Thursday 26 January 2017

Trip ke Vietnam - Hanoi (Part 1)


Untuk percutian awal tahun 2017 ni, ktrg pergi ke Hanoi, Vietnam.

Kenapa pilih Hanoi..?

Sebab nak cuaca yang sejuk dan view yang tenang.

Ktrg pergi bulan Januari, cuaca agak sejuk macam duduk dalam bilik aircond suhu 16C. Tapi cukuplah sekadar pakai baju kot tebal di luar.

Kalau Ho Chi Minh(Saigon) lebih kepada untuk peminat shopping dan untuk night club for mat2 saleh kat luar sana.
Trip kali ni melibatkan 4 orang termasuk parents ktrg.

Berbeza dengan percutian sebelum ni yang mana ktrg book flight lebih dari 6bulan before fly, kali ni ktrg book ticket a month before sebab last minute plan. Tempah flight yg paling murah ktrg jumpe time nak book tu which is Malindo, KUL-HANOI RM448(return). Harga boleh dapat lagi murah kalau beli free seat kat Air Asia.

Untuk hotel, book dekat website agoda https://www.agoda.com. Kat website ni boleh pilih untuk terus bayar. Ktrg nak bayar hotel awal2 sebab salah satunya supaya ktrg tak payah tukar duit banyak2 & boleh dapat murah sikit (kalau kat website lain, dia suruh bayar kat hotel and harga yg dipamerkan belum include tax. So end up akan jadi mahal). Ktorg pilih Spring Flower Hotel, Hanoi. Harga untuk 5 hari 4 malam (include breakfast utk 2 org) ialah RM500. Walaupon hotel ni tak sediakan halal food, tapi sebab faktor 'dekat dgn banyak tmpt menarik', membuatkan ktorg pilih hotel ni. Nanti boleh jimat duit transport sebab boleh pergi tmpt2 tu dengan jalan kaki je.

Lobby hotel


Hospitality kat hotel ni memang bagus. Bilik pun ok. Dalam bilik air ada hot water, kettle, complimentary mineral water, 3in1 coffee n green tea. Ade tanda halal lagi tu kat coffee and green tea tu. Ktrg dapat katil queen. Parents dapat katil king. Harga utk both bilik sama.
Katil queen




Jangan risau, paip ada tepi jamban


Semue jenis towel ada. 2 towel besar, 2 towel muka.


Complete set: Berus gigi, cotton buds, sikat. So tak payah beratkan beg bawak benda2 ni dari Malaysia.


Snek berbayar



Compliment: Mineral water, coffee 3 in 1, green tea (all Halal).


Selipar untuk pakai dalam bilik



Walaupun bilik ni ada tingkap, tapi takde view. Bukak2, nampak dinding putih je. Tapi tak kisah pon sebab ktrg banyak habiskan masa kat luar.



Plug kat hotel. So siapa yang charger dia jenis 2 pin bulat tu bolehlah cucuk terus. Kalau jenis 3 pin memang kena bawa universal adapter


Untuk breakfast, makanan agak terhad. Roti, ayam, daging semua ktrg tak amek. Jadi, setiap pagi ktrg akan makan buah2an, salad, cornflake dengan air yg disediakan je. Kenyang lah jugak.


**Ok. Habis review pasal hotel. Kita proceed kepada aktiviti selama 5hari 4malam ktrg di sana.

1st day (Masjid Al-Noor, Night Market & Hoan Kiem Lake)

Flight sebelah pagi dari KLIA. KL ke Hanoi mengambil masa dalam 2 jam setengah. Dalam pukul 12pm ktrg selamat sampai di NoiBai Airport, Hanoi, Vietnam. Proses check imegresen quite lama jugak sebab ramai tourist datang sini. Lepas dah habis imegresen, ktrg beli simcard dalam airport. Belah kanan and kiri, dua2 ada jual. Actually bagi pendapat ktrg, tak payah beli simcard ni pun tak ape sebab ktorg duduk hotel yang sama untuk 5 hari. Tapi memandangkan parents nak, jadi kenalah beli. Agak mahal simcard ni, dalam 300.000VND (15USD). Vinaphone 8gb internet data, boleh call & sms local free berapa banyak tak ingat. Sebenarnya ktrg nak ambil yang data internet je tapi tak jumpa (mungkin ktrg tak buat research sangat pasal benda ni). Kalau baca kat blog org lain, boleh dapat dalam 100.000VND.

Utk taxi dari airport ke hotel, ktrg book siap2 dari hotel sebab baca review orang lain taxi di Airport akan kenakan charge yang melampau. So for safety ambil dari hotel je. 500.000VND (22USD) untuk 7-seater car. Driver tu akan pegang kertas yang tertulis nama kita dan nama hotel. Jadi, bila keluar je dari imegresen kena buka mata besar2 cari nama kita. Sebab sangat ramai org yang pegang placard. Kalau tak nak naik taxi, boleh naik bus yg berharga 30.000VND je. Sebab ktrg travel dgn parents so nak memudahkan drg, better naik taxi je.

Dah jumpa driver, ktrg terus menuju ke hotel yang terletak lebih kurang 45 minit dari airport. Hotel ktrg terletak di Old Quarter, berdekatan dengan tempat2 attraction di sini. Salah satu sebab kitorang pilih hotel ni sebab location hotel ni la.

Walking distance to: 
Night market (pasar yang dibuka pada malam Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja). Hanya 2 lorong dari hotel. 
Al-Noor Mosque(satu-satunya masjid di Hanoi). 8 minit jalan kaki. 
Hoan Kiem Lake (ade The Huc, jambatan merah yang merupakan salah satu attraction disitu). 7 minit jalan kaki. 

Sampai di hotel, check in, solat, dan keluar untuk makan di Zaynab Restaurant bersebelahan Al-Noor Mosque.

Menu kat Zaynab Restaurant










Disebabkan vietnam mmg terkenal dgn kopi, jd kami order kopi. Tak sia2, kopi dia sedap!


Rice + Lamb kebab


Rice + beef

Ktrg order lamb kebab with rice, beef sauté butter with rice n fish sweet sour. Nasi lain sikit dari Malaysia, macam pulut tapi memang sedap.

Setiap set akan dapat satu pisang free, drg akan bagi sebelum food sampai. Disebabkan tengah lapar dan cuaca sejuk, pisang pon rasa sedap. Restaurant ni dorg masak cepat. Ktrg baru je duduk termenung2 kejap, tangkap2 gambar, terus makanan sampai. Lepas dah rasa makanan dia ok, ktrg decide utk tapau makanan utk makan malam kat hotel nanti. Tak payah susah2 menyiksa diri makan maggi dalam bilik, since dah jumpa makanan halal. Kat Vietnam popular dengan kopi, so jangan lupa minta kopi ye. Ktrg nak try kopi dgn telur (egg coffee/Cà Phê Trứng) tapi tak jumpa. Yg ada pon kat kedai yg non-halal. Kedai makan ni paling murah kalau nak compare dengan halal restaurant yg lain.


5.000 VND = RM1. Jadi 200.000 VND ni sama dengan berapa MYR..?
Xnak pening2, 200.00 bahagi 5. Samalah dengan RM 40.

Untuk pengetahuan, kedai ni agak tersembunyi sikit. Tips nak cari kedai ni kena masuk dalam kawasan masjid dulu.

Jangan fikir lama2. Bila nmpak je Masjid Al-Noor ni terus masuk.

Toleh kanan, nampak ada pintu gerbang kecik, nampak ade tanda Halal Food. Tulah dia. Dibuka setiap hari, pukul 11am-8pm.

Tepi motor2 tu ade pintu gerbang kecik


Tu dia Halal Food aka Zaynab Restaurant




Lepas makan, kitorang jalan2 berdekatan area hotel. Sebab hari tu hari Jumaat, ada night market, so kami keluar jalan2 ke night market yang mula beroperasi pada jam 6pm.

Pengangkutan utama kat sini- motor.




Night market. Macam2 ade. Baju sejuk, mask, magnet, makanan, beg, dll.


Kitorang datang tengok2 harga barang dulu. Hari ketiga baru nak datang balik sini utk beli. Kalau nak datang night market ni, better pergi hari jumaat. Weekends ramai org, bersesak2, berlanggar2. Kalau berhenti kejap, nanti ada org langgar dari belakang. Lepas habis survey barang, ktrg jalan pulak ke Hoan Kiem Lake untuk melihat suasana kat situ pada waktu malam.


Banyak kedai kopi dan bar area Hoan Kiem Lake ni.



The Huc (Jambatan Merah)


Zoom in




Bangunan Water Puppet show. Mula2 ktrg ingat nak tgk show ni. Tapi bila survey kat youtube, tengok dorg buat show dalam bahasa vietnam. Memang tak faham apa2, lepastu rasa macam ngantuk tengok show tu dalam youtube. Jadinya, tak jadi nak tengok show tu sebab rasa tak berbaloi. 

2nd day (Halong Bay)
Trip ke Halong Bay, ktorg book dari Malaysia lagi kat website HanoiMuslim tour. Harga 39USD. Untuk maklumat lanjut boleh klik ni, http://www.hanoimuslimtours.com/Muslim-Tours/halong-bay-muslim-cruise-1-day/

Actually boleh dapat harga 30USD kalau book kat kedai2 tepi jalan tu. Lepastu boleh request nak halal food. Tapi disebabkan travel dgn parents and taknak amek risiko tak dapat makanan Halal kalau book on the spot dan juga supaya semua program berjalan lancar seperti dalam itinerary, so ktrg book yg HanoiMuslim tour ni siap2. 

Pagi lepas breakfast, dalam pukul 8am, ktrg tunggu tour guide jemput ktrg kat lobby hotel. Mula2 ktrg naik mini bus, ingatkan akan ada org Malaysia/Indonesia/Brunei atau negara2 yang sekufu dengannya sebab name pun HanoiMuslim tour. Tapi andaian tu memang jauh sekali, naik2 hanya kami je muslim. Ada 4 orang dari Brazil, satu Spain, 3 Singaporean Chinese, 2 German, yang lain ada dari Thailand, dan orang local. Total dalam 20 orang satu bus tu. Macam2 bahasalah yg ktrg dapat dengar sepanjang perjalanan dalam bus tu. 

Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam setengah, dengan satu kali stop (R&R) untuk minum atau pergi ke tandas (WC). Kat tempat stop tu, semua org kena turun. Tandas jangan risau, ada paip dalam tu. Ktrg yg jarang2 pergi public toilet pon boleh masuk tandas sana. Kalau kat Malaysia, tempat makan kita berderet. Tapi kat sini lain. Masuk2, boleh tengok orang2 local menghasilkan seni kraf dorang. Lepastu tempat jual barang2 kraftangan, baju sejuk, etc and tempat makan. Semua dalam satu bangunan yg sama. Disebabkan ktrg dah pergi night market, dalam ni ktrg tgk2 cmtu je. Nak habiskan masa untuk tour guide panggil balik naik bus. Harga kat sini semestinya berganda2 lagi mahal dari night market. 


Kipas tak buka sebab memang dah sejuk



Hasil tangan dorang. Belakang tu ade tandas (WC) jugak, but better pergi yg kat luar. Tak berbau sangat n lagi bersih.



Ni kalau nak beli tea ade dijual disini. Tapi agak expensive. Better beli kat supermarket.


Lepas dah 20 minit barulah pintu bus terbuka. So semua org terus masuk untuk sambung perjalanan ke Halong Bay. Tiba di Halong Bay, tiket akan dibeli oleh tour guide kita.

Entrance


Time ni memang semua dah lapar. Tapi dont worry sebab food akan disediakan sebaik saja kita duduk dalam kapal. Disebabkan hanya kami je muslim, takkanlah dorang nak sediakan halal food untuk 4 orang je. So kena makan sekali apa yang disediakan. Satu meja boleh share 5-6 orang. Disebabkan hanya kami je muslim, dapatlah ktrg duduk satu meja. Tak bercampur dengan orang lain. 

Kapal ni 2 tingkat. Yg ni bahagian bawah, tempat makan.


Menu kebanyakannya seafood (sotong, udang, lala). Ada jugak ayam tapi ktorg terus cakap taknak. Air pulak awal2 tour guide bagitau, not included. Kalau nak, kena bayar. Air dorg banyak jual air tin bergas macam Fanta dgn pepsi. Air panas takde nampak pulak. Jadi, ktrg minum air mineral yang tour guide bagi dalam bus tadi je.

Lala, tahu, kacang, sayur


Disebabkan xbercampur dgn org lain, jadi makan pelahap tak payah cover2. Semua makanan habis licin sebab lapar sangat.


Ikan sweet sour pun ade


Kita akan berada dalam kapal ni selama 4 jam (pergi balik). Sambil makan, kapal ni akan bergerak perlahan-lahan membawa kita menikmati permandangan yang indah Halong Bay yg turut tersenarai dalam UNESCO ni. 

Lunch sambil menikmati view ni





Habis makan perut keyang. So ada masa terluang sedap jugak kalau dapat minum kopi, tapi ktrg tak terpikir pulak nak bawak thermos dgn 3in1. So tips di Halong Bay (bagi penggemar minum air panas sambil menikmati view), bawaklah thermos dengan air panas siap2 dari hotel. Baru best dapat minum sambil menikmati pemandangan yang indah.

Utk trip ni, ada dua tempat yg dorg akan berhenti. First, kawasan dalam gambar bawah ni. Boleh pilih either nak berkayak atau naik bamboo boat yang didayung oleh orang local atau duduk dalam kapal tunggu orang lain beraktiviti. Kalau nak join berkayak kena bagitau tour guide awal2.

Sebab dia kena beli tiket kat habour. Kayak kena bayar 130.000VND tak silap, tak termasuk dalam package. 


Ktrg pilih utk stay dalam kapal. Family dari Brazil tu pon sama stay, yg lain semua turun. Time nilah ktrg pergi solat.
 

Tak rugi ke tak join kayak/ bamboo boat kat sini..?
Jawapannya tak lah kot. Sebab hari keempat nanti, ktrg akan ke Tam Coc, akan naik sampan jugak yang didayung oleh orang local. 2 jam pulak tu duduk atas sampan tu nanti. Harga utk sampan kat Tam Coc dah termasuk dalam pakej tu so rase lagi berbaloi kalau naik sampan kat Tam Coc tu je nanti.

Bahagian atas kapal. Kitorang solat hujung sana

Kena bawak botol ke untuk amek wuduk..?
Tak perlu sebab kat kapal ni ada 2 jenis tandas. Ada air, ada sinki. Cuma kalau nak buang hajat tu, paip takde. Jangan lupa download kiblat apps atau kalau nak old school sikit guna compass macam ktorg.

Kapal jiran sebelah. Lagi mewah siap berkarpet.


Tangga menuju ke bahagian bawah kapal



Kapal2 parking. Dari atas kapal, boleh nampak jiran sebelah basuh pinggan mangkuk. Tengok cara dorg basuh, ok bersih


Dalam 45 minit tunggu dorang habis berkayak semua, kapal mula bergerak ke next destination. Kapal ni akan singgah di salah satu cave yang terkenal di Halong Bay, iaitu "Daugo cave". Nak masuk cave ni kena mendaki 100 anak tangga. Walaupun 100 tu nampak macam banyak, tapi sebenarnya ok. Taklah sepenat naik tangga batu caves. Untuk org yg tak fit pon ok. Jalan perlahan2 je. Naik tu ok, tak curam, cuma nak turun tu agak curam. 

Info mengenai Daugo cave


Tahap kecuraman tangga. Xdelah curam walaupon dalam gambar ni nmpk curam
Dalam cave, berlampu2. Nnt tour guide akan cerita batu ni macam elephant, lion, couple etc.






Nilah kapal ktrg


view dari atas bukit

Dalam 45minit jugak kitorang kat sini. Then balik ke kapal. Maka, berakhir sudah aktiviti hari ni. Nak tengok video dalam cave boleh tengok sini.



Dah selesai, ktrg pun balik menaiki mini bas yang sama. Waktu nak balik pon, akan singgah R&R macam pagi tadi. Dalam bus, sume senyap. Tengok2 semue tengah tido. Dalam pukul 8pm sampai hotel. Malam tu ktrg makan Nasi Goreng Ikan Masin & Ayam masak Merah jenama Brahim yang dibawa dari Malaysia.

Then Zzzz...

**Aktiviti untuk keesokan harinya adalah berjalan di bandar Hanoi.

No tour guide. Jalan sendiri berpandukan peta yg hotel bagi. Nasib baik antara ktrg ada yg cepat ingat jalan, kalau tak mungkin sesat lah jugak sebab semue lorong lebih kurang sama. Kalau sesat jangan risau, tanya je kat pakcik makcik tepi jalan. Walaupon cakap macam anjing dgn kucing, tapi bila kite tunjuk peta dorg akan tunjuk arah mana nk pergi. Aktiviti untuk 3rd day akan disambung dalam next entry: Trip ke Vietnam - Hanoi (Part 2)

7 comments:

  1. bestnya dapat bercuti dgn parents..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. sementara diorang masih larat nak travel, boleh la maksimumkan masa dgn diorang. Btw terima kasih sebab sudi singgah sini =)

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. harap dapat thu budget total yg digunakn smase di sana shaja.sngt2 mmrlukn info..thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Hi. Thanks sebab singgah. Total kos kami untuk trip Hanoi ni lebih kurang RM1200 (flight+hotel+tour+food). Lebih kurang RM500 untuk perbelanjaan 4hari3malam kat sana (exclude flight & hotel).

      Delete