Friday 27 January 2017

Trip ke China - Xian (Part 5)

Ktrg ikut cakap receptionist hotel 7Days Inn utk tunggu bus no1 kat bus stop opposite side dari hotel tu. Before keluar dari hotel, sempat lagi ktrg beli biskut Oreo kat lobby hotel. Oreo ni ada tanda Halal tapi dalam bahasa China. Time ni dah pukul 12pm. Ktrg tunggu dalam 5 minit je lepastu bus no1 pun sampai, bayar 1 yuan seorang dalam box tepi driver bus. Orang agak ramai jugak dalam bus tu, and for the 1st time, ktrg jumpe rakyat China Muslim dalam bus. Sorang pakai kopiah dengan wife die pakai tudung. Mule2 tu ktrg kene berdiri sebab bus agak penuh tapi kejap je sebab bile dah kat penghujung kawasan bandar, ramai orang turun dari bus. Dapat duduk je, terus ktrg bukak google map utk check location. Dalam pukul 12.40 ktrg selamat sampai kat Jiayuguan Railway station.


Tugu depan Jiayuguan Railway station



Jiayuguan Railway Station
So maknenye kalau nak ke hotel 7Days Inn dari railway, kene naik bus no1. Agak awal jugak ktrg sampai sini sebab train ke Xian pukul 2.30pm. Sebenarnye plan asal ktrg nak ke Xining dulu pagi ni sebelum ke Xian. Tapi train dari Xining ke Xian dah sold out. So takde rezeki la ktrg nak ke Xining. Kat Xining ade 1 masjid besar, Xining Dongguan Grand Mosque yg dibina pada tahun 1380. Ktrg ingat nak solat jemaah kat masjid ni tapi takde rezeki. So takde pilihan, ktrg terpakse skip Xining and terus ke Xian je.


Masjid kat Xining yg ktrg tak dapat pergi. Source: google
Sebab sejuk kat luar ni, ktrg terus je masuk dalam waiting room. Nak masuk macam biase, kene scan bag and tunjuk tiket. Kali ni ktrg tak keluarkan passport and staff yg bertugas pun takde mintak. Tapi drg tanye ape bende entah, ktrg cakap cannot speak Chinese and drg senyum angguk2 je. Ktrg pun masuk dalam duduk kat kerusi, kedai satu pun takde kat dalam ni. Kat luar ade kedai ParkNshop supermarket dalam 3 minit jalan kaki. Macam nak pergi tapi malas nak tinggal bag or nak gendong bag ke sane. Tapi bile fikir balik, agak rugi jugak lah ktrg tak pergi sebab duduk tunggu train dekat nak 2jam kan. Ni semua gara2 selseme yg menyebabkan kepale jadi berat. Lepastu area luar Jiayuguan Railway station ni ade je kedai makan Halal tapi ktrg tak g explore pun sebab dah tapau makanan pagi tadi. So ktrg menunggu je la kat dalam waiting room ni. Orang agak ramai jugak.


Pintu exit tapi die kunci

Section hot water dgn toilet

Semua kedai kt dalam ni tutop

Tempat air panas
Dalam pukul 2.10pm macamtu ktrg punye train number ditampal kat pintu masuk ke platform. So ktrg tanpe berlengah lagi terus beratur dengan rakyat China yg lain. Walaupun ramai orang tapi ok je takde tolak menolak or potong memotong. Pergi ke gerabak ktrg, tunjuk tiket kat staff yg tunggu kat luar pintu gerabak and naik cari katil ktrg. Layout train ni lebih kurang je macam train dari Chengdu - Urumqi yg haritu ktrg naik cuma katil die lagi open.


Pintu masuk ke platform

Staff akan bagi kad ni and amek tiket train kite
Katil kat train ni lagi open

Tempat simpan beg utk org2 katil atas

Power plug

Sinki

Tong sampah

Air panas

Tiket ke Xian ni ktrg beli sekali dengan tiket ke Dunhuang haritu. Tapi kali ni katil bawah dah sold out, so ktrg due2 dapat katil tengah. Mase jumpe katil tu, due2 katil bawah ktrg dah ade orang. Sorang nenek, seorang ibu dan 2 orang budak! Ktrg dah phobia dengan budak2 China ni. Tapi yg ni due2 budak perempuan and agak behave jugak so hopefully ok la. Ktrg macam biase, cop meje yg ade charger and duduk kat situ tengok view sampai matahari tenggelam. Train ni lalu kat 1 lagi tempat yg ktrg plan nak pergi tapi tak dapat sebab tak cukup masa iaitu Zhangye yg terkenal dengan gunung berwarna warni tu. Sebab kalau nak pergi, memang kene tidur situ semalam. Ktrg tak cukup time so next time la kot.





Bandar besar jugak kat daerah Gansu

Jumpe lagi frozen river

Ni kat area Zhangye, tempat yg ktrg nak pergi tapi tak cukup masa
Dalam pukul 4pm macam tu, ktrg pun bukak makanan yg ktrg tapau kat kedai makan Muslim area pasar Jiayuguan pagi tadi. Lauk kambing die macam daging rebus je. Tapi ok je rase die macam sup. Cuma takde kuah lah. Disebabkan selseme belum ok lagi and kepale pun masih berat, selere makan tu takde sangat. Rase lapar and sedap makanan tu tapi tak larat nak makan banyak. So ade separuh lagi nasi dgn kambing yg tinggal. Ktrg pun nak simpan kot2 lapar malam ni or boleh makan utk breakfast esok. Lepas solat maghrib, terus telan ubat selseme and naik katil utk tidur. Budak2 kat bawah ni tengah diam tengok Dora the Explorer dalam tab mak die.

So tidur dengan nyenyaknye sebab kesan ubat selseme tadi. Nak tidur pastikan letak beg yg ade brg berharge kat bawah bantal bawah kepala kita utk safety. Tiba2 ktrg dikejutkan dengan bunyi jeritan budak. Tengok jam dah pukul 2am, lampu pun dah tutop. Budak bawah ni mimpi buruk rasenye and bagitau mak die. Masalahnye bukan sekali, tapi 3 kali die menjerit nangis macam tu. Nyaring gile jeritan die. Agak mengganggu lah jugak. Orang katil atas ktrg pun same terjage sebab dengar drg berpusing2 kat atas tu. 

Keesokkan paginya, ktrg bangun pagi utk solat subuh. Cop meje yg ade charger, and ktrg breakfast makan ubi keledek dengan lebihan nasi lauk kambing yg semalam tak habis tu. Time ni tak ramai lagi orang bangun. Bile start ade makcik yg jual makanan dalam trolley lalu, baru lah drg sume start bangun. View nak ke Xian ni dah banyak hijau2, takde tanah gurun tandus dah macam kat daerah Gansu. Lepas makan rase macam mengantuk pulak, ade lagi sejam lebih nak sampai. Sebab view pun tak menarik sangat, sambung balik tidur kat atas katil. Sempat lelap kejap je lepastu ade orang pegang kaki, rupe2nye staff train ni nak pulangkan tiket ktrg. Lepastu dah tak boleh nak tidur lena dah. Tidur2 ayam je sebab takot terlepas station.

Bile train sampai kat Xian dalam pukul 9.30am, baru ktrg terkedek2 nak amek beg semua. Ktrg orang yg paling last keluar dari gerabak tu. Cuaca kat Xian ni tak sesejuk kat Jiayuguan tapi still sejuk jugak and agak mendung sikit. Kat Xian, mase nak keluar dari station ni ade staff yg akan check tiket kite. Takde tiket tak boleh keluar dari station. Ktrg pergi simpan beg kat bahagian luar Xian station ni, kene charge 30yuan utk 2 beg. Lepastu terus je ktrg cari bus ke Terracotta. Bus ni kat area luar Xian railway station ni je.


No bus utk ke Teracotta

Peta area railway yg tak berape nak membantu sangat
Yang ktrg study kene cari bus no5 (306) dari Xian railway station. Tengah2 jalan ni, jumpe tourist punye counter. Ktrg pergi tanye, drg pun bagi direction. So ktrg ikot je. Memang betul2 sebelah kanan dari Xian railway, tak jauh pun. Ade signboard terracotta kat tempat nak naik bus tu, lepastu ade due company bus. 1 bus yg ktrg dah study ni no5 (306) and lagi satu bus biru. Ktrg naik je bus no5 (306) sebab takot bus biru lagi mahal. Naik je dulu tak payah bayar lagi and free seat, nanti conductor bus akan pergi kat setiap orang kutip tambang, 7yuan seorang. Conductor tu boleh cakap English sikit2 and bagitau ktrg yg Teracotta kat hentian last sekali.

Sampai2 je kat Terracotta, hujan turun tak lebat sangat tapi perlu ade payung jugak la. Ktrg cari payung dulu before nak masuk, kedai tu jual 30yuan. Ktrg terus blah nak tanye kedai lain, last2 org kedai tadi cakap 10yuan je. Ktrg pun ok, amek 1 payung share berdue. Tengah2 jalan nak ke entrance tu ade nampak 1 kedai makan halal ni. So ktrg aim nak makan situ lepas keluar jap lagi. Sepanjang jalan nak ke ticket counter, memang banyak org akan approach utk tanye perlukan guide ke tak. Ktrg tolak cara baik and bagi alasan takde budget sebab drg charge mahal jugak dalam 200yuan. Ticket masuk 120yuan seorang. Dah beli ticket, ktrg pergi toilet dulu. Masuk yg OKU punye sebab jenis seat and ade sinki kat sebelah toilet bowl.





Rombongan rakyat China

Kat dalam ni ade 3 pit ataupun 3 bangunan yg menempatkan hasil galian archaeology kat area ni. Asalnye terracotta ni ditemui oleh petani pada tahun 1974 yg tertimbus kat dalam tanah. Terracotta army ni ialah patung2 yg diukir dengan sangat detail, bersize sama mcm manusia dan siap berwarna lagi. Tapi warne die dah pudar so yg tinggal sekarang ni dah takde warne. Setiap patung ni muke diorang lain2, takde 1 pun yg same dengan yg lain. Selain manusia, ade jugak patung kuda kat dalam ni. Tujuan terracotta ni dibuat sebab maharaja zaman dulu nak buat preparation utk die kat alam lepas kematian. 

Terracotta army dalam Pit 1

Explanation

Dari tepi


Kat dalam ni drg takde letak heater pun tapi kurang sejuk la dari luar. Pit 1 ade lebih dari 6,000 patung terracotta army, kirenye yg plg banyak la antare 3 pit yg ade kat sini. Dekat sini barulah jumpe ramai foreigner. Ade nampak macam sorang Malaysian perempuan sorang2 je and die amek guide. Nampak mase kat luar tapi lepas tu dah tak nampak dah. Mat salleh agak ramai jugak. Cuaca memang hujan je non stop. Kadang2 tu nampak macam nak berhenti dah hujan tapi lepastu turun balik hujan. So gambar banyak kat indoor je. Pit 1, 2 dgn 3 terletak sebelah2 je. Tak payah menapak jauh sangat. Cuma signboard tak banyak so kene try and error je masuk bangunan.



Patung2 yg dalam proses pembaikan



Pit 2 dengan pit 3 kurang sikit barang yg dipamerkan. Mostly patung2 yg dah pecah je. Selain tu, ade jugak drg letak patung2 ni dalam bekas kaca so that kite boleh tengok dengan lebih dekat lagi. Memang detail gile drg buat ukiran patung ni. Dengan baju die and even kat tapak kasut pun boleh nampak ade pattern die. 





Ticket entrance to Terracotta Army zaman 70an and 80an

Tiket zaman sekarang

Ni yg dah pecah

Ni kat pit 2 or 3, tak ingat dah


Banyak yg takde kepala
Pit 2 or 3 yg takde barang pameran sangat
Ni yg dalam bekas kaca

Close up

Kat pit 2 dengan pit 3 ade kedai utk bergambar dengan terracotta army yg replica punye. Harge tak ingat tapi beratus jugak lah kalau yg gune camera kedai tu, sesuai kalau tangkap gambar beramai2. Tapi dah kat Malaysia baru ktrg tahu yg boleh jugak kalau nak amek gambar gune camera sendiri, lagi murah. Ade contoh gambar customer yg amek gambar dengan drg, drg display kat dinding. Ktrg jumpe 2 keping gambar org Malaysia kat tempat display tu. Kirenye ramai jugak orang Malaysia yg dah datang sini.

Contoh gambar gune camera kedai

Kedai tangkap gambar dgn replica terracotta army

Ni la replica nye

Dah settle cover semua pit, ktrg jalan nak ke kedai makan Muslim yg ktrg jumpe mase sampai tadi tu. Tapi on the way tu, ktrg jumpe ade gerai2 makanan and antarenye terselit makanan halal. Taukey kedai tu siap bagi salam lagi and cakap die org Ughyur yg berasal dari Xinjiang. Die jual roti bulat dengan satay kambing. Ktrg beli roti bulat die letak macam parsley ke ape entah hijau kecik2 atas roti tu, drg panaskan balik atas bara api. Harga 10yuan je, macam mahal je untuk roti tapi ktrg beli je. Try makan mase still panas tu, not bad jugak. Macam roti nan. So ktrg makan roti tu je lah utk lunch sebab mengenyangkan jugak. Boleh save budget. Lepastu ktrg naik bus no5 (306) utk ke Railway station balik, bayar kat conductor 7yuan seorang.

Next destination ktrg ielah nak pergi solat kat Xian Grand Mosque. Ktrg sampai kat Xian Railway dalam pukul 3pm. Nak ke Grand Mosque boleh naik banyak bus samaada 4, 7, 32, 201, 215, 222, 251, 252 atau tourist bus no8 (610). Sepatutnya ktrg naik tourist bus je senang. Tapi kenape entah ktrg blur, ktrg pergi cari bus biasa. Ktrg tak study sangat bus so ktrg rujuk kat signboard utk ke Bell tower yg tak jauh sangat dari Xian mosque. Mule2 tu ktrg ikot la map yg disediakan tu, sekali rase macam dah jauh gile tapi tak nampak pulak tempat bus stop. So ktrg patah balik. Ktrg nampak bus 201 across the road dari Xian railway, so terus je ktrg tunggu bus kat situ.

Rujukan
Time ni still hujan lagi, dengan basah, sejuk and sesat nak cari bus stop tu memang agak stress sikit lah. Bile dapat naik bus, bayar 3 yuan seorang kat pakcik bus. Terus bukak google map nak check location. Yg ni ktrg macam susah nak detect sebab Grand Mosque tu macam ke dalam sikit. Ktrg tak sure bus tu nak stop dekat dengan Grand Mosque ke tak. Sekali bus dah tersasar sikit dari Grand Mosque, ktrg cepat2 turun. Lepastu menapak lah dalam hujan utk cari Grand Mosque. Tahu2 je ktrg dah ade dalam Muslim Quarters. Tanye beberapa orang kat kedai tapi kesemuanya gagal membantu. Ktrg memang ikut exactly dalam google map tu, sekali die bawak ktrg ke masjid yg dalam pembinaan. Agak payah jugak lah nak cari masjid tu, dalam sejam ktrg pusing2 area tu. Cuak jugak sebab takut terlepas waktu solat Asar. At last, dengan izin Allah ktrg berjaya jugak jumpe Grand Mosque tu. Memang agak tersorok sikit and signboard pun drg gantung kat atas, kene dongak baru nampak.


Mase nak masuk tu, orang yg jage pintu tu mule2 nak mintak ticket. Lepastu ktrg bagi salam and die tgk bertudung so die bagi je masuk. Belakang ktrg ade tourist mat salleh kene beli ticket. Ktrg jumpe ade 1 bilik ni die tak tulis ablution or wuduk tapi membawa maksud macam cleaning. Ktrg pun jenguk lah ke dalam, sekali macam bilik mandikan mayat pun ade. So ktrg gerak ke depan lagi jumpe toilet and singgah jap. Lepastu ke depan lagi jumpe dewan solat. Time tengah blur2 tu ade sorang Chinese lelaki bagi salam kat ktrg, terus ktrg tanye kat mane nak amek wuduk. Org tu tunjuk jalan, sekali kat bilik yg ktrg ingatkan tempat mandikan mayat tu.


Macam pagoda kat tengah2 taman

Pintu gerbang masjid ditulis dengan ayat Quran
Time dah habis solat tu, orang masjid dah tengah nak standby utk azan maghrib dah. Tapi ktrg tak boleh nak lame kat sini sebab nak kene pergi Xian South railway station yg agak jauh dari sini. Chinese Muslim tadi tu sembang dengan ktrg, die pun travel gak ke sini. Die dari selatan China, die cakap die nak pergi Xining pulak lepas ni. Ktrg cakap la ktrg pun asalnye nak pergi sane tapi ticket dah sold out. Lepastu ktrg bgtau ktrg dah pergi Dunhuang and Jiayuguan, die tak pernah dengar name tempat tu. Ktrg cakap la ktrg berminat nak g Xinjiang, die terkejut and cakap sangat tak recommended ke sane sebab bahaye. Tapi ktrg cakap la masjid kat sane cantik, die macam berminat lepas ktrg cakap macam tu. Lepastu ktrg tanye kat mane nak tunggu bus utk ke Xian Railway utk amek beg ktrg. Die cakap better naik metro je sebab jalan raya tengah jem sebab dah pukul 6 lebih, time org balik kerja. Ktrg nak argue sebab metro dengan Xian railway ni agak jauh tapi ikut je lah cakap die sebab die local. 

Jalan dalam 10minit jugak lah nak ke metro tu. Ktrg tak beli ape2 pun kat Muslim Quarters ni. Memang rase rugi sangat2. Tapi nak buat macam mane, ktrg ade kurang dari 4 jam je utk ke Xian South Railway Station. Chinese Muslim tu pun cakap agak jauh sikit Xian South ni. So ktrg ikut lah route yg die tunjuk, dalam 15minit naik metro. Sekali bukan Xian Railway, ni Railway yg untuk bullet train. Die dah salah faham ni. Ingat nak naik taxi je, sekali taxi charge sampai 200yuan. Gile ke ape. Ktrg cari2 jugak bus tapi tak nampak pulak. So ktrg bukak google n cari nearest metro station ke Xian Railway. Naik metro balik dalam 20 minit. Dah sampai tu, satu hal pulak nak cari arah ke Xian Railway. Lagi dasyat sebab due2 handphone ktrg dah mati! Sebab powerbank pun dah mati. Lagi satu power bank dalam bag yg ktrg tinggalkan kat luggage storage.

Time ni dah pukul 7pm+. Tengah2 jalan tu, ade tuk2 hon ktrg. Terus ktrg tahan die and tunjuk tulisan China Xian Railway kat die. Die cakap 10yuan. Ktrg ok je. Tuk2 ni slow gile2. Tapi better lagi dari ktrg jalan kaki. Dalam 5minit macam tu, sampai kat Xian Railway. Alhamdulillah. Terus amek bag, amek power bank and tanye tourist counter macam mane nak ke nearest metro. Die suruh naik bus no1. Lepastu ktrg sempat singgah kedai runcit utk beli instant mee Halal utk buat makan dalam train. Terus je ktrg cari bus and bukak google map check location. Dekat je tapi bus turunkan jauh sikit dari entrance Metro tu. Lepastu terus je naik Metro ke station Fengqiyuan. Boleh pulak machine ticket buat hal. Maybe sebab ktrg bayar gune 50yuan kot, besar sangat. Try mintak duit pecah dengan orang sebelah. Die boleh cakap English, so die bawak ktrg ke kaunter tiket and belikan utk ktrg. Die asek2 tanye ktrg ni student ke. Beratur agak panjang jugak, sekali time turn ktrg boleh pulak system down. Aiyooo.. ktrg dah kesuntukan masa ni. Dalam pukul 8pm ktrg berjaya naik metro. Dalam hati memang berdoa je agar sempat sampai before 10.30pm.

Naik metro dekat nak 30minit jugak lah. Lepastu kene keluar kat Exit D. Sepatutnya kalau sampai awal boleh naik bus no918 ke Xian South Railway dalam sejam lebih jarak perjalanan kalau naik bus. Ni dah pukul 8.30pm so memang takde dah lah bus. Terpaksa amek taxi which ktrg pun tak tahu ade banyak taxi ke tak time2 macam ni. Ktrg dipermudahkan sebab ade 5-6 buah taxi tengah beratur untuk amek customer kat luar Exit D station Fengqiyuan (Metro). Ktrg tunjuk tiket ktrg, Xian South. Pakcik 1st geleng kepale. Pakcik taxi kedue cakap 80yuan. Ktrg pun ok lah terus je naik. Tapi ade salah faham sebab pakcik taxi mintak balik tiket train ktrg utk die tengok, die cakap ape entah macam taknak bawak ktrg. Terus ktrg type 100 kat handphone, tunjuk kat die. Die ok terus! Melayang duit tapi nak buat macam mana. Ktrg sampai kat Xian South Railway pukul 9.50pm. Sempat Alhamdulillah.

Sekali tengok punyelah ramai rakyat China. Siap ade staff yg guna pembesar suara lagi cakap ape tak tahu. Ktrg terus je ke gate security, tunjuk ticket and die bagi ktrg masuk. Kat dalam waiting room penuh sepenuh2nya dgn rakyat China. Lagi dasyat sebab kat entrance platform tu takde tampal ape2 nombor train, drg gune manual je secara cakap dgn pembesar suara. So setiap kali dia announce, ktrg kene redah lautan manusia utk tanye staff yg buat announcement tu. Tunjuk tiket, die cakap not yet. 3 kali la jugak ktrg buat macam tu. Ade gak try tanye org sekeliling tapi drg taknak membantu. Last2 ade sorang makcik tunjuk tiket die kat ktrg and tunjuk platform. No train die same dgn ktrg, die suruh masuk skrg. Ktrg memang XieXie kat die siap tunduk2 lagi sebab sangat terharu jumpe Chinese yg baik hati.

Dekat sini lah baru ktrg experience ape yg org lain cakap pasal tolak menolak kat barisan. Terseksa jugak tapi kene kuat push diri sendiri ke depan. Ok, selamat naik train. Cari katil ktrg, sorang bawah sorang tengah. Ade dah orang kat katil sebelah tingkat bawah, seorang ibu dan anak! Lagi sekali ktrg dapat katil sebelah dengan budak. Tapi mak die sangat ramah. Walaupun ktrg tak faham Chinese, die still ajak bersembang. Die tanye tak panas ke pakai tudung, jawab kat die tak panas pun, ok je. Anak perempuan die behave lah jugak tapi suke menyanyi. Hopefully die tak meragam la tengah2 malam nanti.

So conclusion nye, seperti yg disarankan dalam Google, memang tak recommended naik kat Xian South kecuali kalau tiket dari Xian Railway dah habis macam yg ktrg alami ni. Kemungkinan besar ktrg akan datang balik ke Xian kalau ade tiket murah nanti in future sebab Muslim quarters tu sangat menarik utk try which ktrg tak sempat nak cover.


Train ke Chengdu

No comments:

Post a Comment