Thursday, 4 February 2016

Trip ke Jepun - Universal Studio Japan (Day 2)

Entry ni ialah sambungan dari Trip ke Jepun - Day 1 (Osaka, Kyoto)

Hari kedua di bumi Jepun ni, kami akan habiskan 1 hari ni utk ke Universal Studio Japan (USJ). Ticket dah beli siap2 kat JTB KLCC. So tak payah buang masa beratur lagi utk beli ticket kat depan entrance USJ. Harga utk ticket 1 day Y7,500. Tujuan utama ktrg ke Jepun ni pun sebenarnya utk tengok Harry Potter ni yang hanye ade di London (Worner Bros Studio Tour), USA (Universal Studio di Orlando dan Hollywood) and Japan (Osaka). USJ ni ade satu2nya Harry Potter yg dibina kat Asia, tapi disadvantage nye drg gune fully bahasa Jepun. Semua dialog kat situ ditukar ke bahasa Jepun. Tapi signage direction lable semua still maintain yg original guna English word. 




Pagi tu lepas solat subuh, ktrg prepare breakfast n bekal utk bawak ke USJ nanti. Pagi tu ktrg breakfast nasi himpit dengan serunding je. Nasi himpit tu bawak yg dah masak siap2 dr Malaysia so tinggal nak potong je. Utk bekal lunch ke USJ, ktrg prepare sardine sandwich dgn nasi goreng ikan masin (guna Brahim). Just panaskan je Brahim tu dalam microwave and siap. Sangat memudahkan n menjimatkan masa. Pack semua dalam individual tupperware n masing2 bawak sendiri punye. Kalau letak semua food dalam 1 bekas je, leceh pulak sebab sorg je yg kene bawak semue makanan tu berat2, tak fair la kan. Lagipun takot staff ticket check beg kalau obvious sangat bawak food.

Timing USJ ni bukak adalah berbeza setiap hari, takde fixed time. Kene check dalam website drg. Mase ktrg nak g ni, USJ bukak pukul 9.30am. So dalam pukul 9am, ktrg bertolak naik train dari JR ShinImamiya ke JR UniversalCity station. Kena exchange train kat JR Nishikujo. Lebih kurang 20minit naik train utk sampai ke USJ tu dari hotel. Sampai je kat station JR UniversalCity, kene jalan sikit ke arah entrance dia, yg pintu gerbang tu. Lepas dah scan tiket kat entrance gate die, jangan buang tiket tu. Jaga elok2 sebab kene guna utk book "times entry ticket". Certain ride kene book time dulu timing utk masuk, then tak payah lah susah2 nak beratur panjang utk tunggu turn nak naik. Kire macam amik nombor lah utk masuk. Nanti just datang beratur bila dah sampai mase yg ditetapkan dalam "times entry ticket" yg dah book tu.


Utk masuk dalam Harry Potter world, tak boleh main redah masuk je sesuka hati. Disebabkan Harry Potter ni antara main attraction kat dalam USJ ni, so kene guna "times entry ticket" machine dulu. Lepas tu machine tu akan bagi beberapa option masa yg available utk masuk. Ktrg pilih yg paling awal yg available time tu, pukul 10.30am. Sementara 2-3 org dr ktrg book entry ticket tu, yg lain g rent wheelchair kat tepi bahagian kanan gate USJ utk parents. So that drg takde la penat sangat jalan dalam tu. Dalam USJ ni kan luas gile so taknak drg penat cepat. Harga sewa wheelchair ielah Y500 per day.

Tempat nak rent wheelchair. Ade gak baby stroller and vehicle mcm motor (kanan hijau tu)
Wheelchair yg dah disewe
Sementara nak tunggu pukul 10.30am, ktrg beli pop corn dulu kt Elmo world and pergi tengok kawasan yg berhampiran dengan Harry Potter punye entrance.
Popcorn panas
Popcorn stall
Macam budak sekolah Jepun

Sesame Street di sana



Tepat pukul 10.30am, ktrg terus tunggu kt area Stonehenge or tempat yg ade batu2 size besar. Tunjuk times entry ticket kat staff yg jage entrance Harry Potter, lepastu staff bagi masuk. Nanti kena berjalan melalui pokok2 forest ni dulu.
Laluan nak masuk ke Harry Potter

English signboard
Mr Weasley car
Bile dah makin dekat tu, makin kuat bunyi music theme Harry Potter. Mase masuk pintu gerbang Harry Potter tu memang feel sangat la masuk dunie Harry Potter dengan music nye and bangunan kat situ memang sebijik macam dalam film. Lepas masuk je gate Harry Potter, akan jumpe Hogwarts Express. Lepas tu akan jumpe banyak kedai2 jual merchandise Harry Potter, food & etc. Orang agak ramai gak n macam biase, majority memang Japanese. Pelik gak dari mane drg semue ni datang sebab time ktrg g tu weekday hari kerja, bukan public holiday ke ape.

Pintu gerbang Harry Potter

Map dalam Harry Potter

Hogwarts Express
Hogsmeade village


Honeydukes Sweetshop
Ktrg just tangkap gambar dari luar je, tak masuk lagi pun dalam setiap shops kat situ walaupun memang dah excited gile nak terjah masuk each kedai yg ade kat situ. Ktrg kene skip dulu sebab ktrg nak beratur untuk naik Harry Potter and Forbidden Journey yg terletak kat dalam Hogwarts castle. Disebabkan parents naik wheelchair, staff kat situ bagi special treatment sket kat ktrg 1 family. Sepatutnye time tu dah tak boleh masuk area que dah sebab dah ramai sangat orang tapi drg bagi ktrg masuk so ktrg jadi org yg last yg beratur utk Forbidden Journey ni. Area que utk masuk dalam Hogwarts ni area garden yg class Herbology tu. Tapi garden2 tu kat area atas kite, bukan keliling kite.

Dalam 10 minit lepas tunggu tu, staff inform yg Forbidden Journey ade masalah technical, tak dapat nak naik. So semua org yg tengah beratur tu diminta keluar. Time nak keluar tu baru la ktrg perasan yg que tadi tu panjang gle, berlingkar2 barisan dia yg akan menuju masuk ke dalam Hogwarts castle (ride ni dalam castle). So agak kesian kat org2 yg dah beratur lame kat depan2 tu. Macam ktrg ni kejap je beratur so level of frust tu takde la tinggi sangat. Tapi, the best part is drg bagi 1 express ticket kat setiap org yg dah beratur tu secara percuma. Boleh guna express ticket ni utk naik mana2 ride yg ada melalui express line. Kirenye express lane ni akan diberi keutamaan utk naik ride lagi awal dari normal lane. Ok jugak, at least takdelah sakit hati sangat org2 yg dah beratur lame n ktrg yg datang jauh2 ni kan. Bile nak keluar tu, staff die akan tunduk n mintak maaf to each person yg lalu. Sangat beradab n courtesy drg ni.

Mirror lake
Hogwarts Castle
Lepastu ktrg decide nak gune express ticket tu untuk naik Flight of the Hippogrift, lagi 1 ride kat area Harry Potter world ni. Kebanyakkan orang yg dapat express ticket tadi tu semue terus meluru kerumun Flight of the Hippogrift lepas keluar dari area Forbidden Journey. Parents taknak naik sebab ride tu macam roller coaster, so ktrg carikan tempat duduk yg sesuai utk bagi drg tunggu sementara ktrg naik Hippogrift tu. Lepas tu ade yg nak g toilet, so yg lain tunggu dulu kat area tempat duduk tu so that ktrg boleh gerak sekali nanti. 

Lepas semua org dah ready, mase ktrg nak ke arah Flight of the Hippogrift tu, tibe2 nampak ramai orang berlari2 ke arah Hogwarts castle. So ktrg pun suspect Forbidden Journey dah bukak balik. Terus ktrg ajak parents g beratur balik kat express lane Forbidden Journey. Cepat je ktrg dapat masuk sebab ade ticket express lane free tadi tu. Ktrg bagi express ticket kat staff yg jaga barisan n staff tu akan bagi ticket & 1 kad penerangan tentang cara2 nak naik n ape yg tak boleh semue in english.


Ticket utk Forbidden Journey
1st thing lepas dapat masuk tu, kene simpan beg dalam locker yg disediakan. Camera pun tak boleh bawa masuk gak. Lepas dah simpan semua beg, kena pulangkan kad penerangan tadi tu kat staff yg jaga entrance to next level. Kalau tak pulangkan kad penerangan tu, tak boleh naik tingkat atas. Ktrg diberikan special service naik atas guna lift sebab parents naik wheelchair lagi time tu. 


Pintu masuk dlm Hogwarts utk naik Forbidden Journey
Kat dalam tu, ktrg lalu kat bilik Professor Dumbledore dulu n then lalu kat area frame2 gambar yg bercakap (drg dah tukar to Japanese), tingkap mermaid, classroom, n lastly akan jumpe sorting hat (topi bercakap yg tentukan student masuk group mane). Lepastu terus dapat naik enchanted bench n drg akan bagi spek utk 3D. Ride ni akan buat macam kite tengah naik broom n terbang dalam Quidditch tournament lead by Harry. Lagi pun design kerusi yg kite naik tu ade safety belt kat tengah2 kaki so in a way, position kite duduk tu rase la macam duduk atas penyapu.

Dalam journey tu, akan jumpe dragon (horntail) n terase panas kene sembur api dengan dragon tu, lepas tu akan jumpe giant spider Aragog n last skali jumpe Dementors. Time Dementors nak cabot soul kite tu, akan rase ade percikan wap air kat muke. Then nanti Harry akan tolong kite utk escape dr Dementors (Expecto Patronum), then akan terbang balik masuk dalam Hogwarts. Ending die semue character akan celebrate tepuk tangan n lambai2 kat kite semue macam tande kite dah berjaya la. Ride ni sangat berbaloi untuk try selepas lame menunggu beratur panjang2 n puas hati walaupun tak paham ape yg Harry cakap. Ride ni tak silap best ride dalam USJ ni utk tahun 2015. Ride ni takdelah extreme sangat tunggang terbalik macam roller coaster tu. Just part mase n terhempas tu je macam cuak sikit.


Enchanted bench, 4 org per ride. Source: Google. 
Keluar dari area ride tu, ktrg g amek balik barang dalam locker n tengok kedai merchandise Harry Potter kat bahagian tepi dalam Hogwarts tu. Lepas tu, ktrg decide utk solat kat satu area laluan jalan belakang salah satu kedai kat sini. Area tu tak ramai org lalu sebab die jalan belakang macam tersorok sikit. Lepas solat, ktrg makan dulu kat rest area kawasan Harry Potter. Bawah atap yg penuh dgn owl. Makan kt situ ok la jugak sebab takde staff halau n ade gak org lain yg makan kat situ. N then ktrg habiskan tawaf sume area dalam Harry Potter ni. Time ni la baru tangkap gambar lebih2 sikit.

*Update: Boleh request dekat USJ Office tepi entrance utk prayer room. Drg akan provide private room tapi takde toilet. Kena ambil wuduk kt toilet luar.


Ktrg makan bekal kat bawah bangunan yg ade jam tu


Churros

Ollivanders shop

Wands from all characters for sale


Inside Gladrags Wizardwear

Owl Post & Owlery

The monster book of monster


Golden Snitch keychain




Three broomsticks restaurant
Kat dalam Honeydukes candy shop

Bertie Bott's Every Flavour Beans, boleh mkn sbb die dpt status Kosher
Jelly bean ni recommended utk yg sukekan kelainan. Die bukan mcm jelly bean biase. "When they say every flavour, they mean every flavour" - Ron Weasley. Ade 20 flavors tapi 9 flavour je yg normal; watermelon, lemon, green apple, cotton candy, cherry, tutti fruitti, marshmallow, banana and blueberry. Yang abnormal are; vomit, dirt, booger, earwax (prof Dumbledore makan ni mase ending Chamber of Secret), black pepper, earthworm, rotten egg, sausage, grass, soap & cinnamon. Interesting kan?

My dear cotton candy

Hogwarts Express timetable

Replika Hogwarts dgn Naga and Harry main kejar2
Lepas dah puas tawaf area Harry Potter, ktrg pun keluar dari situ utk ke attraction yg lain pulak. Takkan nak habiskan mase 1 hari dalam Harry Potter je kan. Tu pun ktrg dah habiskan separuh hari dalam Harry Potter je. Lagi pun USJ tutop pukul 6pm so kene fully utilize sepenuhnya masa yg tinggal. Antara tempat yg ktrg g ielah Snoopy Studios, New York, Hollywood, San Francisco and Amity Village.


Indoor roller coaster. Drg pasang heater dlm ni

Flying Snoopy que

Time ni mcm nak hujan



Amity village

Back to the Future
Time ktrg g ni, Jurassic park tutop so kurang 1 tempat utk dicover. Ktrg tak naik pun roller coaster yg extreme tu sebab que agak panjang jugak and banyak review ktrg bace yg org bertudung tak boleh naik. Naik yg indoor snoopy roller coaster, flying snoopy, back to the future ride, Backdraft n jaws ride je. Lepas dah habis cover attraction lain, hari dah gelap tapi ktrg tak keluar dari USJ lagi sebab ktrg decide nak masuk balik dalam Harry Potter utk tengok Hogwarts pasang lampu. Time malam ni boleh terus masuk je, dah tak payah gune time ticket booking dah. Tapi org masih ramai kerumun kereta Weasley tu, still susah nak amek gambar dgn kereta tu. So proceed je terus masuk dalam utk tengok Hogwarts.




Tempat yg ktrg lunch tadi. Kt bumbung penuh dgn owl



Lepas puas hati tengok section Harry Potter in light, ktrg pun keluar dari USJ. Time nak keluar tu, ramai staff USJ yang diri dekat dengan exit gate bye2 semua orang yg nak balik. Rase dihargai la pulak tibe2. Ktrg tak dapat cover Spiderman ride dgn Hollywood Dream ride je sebab taknak amek risiko staff tak bagi naik sebab bertudung. Lepastu Jurassic Park tengah renovate so tak dapat cover jugak. Lepas tu, ktrg g singgah kedai jual barang2 anime Shonen Jump kat area luar USJ ni. Sambil menunggu tu beli coffee and sotong kat Lawson.







Dah settle beli barang semua yg patot, ktrg g dinner kat kedai makan Malaysia Boleh. Kene turun kat station JR Osaka, nanti cari North Central Exit. Lalu depan Yodabashi camera n Grand Front Osaka. Lepastu cari pedestrian tunnel macam nak g Umeda sky building. Lepas keluar dari tunnel tu, belok kiri n terus je sampai jumpe family mart. Lepas Family mart akan jumpe junction traffic light, belok kanan n terus je sampai jumpe jalan/lorong pertama belah kiri. Kat situ la kedai makan Malaysia Boleh. 

Kat sini food die range Y900 ke atas, agak mahal sikit tapi English menu ade disediakan. Nasi die gune beras jepun sebab macam lain sikit. Owner die org Jepun yg jadi waiter gak kat situ, boleh cakap English and basic Malay. Die siap bagi dessert free (sagu gula melaka) kat ktrg lagi. Teh tarik kat sini sedap gile. Mase ktrg datang tu, penuh gak kedai tu tapi penuh dengan Japanese la. Ktrg je Muslim n Melayu yg ade time tu.


Entrance Malaysia Boleh


Umeda Sky Building dari kedai makan tu
Overall makanan melayu die (ktrg order nasi goreng) boleh diterime lagi. Portion pun byk, boleh share berdua kalau tak lapar sangat. So kalau yg nak jimat tu, boleh order 1 nasi goreng n share berdua, boleh jimat n yg paling penting mengenyangkan. Die ade bagi ktrg cili padi potong tanpa diminta, so boleh la untuk sesiapa yg nak tambah pedas. Habis makan n bayar, tokey tu siap hantar ktrg sampai keluar restaurant lagi ucap tq n selamat jalan. Lepas tu ktrg menapak balik ke station JR Osaka. Dari JR Osaka, tak payah tukar train dah. Naik direct train terus ke JR ShinImamiya. Tidur awal sebab esok nak kene keluar awal utk ke destinasi yg seterusnya.

2 comments:

  1. Assalamualaikum...bestnya Harry Potter tu. Masa saya pergi USJ dulu belum ada lagi Harry Potter ni. Rasanya boleh je naik ride2 kat situ untuk yang bertudung. Ada sesetengah ride dia akan bagi clip untuk clip kat tudung. Ikut pada pengalaman saya masa pergi USJ dulu lah.. hihih..tak pasti kot kalau sekarang dah tak boleh. Maybe kadang2 orang salah faham bila kena tahan, ingat tak bagi naik tapi rupanya dia suruh clip/masukkan tudung dalam baju. Selalu terjadi sebab masalah bahasa..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, tq sebab singgah sini =)
      Dapat tahu pasal yg pakai tudung tak boleh naik ni pun sebab baca dari blog org lain. Tapi betul juga, ada kemungkinan org salah faham sebab masalah bahasa tu.. huhu. Tapi time ktrg pergi ni line agak panjang kat roller coaster yg extreme tu so ktrg pun takdelah try test samaada drg bagi yg bertudung naik ke tak.. Apa2 pun tq sebab share info =)

      Delete