3rd day (bandar Hanoi) Aktiviti hari ni adalah untuk melihat bandar Hanoi ni dengan cara berjalan kaki. Kitorang guna map yang hotel bagi. Kalau macam tak sure jalan, on je waze. Kalau waze buat hal, boleh tanya org2 tepi jalan. Penduduk Hanoi ni sentiasa akan membantu.
Map disediakan oleh Hotel.
Antara tempat2 yang kami lawati:
Hoan Kiem Lake. Di sekitarnya ada Puppet water show dan The Huc Bridge (bermaksud morning sunlight bridge) yang menghubungkan dengan temple yg terletak di tengah lake tu. Jalan atas bridge tu free tapi nak masuk temple kena bayar. Untuk Puppet water show pulak kitorang tak masuk sebab kitorang bukan jenis yang minat teater atau wayang kulit. Lagipun dorang akan menggunakan bahasa dorang. Jadi kita tak faham.
Vietnam music show.
Puppet water show building.
Jalan2 tepi lake.
Tong sampah. Jangan buang sampah merata.
Menuju ke Jabatan Merah (The Huc).
Beli tiket masuk ke temple kat sini dulu.
Harga tiket. Zoom atas tu.
The Huc (morning view)
Puppet water show.
National Library of Vietnam. 4 minit walking from the end of the lake. Bergambar kat kawasan luar library je, tak masuk dalam building. Bangunan ni dibina pada tahun 1917, dah berusia 100 tahun.
Outside the library.
Hoa Lo Prison (kat papan tanda tulis police museum tak silap). Tips nak cari tempat ni tengok nama jalan yang tulis Hoa Lo. Ikut jalan tu. Dekat je dengan National library, dalam 4 minit jalan. Tiket masuk 30.000VND. Kat Vietnam ni bagus sebab local or foreigner harga ticket dia sama je. Takdelah drg nak amek kesempatan charge tinggi2 utk foreigner. Museum ni sangat recommended utk dilawati sebab boleh tengok kekejaman yang rakyat Vietnam alami masa dijajah dulu. Cara kena mereka dikurung dan cara larikan diri. Untuk pengetahuan korang, Vietnam ni pernah kena jajah dengan Perancis, US, dan China.
Nampak batu bata ni maknanya dah sampai Hoa Lo Prison lah tu.
Entrance.
Map dalam prison.
Kawasan dalam.
Gambaran keadaan dorang dalam prison ni.
Satu kaki ditahan dengan kayu.
Tempat buang air.
Tempat kurungan dorang.
Tengok cara dorang dikurung memang kejam. Ni masa dorang dijajah oleh France.
Kalau dahaga ada vending machine. Sebelah tu locker.
Hanoi Tower. Sebelah Hoa Lo Prison je. Ia adalah sebuah Shopping mall tapi tak besar sangat. Nak beli kopi atau penapis kopi vietnam dalam supermarket is recommended sebab harga dah fix, so tak rase kene kapak sangat. Kalau ada sale boleh dapat murah lagi. Kitorang beli kopi semua dalam supermarket ni je utk dijadikan souvenir.
Hanoi Tower.
Lepas tu kami lunch di Namaste Restaurant, yang menyediakan makanan Halal India. Ktrg pilih kedai ni pun sebab location dia yg betul2 sebelah shopping mall tu. Harga food agak mahal tapi makanan ok tak pedas.Disebabkan ktrg dah lapar dan susah nak cari makanan halal kat Hanoi ni, jadi ktrg pon makan je kat sini. Kalau siapa yang nak jimat tak disarankan makan di sini.Lainlah kalau makan makanan Vietnam Halal tapi mahal sikit, lagi berbaloi.
Then dah kenyang, balik semula ke Hoan Kiem Lake yang mengambil masa dalam 12 minit berjalan kaki dari Namaste Restaurant.On the way tu ktrg singgah kat Intimex supermarket yang terletak bersebelahan Hoan Kiem Lake. Kat situ macam supermarket2 yg lain jugak, cuma besar sikit dari supermarket yg kat dalam Hanoi Tower tadi. Beg besar tak boleh bawa masuk. Jadi kami tinggalkan kat
loker berkunci luar bangunan tu. Just masukkan beg dalam loker lepastu simpan kunci.
Tak payah bayar apa2. Bukan macam kat Taj Mahal India dulu, nak simpan bag dalam locker pun kena bayar.
Dah habis membeli barang, boleh terus pergi kat loker amek beg.
Then round satu lake, tengok aktiviti masyarakat Vietnam di petang hari Ahad.
Aktiviti masyarakat Hanoi pada hari Ahad.
Electric car untuk tourist.
Bawah ni laluan kitorang berjalan dari hotel ke tempat2 menarik di bandar Hanoi ni. Mudah je nak berjalan area ni. Kebanyakannya hanya jalan straight je, tak de corner sane sini sangat.
Nilah dia laluan kitorang dari satu tempat ke tempat lain.
Total perjalanan kitorang dari hotel ke last destination dalam 21 minit jalan kaki.
Tapi tak rase jauh sebab kitorang stop di tempat2 attraction dorang sepanjang perjalanan tu. Lagipun cuaca sejuk, tak berpeluh2 macam kat Malaysia.First dari hotel kitorang stop di Hoan Kiem Lake untuk menikmati pemandangan kat situ.Duduk2 kejap, snap gambar. Lepastu kitorang sambung berjalan ke National Library of Vietnam yang terletak 4 minit dari hujung lake. Kat situ stop snap gambar, duduk2 lagi. Dah ok, kitorang sambung berjalan ke Hoa Lo Prison yang terletak 4 minit dari National Library tu. Dalam Hoa Lo Prison tu je dah ambil masa dalam sejam. Next ke Hanoi Tower beli belah di supermarket pun dah ambil masa 40 minit kat dalam tu. Sambung jalan sebelah Hanoi Tower utk ke Namaste Restaurant, lunch kat situ.
Then balik semula ke hotel. Bawah ni laluan kitorang balik ke hotel pulak.
Laluan balik ke hotel ikut opposite lake pula.
Kali ni kitorang lalu laluan sebelah seberang lake pulak sebab pagi tadi kitorang dah ikut laluan lagi satu tu. Perjalanan dari Namaste Restaurant ke Hoan Kiem Lake dalam 12 minit. Sampai je kat lake tu, kitorang singgah dulu Intimex supermarket nak tengok apa ade dalam tu. Lepastu lalu seberang lake tengok aktiviti masyarakat Hanoi disekitar lake. Cadang sambil jalan2 tepi lake tu nak singgah rasa egg coffee dorang kat mana2 kedai kopi, tapi disebabkan tak solat lagi, jadi cancel lah plan tu. Then baliklah semula ke hotel.
Kalau stop2 macam ni takdelah terase jauh sangat berjalan tu. Sebenarnya ade lagi satu tempat attraction di Hanoi ni iaitu Ho Chi Minh Mausoleum. Tapi disebabkan location tempat tu yang agak jauh dari hotel, kitorang skip sana. Dalam 40 minit jugaklah kalau nak berjalan dari hotel ke tempat tu.
Malam tu kami keluar balik utk jalan2 ke night market untuk beli souvenir memandangkan esok hari Isnin night market tak buka. Ktrg dah compare harge dengan tempat2 lain yg jual souvenir and ternyata kat night market ni lagi murah.
Keadaan di night market.
Antara barang yang dibeli:
Magnet tikar 20.000VND, magnet patung 8.000VND
Diperbuat dari buffalo horn: owl keychain 20.000VND, sikat 70.000VND
Buffalo horn. (Sumber:Google)
Baju jersey 200.000VND
Strawberry half kg 100.000VND (mahal sebab tak bargain, bila google dorg ckp sepatutnya tak sampai 100.00VND pon)
Baju sejuk (standard yg belon2 dalam 500.00VND, yg tebal
sikit utk laki dapat dalam 850.00VND).
Baju sejuk belon2 macam atas sekali tu orang Vietnam suka pakai. (Sumber:Google)
Baju tshirt Vietnam paling
murah dalam 50.000VND. Tapi material harga ni agak nipis.
Magnet patung dan keychain yang diperbuat drpd buffalo horn.
Habis membeli belah, kitorang balik semula ke hotel. Esok kena bangun awal sebab kitorang akan ke Tam Coc. Cerita di Tam Coc akan disambung padaTrip ke Vietnam - Hanoi (Part 3) .
Tak banyak barang menarik berbanding dengan Ho Chin Minh/Saigon ye
ReplyDelete