Thursday, 18 February 2016

Trip ke Jepun - Osaka (Day 5)

Entry ni adalah sambungan dari Trip ke Jepun - Day 4 (Miyajima, Hiroshima)

Hari ni last day ktrg kat Osaka. Flight ktrg pukul 5pm. Hotel pulak kene check out by 11am. So lepas consider factor2 ni, ade 3 plan yg sesuai utk last day ni:


1) Pergi tgk Kishiwada castle kat Kishiwada, Osaka. Nak g sini kene naik train yg bukan JR, so kene bayar extra. Bincang2 cancel plan ni sebab ade extra cost n plus dah g tengok castle dah hari tu kat Fukuyama. Tapi kalau yg berminat tu, boleh la try g Kishiwada castle ni. Dalam 30minit je dari Osaka. Lepas tu jalan kaki dalam 5 minit dari station Takojizo (Nankai line) ke Kishiwada castle.


Kishiwada castle, kecik je castle die. Source: Google

2) Next plan, nak g tengok snow kat area Shiga. Either kat Maibara, Hikone or Nagahama. Kat Hikone ade Hikone castle yg merupakan salah satu dari 12 castle yg original. Kirenye bukan reconstruction la, ni yg asli. Nak g sini, kene jalan kaki dalam 15 minit dari station JR Hikone. Kalau nak yg dekat lagi dgn train station, boleh lajak sikit ke station JR Nagahama n kat situ boleh tengok Nagahama castle. Jarak dari train station ke Nagahama castle dalam 4 minit je jalan kaki. Kat Nagahama ni boleh nampak lake biwa yg merupakan tasik terbesar kat Jepun. 

Hikone castle. Source: Google

Nak g Hikone ni dalam 1.5 jam kalau dari Osaka (Shin-Imamiya station). Die kene lalu Kyoto dulu then tukar naik train ke Hikone. Kalau dapat naik Special Rapid service, boleh direct je tak payah tukar train dari Osaka. Hikone kene jalan sikit lah n plus nak masuk area castle tu kene bayar Y600. Kalau Fukuyama castle, Kishiwada castle n Nagahama castle tak payah bayar utk tengok castle dari perkarangan castle. Kalau nak masuk dalam bangunan castle je kene bayar. Hikone castle ni utk tengok castle je pun dah kene bayar. Tapi padan la kan sbb die kan antara 12 castle yg original.


Nagahama castle. Source: Google

Nagahama lak kene lajak 5 station dari station JR Hikone. Kalau dapat naik bullet train dari JR Shin-Osaka ke JR Maibara then naik train biase ke JR Nagahma akan amek mase 1.5 jam gak mcm Hikone. Tapi ktrg nye pass tak cover Shinkansen sampai Maibara so tengok2 kalau naik train biase akan amek mase hampir 2 jam gak la. Jarak die 20+ minit dari station JR Hikone. Nak masuk kat dalam Nagahama castle kene bayar Y400. Selain tu leh gak tengok Biwa lake kat belakang Nagahama castle.

Kalau nak tengok snow kat Hikone/ Nagahama, ktrg kene check out awal2 pagi2 before nak gerak ke Shiga which is pukul 6.30am la paling lambat. Sebab confirm tak sempat nak rush balik hotel before pukul 11am. Lepas bincang2, cancel jugak g Shiga sebab jauh n tak ramai yg nak g.

3) End up, ktrg pilih g Tsurumiryokuchi park je kat Osaka. Kalau tengok map, area die atas sikit dari Osaka castle. Dalam 30minit dari JR Shin-Imamiya. Tapi kat sini kene naik subway, tukar kat JR Morinomiya n naik subway ke Tsurumi-ryokuchi station. Extra kene bayar Y240 sehala. Nanti ikot Exit no.1, n terus je sampai jumpe tasik then belah kanan ade 2 pintu masuk. Pilih pintu kecik kalau nak dekat. Masuk time ni free je. Tp time spring kene bayar rasenye.

Asalnye plan nk g Tsurumiryokuchi park mase day 1 lepas balik dari Kyoto tu. Tapi atas sebab kesuntukan mase n ade masalah dgn 1 day eco ticket, ktrg cancel g sini time tu. 

Yang menarik pasal Tsurumi-ryokuchi ni ielah die ade replica icon sesebuah negara. Banyak negara yg ade buat binaan/ icon negara dorg macam Netherland, Ireland, Canada, Germany, Russia, Turkey, Morocco, Iran, South Korea, China, Malaysia, Indonesia, Egypt n banyak lagi.

Die asingkan ikot benua. Macam Europe 1 area, Asia Tengah 1 area, Asia Tenggara 1 area. Ktrg just cover area Europe je. Tak larat nak jalan kt area Asia Tengah. Area Asia Tenggara lagi la tersorok, tak jumpe langsung. Tempat ni sangat cantik mase spring sebab banyak bunge ditanam kat sini.

Mase spring. Source: Google

Sebab ktrg g time winter, takdela bunge2 ni sume. Yang ade time tu bunge rose je la. Tu pun tak banyak.

Windmill of Tsurumiryokuchi

Rose ni je bunge yg ktrg jumpe time tu
South Korea


Sungai dari area Niagara fall


Ireland exhibiton, Clochan

Taman Jepun
Tak amek gambar banyak sangat pun kat sini. Agak sejuk gak walaupun cuaca cerah pagi tu. Kat sini takde jumpe pun tourist. Majority yg datang sini golongan veteran Jepun yg datang untuk jogging or jalan2 dgn anjing drg. Ade toilet disediekan kat area windmill. Vending machine pun ade dalam park ni. The rest gambar kt bawah ni antare tempat2 menarik yg lain yg ade dlm Tsurumiryokuchi park. Larat or tak larat nak jalan je la.

Egypt. Source: Google

Iran. Source: Google

Morocco. Source: Google

Ape yg Malaysia cuba nak tonjolkan kat sini? Source: Google
Cuace yg sgt cerah. Nampak x sipi2 area China kt tasik tu


Satu2 nye manhole yg sempat snap sepanjang trip kali ni

Ktrg kat sini dalam sejam je. Keluar pagi tadi pun lewat dalam pukul 8. Terus balik hotel, kemas barang n check out tepat pukul 11am. Lepas tu tinggal beg jap kat lobby sebab ktrg buat final shopping jap kat Daiso n Don Quijote. Dah selesai semue, gerak naik train pukul 12.30pm dari JR Shin-Imamiya ke Kansai airport. Naik direct train. Malas nak naik Haruka sebab kene tukar train kat JR Tennoji, dengan beg lagi. So naik direct train je senang tapi lambat sikit dalam 50+minit utk ke airport.

Rikko town dr dalam train

Hati2 kalau naik train JR Kansai Rapid train sebab die akan split train kat tengah2 perjalanan. Train bahagian depan akan g airport tapi yg bahagian belakang g tempat lain. So kene alert n dengar pengumuman. Rasenye kalau tak silap gerabak 1 sampai 3 je yg akan g airport.

Sampai airport je, terus check in. Kat Kansai airport, orang yg jage kaunter ni sangat particular sikit. Die nak timbang cabin bag kite lebih berat ke tak dari had berat yg ditetapkan. Kalau kat Narita airport takde lak die sampai check berat cabin bag. So time ni memang ramai gle orang yg terpakse beli baggage letak dalam perut plane. Dengar jugaklah ade sesetengah orang yg merungut sampai cakap nak santau akak counter tu tapi cakap in Malay la. Macam2.

Dah settle pasal flight, ktrg g solat n makan kat sini. Prayer room ade disediakan kat sini. Yg bestnye sbb tempat amek wuduk pun ade skali kat dalam prayer room. Selesa n memudahkan.


Ruangan solat perempuan

Proper siap ade sabun n tisu lagi
Ade 3 ke 4 kedai halal kat Kansai airport ni. Atas persetujuan majority, ktrg pilih untuk lunch kat kedai Sajibo.

Keropok ape ntah. Dapat free die bagi sementare nk tunggu food

1 set ni ade nasi+salmon dgn mee soba
English menu ade disediakan kat Sajibo. Air tea panas free je. Service die agak lambat sket. Tapi food die sedap la jugak. Portion pun ok sesuai dgn harga dia. Kat airport ni kalau boleh try habiskan duit syiling Jepun sebab currency exchange tak terima duit syiling nak tukar ke RM. Tapi tak tau la kalau ade certain2 tempat yg terima coins.


Kat Kansai airport ni kene naik shuttle train utk ke boarding gate. So plan mase elok2 ye. On the way tu tengok kat luar macam tengah hujan. Tapi bile tengok betul2, rupe2nye tengah snow. Tapi snow yg kecik2 tu je. Lebat jugak. 

Nampak mcm hujan kat luar

Snow kat Kansai airport

Ingatkan takkan jumpe snow turun mase kat Jepun kali ni. Tengok2 last day die turun. Staff Jepun dalam flight cakap snow sangat2 jarang turun kat Osaka. Flight ktrg delay sejam disebabkan snow tu. Ktrg duduk sejam gak la dalam flight tunggu drg nk defrost flight dari snow. Then cabin crew bagi air free kat semue org as to apologize la sebab delay. Sempat tengok sunset dari airport dalam flight. Then lepas sejam, flight pun take off to Kuala Lumpur.

Overall, trip ke west part of Japan dengan parents dan adik beradik dalam mase 5 hari ni dapat cover area Osaka, Kyoto, Universal Studio, Kobe, Fukuyama, Miyajima and Hiroshima dengan public transport. Kalau yg ade mase lebih, antare tempat menarik lain yg leh g ielah Iwakuni, Shiga (Hikone/ Nagahama/ Biwa Lake), Iga & Koka (Ninja town), Tottori (sand dunes), Kurashiki, Okayama, Himeji, Miyama village (ala2 Shirakawa-go). Walaupun ktrg tak dapat cover banyak tempat sangat kat dalam satu2 bandar tu sebab kene mengambil kira parents punye keupayaan, tapi overall ktrg berpuas hati sebab dapat bawak parents cover banyak area jugak kat Western Japan ni. Dari segi budget pun mungkin ktrg tak dapat menandingi harga murah yg orang lain buat sebab keadaan ktrg yg memerlukan hotel yg selesa, makan yg cukup dan kurangkan berjalan kaki. Hopefully boleh jadi rujukan untuk yg tengah merancang perjalanan ke west Japan terutamanya yg nak bawak parents masing2 tapi still nak berjimat tanpa tourist guide.

No comments:

Post a Comment