba tea dia. Antara 2 kedai boba yang muslim friendly ialah Xi Fu Tang dan 50 Lan. Tapi just ambil air boba milk tea biasa, jangan ambil yang ada flavour. Kami ke kedai 50 Lan yang terletak 10 minit dari Jiantan station. Rasa mild, tak manis walaupun sugar 100%. Esok kami akan cuba air Xi Fu Tang Taiwan pula.
Dari kedai 50 Lan kami search google map nak ke hotel dan ada bus yang kami boleh naik yang berhenti dekat sikit dengan hotel. Yang bestnya bus kat sini tak perlu bersesak sebab tak ramai orang macam naik train. Naik je bus akan dapat tempat duduk. Kalau naik train waktu jam lepas 11am keatas memang sesak penuh orang. Untuk dinner kami beli food dari 7e dan family mart je. Kami balik hotel awal sebab esoknya nak ke Jiufen seawal pagi yang boleh. Aktiviti hari ketiga kami ke Jiufen dan juga membuat last minute shopping memandangkan flight kami balik ke KL pada hari seterusnya, pukul 1 pagi.
Kesimpulannya untuk total budget 3 hari 3 malam kami di Taipei Taiwan berjumlah bawah RM1500. Kalau korang nak bercuti luar negara yang dekat dan murah boleh lah ke Taiwan.