Tuesday, 23 February 2016

Trip ke Tokyo - Part 1 (Arrival & Asakusa)

Tokyo trip ni sebenarnye lokasi 1st ktrg dalam trip to Japan. Tahun 2014 n 2015 tapi sekarang baru berkesempatan nak buat. Entry bab Tokyo ni akan tunjukkan tempat2 menarik yg ktrg dah g kat Tokyo untuk rujukan sesiapa yg berminat nak ke Tokyo.

Tokyo ade 2 international airport, Narita n Haneda. Kalau MAS akan turun kat Narita, Air Asia lak kat Haneda (dulu pernah ade Narita gak). Narita ni jauh sikit dari bandar Tokyo, Haneda lak dekat sikit. Kalau flight landing kat airport time malam, kene cepat sikit utk kejar train sebab train kat Jepun bukan 24hours. Lagi2 kalau yg nak beli or collect train pass tu pun kene plan elok2 sebab office JR tutup awal jugak.


Narita Airport

Hotel kat Tokyo ade banyak pilihan. Ikot budget masing2. Ktrg pernah stay kat Smile Hostel, Asakusa (private room shared bathroom) n Flex Stay Inn, Higashi-Jujo (private room with bathroom and kitchenette). Flex Stay Inn ni sangat2 recommended sebab lokasi die sebelah je dengan JR Higashi-Jujo n dalam bilik ade bathroom sekali dengan tempat masak. So boleh lah nak jimat tang makan kalau masak, lepastu masa pun boleh jimat sebab tak perlu menapak jauh2 utk ke train station. 



Flex Stay Inn, Higashi Jujo

Economy double room

Ade sink, tempat masak (electric), cerek n fridge

TV, radio, power plug, telephone

Bathroom die kecik tapi lengkap dgn toilet bowl, shower, bath tub, sabun n shampoo

Kebanyakkan hotel kat Jepun akan bagi customer simpan luggage dulu kat lobby before check in. So takde masalah kalau sampai awal kat airport. Boleh simpan beg then g makan or jalan2 dulu sementara nak tunggu check in time.

Settle pasal hotel. Next nak cite pasal tempat yg famous kat Tokyo utk beli souvenir, yg ade kedai makan halal n ade temple Jepun which is Asakusa. Dari JR Higashi-Jujo ke Asakusa amek mase dalam 20 minit. Kene tukar train kat JR Ueno utk naik subway(Tokyo Metro Ginza Line), add on Y170 sehala. Takde choice sebab nearest JR station (JR Ueno) kene jalan kaki dalam 30 minit nak ke Asakusa. Sape nak jimat boleh lah jalan kaki tapi ktrg nak jimat masa and tenaga so kene bayar extra sikit.


Tokyo Metro Line map & ticket machine. Ade English option jangan risau

Direction kat Asakusa subway station

Asakusa subway

Ktrg amek Exit No.4 sebab nak tangkap gambar dgn Tokyo Skytree n Asahi tower dulu before g shopping kat Nakamise street. Tokyo Skytree ni merupakan bangunan tertinggi kat Jepun setinggi 643 meter. Nak ke Tokyo Skytree boleh jalan kaki 15 minit dari Asakusa or boleh naik train ke station Tokyo Skytree. Ktrg tak g dekat2 utk tengok Tokyo Skytree pun sebab jauh sikit lagi nak ke sana and kene bayar extra, so ktrg tengok dari jauh je. Tiket nak naik skytree tu harga dia lebih dari Y1,000, agak mahal jugak.


Exit No.4
Tokyo Skytree dalam kabus n Asahi Beer Tower
Asahi tower time malam
Tokyo Skytree

Time ktrg g mase siang ni hari mendung hujan renyai2 sikit. Lepas tangkap gambar, teruskan perjalanan ke Nakamise shopping street. Mule2 akan nampak gate besar yg ade tanglung besar kat tengah2 laluan. Nama dia Kaminarimon.


Kaminarimon, ni kire mcm entrance ke Nakamise shopping street
Ukiran bawah tanglung besar kt Kaminarimon
Lepas Kaminarimon ni, terus jumpe deretan kedai2 yg jual macam2 barang. Ni lah die Nakamise street. Harge souvenir kat sini tak tau la standard price or murah sebab ktrg tak buat comparison pun kat tempat lain. Memang ktrg beli souvenir kat sini je sume, senang sebab macam2 ade jual kat tempat ni.

Coin dalam bekas

Barang2 ninja

Neko

Bekas dgn kerepek

Mcm2 jenis kerepek

Senbei (rice cracker) halal
Rice cracker ni kebanyakkanye akan campur mirin. Terkejut jugak bila dapat tahu. So utk rase rice cracker yg halal, boleh beli kat Nakamise. Kedai die terletak kat deret kedai yg kat bahagian depan lepas masuk dari Kaminarimon. Harga agak mahal sikit dari yg non-halal.

Senbei mcm2 bentuk

Sweets

Lollipop


Sweets bentuk bento (bekal makanan)

Sweets lagik

Ice cream shop. Mcm2 flavour ade

Dango

Yang ni boleh makan


Beg make up

Chopstick

Senbei bentuk orang









Senbei jename Yamapi


Senbei lagi





Penghujung Nakamise street ni akan jumpe Sensoji temple. Masuk free je.





Besa gile slipper tu
Ktrg jumpe kedai yg jual sejenis kuih macam bahulu ni. Inti die kacang merah. Name die Taiyaki kalau tak silap. Lepas temu ramah dengan penjual kedai tu untuk check ingredient die, selamat utk dimakan oleh Muslim. Rase die macam bahulu je tapi rase red bean tu lagi strong. Sedap makan panas2 mase tengah sejuk.







Area Nakamise shopping street

Yg depan tu Kaminarimon lepastu Nakamise street, hujung tu Sensoji temple

Ktrg g Asakusa ni just utk beli barang n souvenir je. Area ni sentiase penuh dengan manusie. Kat sini la paling senang nak jumpe org Malaysia. Pandang kiri kanan depan belakang mesti akan jumpe. Ade 1 kedai souvenir tu makcik tu reti cakap Melayu sikit2 n fluent in English. Die cakap die pernah stay kat Penang ikot husband die keje kat sane. Tapi takde discount pun beli kat kedai makcik tu.

Kat area Asakusa ni ade banyak jugak kedai makan halal. Tapi ktrg taj g pun sebab ktrg dah makan kat airport tadi. Lagi pun macam kenyang lagi. Utk yg berminat boleh try kedai2 halal kat bawah ni.


Souce: Google

Lepas habis beli barang kat Asakusa, ktrg pun singgah jap kat Ryogoku town utk tengok Sumo museum. 5 minit je dari Asakusa tapi kene tukar train kat station Asakusabashi, naik JR line ke JR Ryogoku station. Entrance free je n museum ni betul2 sebelah JR Ryogoku. Die tutop hari sabtu n ahad. Hari2 biasa pun akan ade yg tutop kalau drg nak update barang pameran. Unfortunately masa ktrg datang tu sumo museum ni tutop. Sempat tengok dari luar je.


Ruangan bhgian luar sumo museum
Takpela takde rezeki ktrg. Then rase nak balik hotel je sebab time tu tengah hujan. Malas nak basah2 time ronda2 kawasan. Dari JR Ryogoku ke JR Higashi-Jujo dalam 25+ minit, tukar train kat JR Akihabara. Sampai hotel, check in, kemas brg2, solat n rehat. 

Next tempat akan disambung kat next entry seterusnya.

No comments:

Post a Comment