Wednesday 17 February 2016

Trip ke Jepun - Miyajima, Hiroshima (Day 4)

Entry ni ialah sambungan dari Trip ke Jepun - Day 3 (Kobe, Fukuyama)

Plan asal utk hari ke4 ni sepatutnya ke Iwakuni, Miyajima n Hiroshima. Tapi lepas amek kire pendapat ahli2 keluarga dalam group kali ni, so terpaksa cancel g Iwakuni. Just cover Miyajima n Hiroshima sahaja. Untuk yg berkesempatan, sangat2 recommended utk ke Iwakuni. Rasanya tak banyak blog yg buat review pasal Iwakuni lagi.

Yang paling menarik pasal Iwakuni ni sebenarnye jambatan Kintai-kyo die. Reka bentuk unik melengkung. Selalu kan jambatan jalan rata kan, ni dia melengkung. Dikatakan pada zaman dulu jambatan ni hanya Ninja je yg boleh guna. Jambatan ni menyambungkan ke istana Iwakuni yg terletak atas bukit, kene naik cable car kalau nak g istana Iwakuni.


Source: Google

Kalau nak ke Iwakuni, kena keluar awal, pukul 5.20am which is before subuh. Utk ke Iwakuni, kalau naik Shinkansen (bullet train) dalam 1 jam 45 minit je dari tapi sebab JR Pass yg ktrg amek ni just cover Shinkansen sampai Hiroshima je, kene tukar naik train biase pulak dari Hiroshima nak ke Iwakuni tu. Iwakuni ni lebih kurang 50minit+ lagi selepas Hiroshima kalau naik train biase. Sebenarnya kalau amek Sanyo-San'in Area pass or JR Pass, die boleh cover Shinkansen sampai JR Shin-Iwakuni, tapi harga pass tu mahal sikit lah dari Kansai-Hiroshima Area pass yg ktrg beli ni. Lepas tu nanti boleh naik bus dari station JR Iwakuni (train biasa) or JR Shin-Iwakuni (kalau naik Shinkansen) ke Kintai-kyo bridge. So sebab tu kene keluar awal kalau dari Osaka sebab akan melibatkan bus lagi nanti dari Iwakuni station.


So berbalik kepada plan baru ktrg, keluar dari hotel pukul 6pg lepas subuh. Masak siap2 bekal utk breakfast. Ktrg bawak nasi ayam Brahim. Panaskan dalam microwave then letak dalam tupperware masing2. Naik shinkansen ke JR Hiroshima. Unreserved seat jugak, so kene beratur kat platform bahagian utk non-reserved seat. Alhamdulillah banyak tempat kosong. Maybe sebab hari sabtu pagi2 ni org tak g keje kot. Then semua sambung tidur dalam Shinkansen. Perjalanan lebih kurang 90minit atau sejam setengah. Dalam Shinkansen boleh makan. Siap ade stewardess yg bawak troli jual food n drinks lagi. Buat timing, agak2 tak lame lagi nak sampai station Hiroshima, ktrg bangun n breakfast dulu siap2 dalam shinkansen so that boleh tahan lapar lame sikit before lunch.

Kat JR Hiroshima, tukar naik local train ke JR Miyajimaguchi dalam 30minit masa perjalanan. Time dalam local train ni dah start nampak ramai foreigner. Confirm semua ni nak turun kat Miyajima gak. Announcement dalam local train ni ade in English, so mudah sikit. Sampai je kat JR Miyajima station, ktrg gunakan laluan underground utk ke ferry. Tak jauh sangat ferry ni dari JR Miyajima station. Signboard pun banyak so susah nak sesat. Ferry pulak amek yg JR company punya sebab dia cover gak kalau gune pass ktrg tu. Beratur macam biasa utk naik ferry. Mase nak naik tu takde sape akan check ticket. Die akan check mase sampai kt Miyajima island nanti.


Selain JR train, leh gak naik tram ni utk ke ferry terminal

JR Ferry terminal. Boleh beli ticket kt sini kalau siape baru nak beli

Suasana bahagian dalam ferry

Open air kat bahagian belakang ferry
Hari yg cerah

Ape yg menarik kat Miyajima ni ielah floating torii gate of Itsukushima shrine yg dibina dalam laut pada tahun 1875 yg juga merupakan top 3 scenic spot kat Jepun ni. Kire macam symbol of Japan yg penting gak la. So berbaloi utk dilawati. Selain tu, kat Miyajima gak famous dgn rusa liar tp jinak yg sangat banyak kat sini. Lebih kurang macam kat Nara. So utk sesiapa yg nak ke Nara semata2 nak tengok rusa, better skip je n g kat Miyajima ni yg lebih berbaloi. Selain tu, bende2 menarik lain kat sini macam Itsukushima shrine (kene bayar), cable car utk ke mount Misen, pagoda and aquarium.



Floating torii gate

Torii gate dari jauh
Tips penting utk yg nak ke Miyajima! Kalau boleh cari seat sebelah KANAN. Sebab nanti floating torii gate tu akan muncul belah kanan. Tak payah susah2 nak keluar ke bahagian open air utk amek pic floating torii. Ktrg silap sebab amek seat belah kiri. So kene la kentalkan diri keluar sejuk2 kat tempat open air tu utk amek gambar floating torii. Naik ferry ni lebih kurang 10 minit je.

Sampai je kat Miyajima island ni, kene g ke sebelah kanan utk ke area kedai2 souvenir n floating torii gate tu. Mase ktrg sampai awal lagi. Kedai banyak yg baru nak bukak. Tips: Kalau g belah kiri dari ferry terminal tu, kat tepi pantai depan sekolah kt situ ade lg satu tori gate. Kecik sikit tapi atas air jugak n lg dekat dgn darat. Menarik gak kalau amek gambar kat situ. Ktrg tak explore area kiri ferry terminal tu pun mase kat situ aritu.


Ferry terminal kat Miyajima island

Penunjuk arah ke tempat2 menarik. Oh, ade ruse sedang rehat kat situ
Nak g mane tu

Mase tengah jalan2 tu, jumpa rickshaw tengah set up, parents cakap drg nak naik. Berdua naik 1 rickshaw utk 30minit dlm Y7,000+. Agak mahal gak tapi sesuai lah utk yg tak larat berjalan tapi nak tengok keadaan keliling island ni. So sementara tunggu parents habis naik rickshaw, ktrg yg lain ni jalan dulu ke arah floating torii gate. Tangkap gambar banyak2. Toilet dekat sini agak unik berkonsepkan kayu+batu tapi still ade bidet/ toilet automatic. 


Rickshaw
Floating torii gate with deer yg takde tanduk

Toilet Jepun kat mane2 pun tetap bersih
Miyajima island




Lepas 30minit, parents pun dah selesai naik rickshaw. Ktrg proceed ke activity utama kat sini, beli souvenir. Sebab ni je tempat yg ktrg stop lame sket so ktrg boleh beli souvenir kat sini jela. Macam2 barang ade jual kat sini macam postcard, keychain, fridge magnet, crystal, senduk nasi (specialty Miyajima), tshirt, kuih muih n makanan.


Sambil tarik sambil sembang. Die boleh speak English sikit2
Kraftangan dari telur. Unik

Kraftangan telur lagi

Senduk nasi terbesar kat dunia

Ktrg sempat try oyster ngan matcha ice cream kat sini. Gerai yg ktrg singgah ni ade English menu. Before beli kene tanye dulu sos die ade campur mirin ke tak. Kalau takde, boleh la beli. Miyajima island ni pun sebenarnye agak terkenal dengan oyster die, so berbaloi utk try kat sini.


Oyster fresh

Harge n menu

Sedap makan panas2 dlm sejuk ni

Tengok2 jam, rupe2nye lame gak ktrg singgah kat Miyajima ni lebih kurang 4 jam. Then ktrg g balik ke terminal ferry. Time ktrg sampai tu ferry baru je gerak so kene tunggu next ferry lagi 20minit. So ktrg pun solat dulu kat sini alang2 jumpe nursing room. Dah selesai, naik ferry n naik train ke JR Nishi-Hiroshima. Plan asal nak lunch kat restaurant Kanak (Indian food) kat bandar Hiroshima tapi sebab lunch drg sampai pukul 2.30pm je n time ktrg kat JR Miyajimaguchi tu dah pukul 1pm. So rasenye tak sempat dah nk kejar utk sampai sane before 2.30pm sebab nanti kene naik tram lagi dari station JR Hiroshima ke tengah bandar tu.

Then ktrg tukar plan ingat nak makan kat cafe Estacion sebab pernah bace review pasal nasi+tempura kat situ. Sampai je kat JR Nishi-Hiroshima, tak de dah cafe Estacion tu. Tanye staff kat situ, drg cakap dah tutop dah. Hampe n buang mase gak la kat situ. Next train pun kene tunggu agak lame gak, bukan rapid train. So memang sangat2 buang mase. Tapi takpe, pengalaman yg berguna.

Then ktrg naik train ke JR Hiroshima je terus. Kat  station JR Hiroshima tu, ktrg g makan kat restaurant Namaste yg terletak dlm shopping mall yg bersambung dgn station Hiroshima. Kedai ni org Hindu punye rasenye, so ktrg pun macam was2 sikit. Tengok menu die takde pork tapi utk keselamatan, ktrg just order seafood briyani, roti naan, vegetable curry n prawn curry je. Air dapat free air kosong. Rase die ok lah jugak, harge set naan tu dlm Y900+. Boleh la, no choice dah sebab ktrg mengejar masa.

Dah habis makan, ktrg proceed naik tram nak ke Atomic Bomb Dome. Tram ni tak jauh pun dari exit JR Hiroshima, tak susah nak cari. Tapi cuak gak takot tak sempat sampai utk masuk dlm Hiroshima Peace Memorial museum tu. Last entrance pukul 4.30pm. Dari station JR Hiroshima, boleh naik tram colour merah (No.2) or kuning (No.6). Kat dalam tram tu ade English announcement so selamat. Nanti naik je, bayar mase nak turun Y160 kat conductor die. Kalau takde duit ngam2 pun takpe sebab conductor akan pulangkan balance. Tapi utk tunggu duit balance tu, sila tunggu kat luar tram ye sebab kene bagi laluan kat org lain yg nak keluar. Conductor tu akan hulur balance melalui tingkap die.

Tepat pukul 4.30pm, ktrg sampai kat Dome-mae station tram station. Hampe lg sekali sebab tak sempat dah nak berlari masuk dalam museum tu. Museum Hiroshima ni agak menarik sebab banyak cerite pasal sejarah Hiroshima n bayaran pun murah Y50 je. Museum tu tutop pukul 5pm tapi last entrance pukul 4.30pm. Tak try la pulak g kat museum tu kot2 drg baik hati bagi masok lagi. Takpelah anggap je takde rezeki.


Hiroshima Peace Memorial Museum

So ktrg just jalan2 kt area Atomic Bomb dome, Hiroshima Peace Memorial park n Children's Peace monument je. Cuaca petang tu berangin kencang gile2. Dah la sejuk lepastu berangin lak. Memang bertambah2 over sejuk time tu.


Origami ni ade kaitan dgn Sadako Sasaki yg mati sbb radiation nuclear



Antara hasil origami yg agak menarik

Kat bawah bell ade origami

Atomic bomb dome



Ktrg tak tahan lame2 kat sini sebab sejuk sangat. Habiskan mase 45minit je kat sini tengok ape yg patut then naik tram balik ke station Hiroshima. Boleh naik tram merah or kuning, Y160. Tapi make sure tram tu arah bertentangan dari mase tram yg naik sebelum ni. Sampai je station JR Hiroshima, tanpe membuang mase lagi ktrg terus naik shinkansen balik ke Osaka. Malam tu ktrg decide makan kat hotel je habiskan baki makanan yg ktrg bawak dari Malaysia. Makan megi n nasi himpit dengan serunding.

Dah habis makan, ktrg teruskan aktiviti malam dengan acara membeli belah kat Don Quijote kat area hotel tu. Jalan kaki je sampai kat laluan tram then belok kiri akan jumpe bangunan Maruhan. Masuk ikot pintu bawah penguin. Kat sini macam2 barang ade. Barang anime, bag, baju, gadget, barang electronic, makanan n macam2. Opening hour die sampai pukul 5pagi. So malam tu boleh la shopping lame2 sket. Dah selesai beli ape yg patot, balik ke hotel n terus tido. Bersambung utk destinasi seterusnya.

No comments:

Post a Comment